welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Sunday, December 02, 2012

Andai Esok Masih Ada

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Alhamdulillah... Telah masuk dan genapnya umurku mengikut kalender masihi 24 tahun. Tapi aku yakin kalau ikut kalender Hijrah umur aku lebih dari 24 tahun.

Dan Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang dan ruang untuk terus berada di buminya yang fana ini untuk beribadah.. 

Ya Allah, kau berilah aku taufiq dan hidayahmu berterusan padaku. Kau lindungilah aku dari hasutan syaitan yang di rejam dan fitnah dunia.. Amin, Ya Rabb....



terima kasih pada semua untuk segalanya...



Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Monday, November 05, 2012

Kembara Ustaz

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Masihkah kamoo ingat akan SUMBER 12 Ciri Terbaik Menjadi & Mencari Sahabat? Sekarang telah keluar jilid kedua untuk majalah tersebut. 

Kembara Ustaz telah pun selamat mengaluarkan keluaran jilid kedua yang di terbitkan oleh VC Kratif. Majalah ini memang sesuai untuk semua lapisan umur manusia terutama kanak-kanak. Sila dapatkan majalah ini di kedai buku berdekatan. 

Next time akan di kongsi isipadu dalam majalah ini. :):):):):)

Kembara Ustaz jilid 1
Aku jumpa di kedai buku di Puchong Perdana

Kembara Ustaz Jilid 2
Aku jumpa di Popular Bookstore Nilai



Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Thursday, November 01, 2012

8th Convocation Ceremony 2012

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


21th Oct 2012 telah berlangsungnya majlis konvokesyen kali ke-lapan untuk Kumpulan Pendidikan Lagenda yang mana aku dengan tidak selamatnya menghabiskan kursus pengajian tiga tahun dengan gagal dua subjek. Budak pandai biasa lah. Walau bagaimanapun, aku naik juga di atas pentas konvokesyen berkenaan atas kehendak dan duit bapa aku. So, sesiapa yang mempertikaikan kenaikan aku di atas pentas tersebut, sila jangan teruskan menonton gambar-gambar yang 'upload' di bawah. Agak kasar juga ayat ni kan? Tapi betul la, aku bukan minta 'sponsor' dari mak atau bapa kamoo pun kan? Hihihi

Baju jubah line biru untuk budak business in degree

ada yang cakap muka aku dgn sir john ni seiras.
:)

Berlatar belakangkan wakil pendidik dari London & Linton

Antara yang joint konvo



Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Cinta Nabi SAW


 ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 





Dah nama pun cinta. Haruslah menurut perintah. Andai kata bukan cinta sudah tentu kau blah. Lagi pun manusia yang aku sarankan untuk kamoo cintai ni bukan calang-calang manusia. Baginda ni nantilah yang akan bagi syafaat untuk seluruh umat manusia di akhirat sana. Aku kau mereka dan semuanya. Jadi jangan lupa selawat ke atas baginda selebih-lebihnya melebihi kau menyebut nama si polan bin si polan terutama artis korea. Bukan bererti aku anti artis korea, tapi sekadar ala kadar ja. Hihihi



Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Sunday, October 07, 2012

Selamat Ari Raya Qurban

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini











 Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Wedding UDD


♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Walaupun lebih dari sebulan ustaz Don bernikah dan berkahwin tapi rasanya belum terlalu terlambat untuk aku mengucapkan tahniah pada Ustaz Don dan pasangannya Dr. Husna Md Rafie.. Barakallahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fii Khair..Amin...

Sori la aku belum cukup rajin untuk copy and paste gambar pernikahan dan persandingan dorang yang cukup banyak. Tapi aku akan share kan link gambar-gambar sepanjang berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan serta resepsi di Kolej Universti Islam Selangor (KUIS).

Happy Viewing.... 


Dan ini ayat terima kasih dari Ustaz Don dan Husna

~~~


Assalamualaikum wbt

We know this is long overdue but we would like to express our deepest gratitude to everyone who played a role throughout our wedding. Nothing would've gone as smooth as it did without all your help and of course His Will.

A million thank yous to

Our parents, Don Biyajid bin Mustafa, Mohd Zahry bin Shaikh Abd Rahman, Maryam binti Che Abdul Kader and Zuraidah binti Nasir, there is nothing we can do that would ever come close to repaying all you've done for us,

Our siblings, in-laws, aunts & uncles, cousins and everyone else in our large families for helping out and praying for only the best for us,

Friends & neighbours
-SKKS, SMKANT, MTQPP, Maahad Qiraat Shoubra, KUISCELL
-SRKCGL, SMKSBP, MRSM, KMK, USM, Cairo Univ
who helped and came all the way to our receptions and sent prayers,

A special mention to Teacher Aida for being so kind, generous and accomodative to both families,

Aunty Faizah Ahmad who drove all the way from Perlis with her family to send the hantaran cake,
Kek Untuk Ustaz Don & Husna

Husna's wedding decorator The House of Red Gincu who was a gem providing numerous services, may Allah grant your business prosperity inshallah (and barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa jamaa bainakuma fi kheir. Congratulations on your own wedding, we're sorry we couldn't attend)

Husna's makeup artist Huda Rafie from Bridging Beauty who did all her makeup beautifully and kept everything natural, may your talent bring you far inshallah,

Don's official photographer Photoline Creative Studio who stayed with us from start to finish. Congratulations to the team, it was a pleasure working with you!

Husna's official photographers Nadia Zahari Photography andArtmosphere Photography who captured the event flawlessly, can't wait for the album!

Husna's tailor Zainur Arsyiqin, a true life-saver for agreeing to alter and sew and bead her wedding dresses/scarves/veil on such short notice. You did a marvellous job especially on the kurung with material from Saphyra Fashion and Accessories,

All caterers for providing ample good food and great service,

And to everyone else, kalau nak tulis satu-satu memang tak muat.

Words fail us in matching what you have done for us. This thank you note is the least we can do to acknowledge all that we have been blessed with. Thank you so much jazaakumullah kheir inshallah.


~~~


Tahniah sekali lagi untuk pasangan mempelai.. Semoga berkekalan jodoh hingga ke Jannah Ilahi..Amin....





Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Saturday, October 06, 2012

Raya & Wedding

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

Sudah terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya.. Tapi baru mau uploadkan, apa boleh buat.. Untuk tatapan bersama.
A Part of Mama's Family

Tahun ni Kurang lagi...
My elder sista

Ini orang cakap pengantin baru
 Seminggu pas raya ada kenduri kahwin. Tu pengantin seragam putih laki bini di atas tu. Bersanding saja. Nikahnya sudah. Dapat ipar baru.

Yang jadi pengapit tu control macho n ayu ja..
No gossip please...

A part of Vyrone family's

Ini part of wedding planner

Ha ni time raya kaka tiada
Time nie abang pula tiada, suda kena panggil kerja

Barakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma
wa jama' bainakuma fi khair... Aminn








Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Forum : Penghinaan Pada Rasulullah saw : Antara Kejayaan Yahudi @ Pengabaian Sunnah

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



FORUM - Penghinaan Kepada Rasulullah saw, Antara Kejayaan Yahudi atau Pengabaian Sunnah.
[Masjid Negeri, Shah Alam - 5 Oktober 2012]
Panel: Ust Dr Zaharuddin, Dato Dr Harun Din, Ust Muhd Abdullah.


Pendahuluan

Tuan Guru Dato Dr Harun Din: 

Nabi Muhammad saw adalah satu2nya insan yang dapat kemuliaan dan kehormatan yang utama dari Allah. Tak akan ada orang lain yang kata-katanya akan ditulis dan disebar untuk menentukan hukum. Imam Al-Bukhari hafal 300,000 hadis, Imam Ahmad hafal 100,000 hadis.

Nama nabi disebut setiap saat dalam azan di seluruh dunia. Jadi tidak wajar Baginda dihina. Nabi Ibrahim sebelum wafat, Jibril tanya adakah kamu ingin dikenali selepas kamu wafat? Nabi Ibrahim menjawab ya. Jibril bertanya, dengan panggilan apa? Nabi Ibrahim menjawab Khalilullah. Nabi Musa pula memilih Kalimullah, Nabi Isa pula memilih Ruhulllah. Tapi Nabi Muhammad bila ditanya, Allah sendiri yang perkenankan untuk beri gelaran Habibullah (kekasih Allah). Jadi, tidak layak untuk sesiapa pun menghina kekasih yang Allah sendiri pilih.


Ust Dr Zaharuddin:

Kita kini terkepung dengan serangan halus, iaitu muzik, filem, dan lain2. Apabila ada kes penghinaan terhadap nabi, respon masyarakat Islam dunia ialah demonstrasi, bakar bendera, pijak bendera, dan sebagainya.

Dinyatakan dalam Surah Ali Imran, cara nak respon kepada penghinaan2 ini ialah dengan 4 langkah:

1- Sabar - boleh lawan, tapi jangan melawan. Maksudnya, muhasabah diri dulu, mungkin disebabkan kita ini lemah menyebabkan orang kafir semakin berani hina nabi. Berselawat banyak2 kepada Nabi.

2- Teruskan bertakwa - Maksudnya, JANGAN SEBARKAN apa yang mereka hina nabi kita, walaupun untuk tujuan peringatan. Kadang2 orang kita respon secara emosi, marah orang hina nabi, tapi share benda tu. Jangan jadi tukang sebar tukang promosi, dapat saham dosa..!!

3- Teruskan bertasbih

4- Jadilah orang2 yang sujud - Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan dengan kejahatan yang berperancangan. Kerana sesungguhnya yang tergesa-gesa itu adalah dari syaitan, dan yang cermat itu adalah dari Allah.

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.”

(Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadis ini hasan)


Ustaz Muhammad Abdullah: 

Manusia dicipta sebagai sebaik2 makhluk dan manusia yang terbaik di antara semua manusia ialah Rasulullah saw. Umat yang terbaik pula ialah umat Nabi Muhammad saw.

Semasa zaman nabi, nabi membentuk 8 golongan.

1- Golongan bijak memimpin
2- Golongan ulama dan penyebar ilmu
3- Golongan Pekerja yang rajin
4- Golongan darah para syuhada
5- Golongan orang-orang soleh yang berdoa
6- Golongan pendakwah (daie)
7- Golongan orang kaya yang berharta dan tidak bakhil
8- Golongan rahim wanita yang soleh

Tu pasal kenapa Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali tidak banyak meriwayatkan hadis, kan? mereka dibentuk nabi sebagai golongan bijak memimpin.

Abu Hurairah banyak riwayat hadis, nabi bentuk dia penyebar ilmu.

Zaid bin Haritsah sejak umur 17 tahun dah pimpin tentera Islam, nabi bentuk dia jd darah para syuhada.

8 golongan ini saling membantu, yg kaya sedekahkan harta kepada para syuhada, pendakwah mendakwah orang soleh, orang soleh didik wanita beriman.

Kerana 8 golongan ini berpecah, Islam semakin lemah, dan orang kafir makin berani perlekehkan Islam. Setiap manusia berperanan. Jangan harapkan ulama dan ustaz sahaja, kerana orang yang cinta Nabi sahaja akan bersama nabi di akhirat kelak.

SOALAN 1: 

Adakah politik hari ini ikut landasan syarak? Sebab ia umpama menggalakkan perpecahan, hilang kasih sayang sesama muslim seperti yang dianjur nabi.

Jawapan Dato Harun Din:

Puncanya dari sebab kita tidak pegang pada landasan Al-Quran dan As-sunnah secara total. Saidina Umar pernah cakap, Allah muliakan kita kerana Islam. Jika kita nak capai kemuliaan selain Islam, Allah akan hina kita. Surah Al-An'am ayat 10 "Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

Jawapan Ust Muhd Abdullah: 

Pemimpin dan pentadbiran kena cinta pada Allah, Rasul, dan Islam untuk berjaya. 4 khalifah ar-rasyidin, bani ummaiyah, bani abbassiyah, bani uthmaniah, semua memimpin atas 3 cinta yg sama ini, kecuali di zaman kejatuhan kerajaan Islam.


SOALAN 2:

Apa cara untuk dilakukan agar non-muslim di Malaysia untuk kenal nabi dalam bentuk positif? Macam di barat, NGO pertubuhan Islam ambil peluang kes penghinaan nabi untuk sebarkan Islam.

Jawapan Ust Dr Zaharuddin:

Jangan hina, jangan perlekeh, caci agama selain agama Islam, sebab mereka akan balas yang sama pada kita. yang NGO luar negara buat tu adalah perkara yang diajar nabi. Bila nabi dihina dan dicerca, nabi terus sebar kebenaran. Wujudnya kes 9 september (world trade center dilanggar kapal terbang) dan kes penghinaan nabi ini sebenarnya membuat orang bukan Islam lagi minat nak tahu tentang Islam. Macam jalan jem, semua nak tahu ada apa kat depan, road block ke, eksiden ke. Sesungguhnya perancangan Allah lebih Hebat. Jangan respon dengan maki hamun dan bakar bendera seumpamanya. Memang diorang sengaja nak kita jadi camtu.


SOALAN 3:

Kisah pada zaman nabi, ada orang yang hina nabi, sahabat bunuh. Apa huraian kisah tu untuk tak nak orang yang tak faham Islam fikir bahawa Islam ni zalim?

Jawapan Ust Dr Zaharuddin:

(Ustaz tidak ulas tentang kisah tu) Pada zaman nabi, ada 3 orang badwi kencing dalam kawasan masjid. sahabat2 nak pukul. nabi kata biarkan mereka. Umar nak penggal kepala badwi2 tu, nabi kata tinggalkan mereka.

Hadis yang diriwayatkan Aisyah, "Tiada guna orang berbuat buruk, kita balas dengan buruk. Jika orang buat jahat, kita balas dengan kebaikan dan keampunan."

Hadis lain: Agama Islam akan dibantu oleh orang2 fajir, (orang2 yang bukan Islam/atheist sendiri akan bantu dengan sebab simpati). contoh, demonstrasi di US, bantah kezaliman terhadap rakyat palestin, orang yahudi dan geng2 punk skinhead pun join, atas dasar human rights.


KESIMPULAN (Oleh Tuan Guru Dato Dr Harun Din) 

Mencintai Rasulullah saw adalah wajib. Tiada khilaf.
Caranya ialah dengan hormati dan taati perintah nabi.

Setiap insan akan bersama dengan apa yang dicintainya di akhirat kelak. Jika kita cinta pada nabi, kita akan masuk syurga sama2 dengan nabi. Jika nak cinta pada nabi dan cinta pada Allah, ikut hukum Allah. Ikutlah sunnah nabi.


Sekadar perkongsian: tentang Dato bermimpi jumpa Rasulullah saw.

Nabi bersabda: siapa yang nampak aku dalam tidurnya, maka dia nampak aku sesungguh-sungguhnya.
2 cara nak kenal pasti bahawa orang yang kita mimpikan itu adalah nabi:

1- hati yakin tanpa ragu walau sedikit pun bahawa itu adalah nabi.
2- dalam mimpi, kita tanya orang sebelah/orang dekat, siapa lelaki itu. orang tu jawab itulah nabi muhammad saw.

Syaitan tidak akan masuk dalam mimpi kita jadi nabi atau sebut nama nabi, sebab Allah pelihara nabi dari fitnah syaitan dalam mimpi. sebab mimpilah perkara paling orang akan percaya sebagai alamat dan cahaya petunjuk.





Sumber : Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )




Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

12 Ciri Terbaik Mencari & Menjadi Sahabat

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Mahukah kamu, aku kongsikan ciri-ciri sahabat yang baik? Kalau mahu, sila jangan malu untuk membaca dan berkongsi info ini. In Sha Allah, membawa kebaikan untuk kamu dan jua diriku terutamanya.

1) Jika berbuat baik padanya, dia akan melindungimu.
2) Jika rapatkan persahabatan dangannya, dia membalas baik persahabatanmu.
3) Jika memerlukan pertolongan dan bantuan darinya, dia akan mengusahakan pertolongan untukmu dan membantumu
4) Jika dia melihat sesuatu tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
5) Jika engkau menegur kesilapannya, dia berlapang dada untuk menerima teguranmu
6) Jika engkau berdiam diri (Kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahanmu.
7) Jika engkau menhulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
8) Jika dia mendapat kebajikan (Kebaikan)  daripadamu, dia menghargai.
9) Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia membenarkanmu (menerima pendapatmu).
10) Jika engkau merancang sesuatu (Kebaikan), dia akan membantumu.
11) Jika engkau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan,
12) Jika datang suatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmu (dia akan melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)


Sabda Rasululla S.A.W yang bermaksud :
" Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api. Maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapa membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun, peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." -Hadith riwayat Bukhari dan Muslim-




Sumber : Kembara Ustaz Jilid 1
Abang Fedtri Yahya pun ada sumbangan
dalam buku ni. Akan di'share' kemudian.












Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Monday, August 06, 2012

Adab Bersin


  ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥




Dipetik sebahagiannya dari: (klik untuk bacaan lanjut)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu dari 
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Apabila salah seorang daripada kamu sekalian bersin, maka hendaklah dia mengucapkan: ”Alhamdulillah الحمدلله” (Segala pujian untuk ALLAH). 

Dan bagi saudara atau kawannya hendaklah mengucapkan: ”yarhamukallah يَرْحَمُكَ الله” (semoga ALLAH merahmati kamu). 

Apabila ada orang mengucapkan "yarhamukallah", maka orang yang bersin itu hendaklah mengucapkan: ”yahdikumullahu wa yuslihu baalakum ْيَهْدِيكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُم” (semoga ALLAH memberi petunjuk dan membaikkan kamu).”

(HR al-Bukhari)
















Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Sunday, August 05, 2012

❤LAILATUL QADR❤

 

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Semua pasti tahu apa malam Lailatul Qadar itu dan mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan, dimana Al-Qur'an diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan pada malam tersebut, malaikat Jibril dan para malaikat-malaikat turun untuk mengatur segala urusannya dengan izin dari Allah SWT. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar.

Lalu bila malam Lailatul Qadar itu? Dan apa tanda-tanda datangnya malam Lailatul Qadar? Malam al-Qadr adalah malam yang istimewa, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya: 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar akan datang

1. Udara dan angin sekitar terasa tenang, malam penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.
2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia juga merasakan ketenangan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan cerah, tidak ada sinar. 
5. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar, mereka melihat nur yang terang benderang di seluruh tempat yang gelap gelita.

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini. Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: 
“Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”
Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-QadrDiriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”

Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:
“Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” 
Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Katakanlah: 
“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin…


❤Ya Allah!❤
❤mari menjadi hamba & semoga Allah redha!❤





Sumber dari : ~CATATAN INDAHKU~





Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Saturday, August 04, 2012

Peristiwa Ramadhan



Tahukah kamoo apakah peristiwa bersejarah yang pernah berlaku sepanjang bulan Ramadhan??Antaranya yang paling menarik sudah tentulah peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW. Ia juga dikenali sebagai Nuzul Quran

Dan yang lainnya pula Perang Badar Qubra.Perang Badar merupakan peperangan pertama yang dilalui orleh umat islam selepas berhijrah ke Madinah. Dan beberapa lainnya seperti gamabr di bawah:-








Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Friday, August 03, 2012

Keterasingan Islam

 




Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Islam bermula dalam keadaan terasing.
Ia akan kembali asing seperti permulaan.
Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing"

HR Muslim

Wallahu 'alam





Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Thursday, August 02, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012/1433

 



Sekadar yang aku jumpa d FB
Wallahu 'Alam...


Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Monday, July 30, 2012

Zakat Fitrah

 



TAKRIFAN / MAKSUD
Bahasa : bersih, suci, subur, dan berkembang.
Zakat Fitrah : zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim lelaki dan perempuan pada bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

FADHILAT
1- Menampung kekurangan ibadah puasa
2- Membantu fakir dan miskin oada Hari Raya
~ Ibn Abas R.A berkata: " Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebagai menyucikan buat orang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji dan sebagai makanan buat orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat (hari raya) maka ia merupakan zakat yang makbul. Sesiapa yang menunaikan selepas solat, maka ia dikira sedekah."~
-HR Abu Daud-

~ Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (hari raya)~
- HR al-Daruqutni-

KEWAJIPAN SIAPA?
1- Setiap Muslim, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kecil atau besar.
2- Penjaga wajib mengeluarkan zakat bagi orang yang di bawah tanggungannya seperti isteri, anak-anak kecil dan hambanya.

KADAR
Segantang makanan ruji tempatan (beras, gandum, jagung dsb) dengan kiraan hari ini bersamaan timbangan metrik 2.6 kg (2600 g)

WAKTU
Waktu mula diwajibkan ialah sebaik sahaja malam pertama Ramadhan.
Waktu menunaikan:
1- Waktu Afdal : Sebaik sahaja terbitnya matahari 1 Syawal hingga sebelum solat Eid (hari raya) hendak didirikan.
2- Waktu Harus : Sepanjang bulan Ramadhan
3- Waktu Makhruh : Selepas solat Eid hingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal
4- Waktu Haram : Selepas terbenam matahari ! Syawal

PENERIMA
Mana-mana asnaf yang 8:
Fakir, Miskin, Amil (pemungut zakat), Orang Berhutang, Hamba, Fi Sabulillah & Ibn Sabil.



Sumber dari Majalah al-Ustaz




Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Indahnya Islam

 


Dan aku antara yang bertuah itu.

Berzikirlah, Allah ada di hati kita...InsyaAllah...






Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Friday, July 20, 2012

Aktiviti Seharian Puasa

 

Mahukah kamoo aku kongsi sedikit aktiviti yang boleh kamoo lakukan sepanjang hari dalam bulan Ramadhan ini?? Soo,, Enjoy reading below ok???


WAKTU SIANG
Bermula Dari Pukul 5am - 5pmSAHUR (Penghujung Malam)
5am : Sahur + Niat
GHURUB (Pancaran Matahari Terbit)
6am : Solat Fardhu Subuh
FAJAR (Terbit Matahari)
7am : Membaca Al-Quran
DHUHA (Antara Terbit Matahari - Matahari Tegak)
8am↔ 10am : Solat Sunat Dhuha
9am - 12pm : Bekerja, Belajar Bertugas, Berkhidmat DLL
"Niatkan Sebagai Ibadah"
ISTIWA' (Matahari Tegak Atas Kepala)
12pm ↔  1pm : Tidur Qailullah
ZUHUR (Setelah Gelincir Matahari)
1pm - 2pm : Solat Fardhu Zuhur
2pm : Tadarus, Mendengar Tazkirah DSB
ASAR (Matahari Condong ke Barat)
4pm - 5pm : Solat Fardhu Asar








WAKTU MALAM
Bermula Dari Pukul 7pm ↔ 6am







7pm ↔ 8pm : Berbuka Puasa + Solat Maghrib
8pm↔ 9pm : Solat Isya'
9pm↔ 10pm : Solat Taraweeh, Solat Witir
10pm ↔ 11pm : Baca Al-Quran / Bertedarus
11pm↔ 12am : Niat Puasa Sebelum Tidur
12am↔ 3am : Tidur
3am↔ 4am : Bangun (Bersihkan Diri ) Iktiqaf
- Tahajud, Solat Taubat, Solat tasbih DLL-
4am↔ 5am : Baca Al-Quran, Tafakur, Zikir

5am - Imsak : Bersahur + Niat Puasa
6am : Solat Fardhu Subuh


Dari Majalah Solusi Isu 34

Di kongsi oleh Izinkan Saya Share





Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,

Fahami & Mengertikan