welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Friday, April 17, 2020

Dah Sah

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

Hi guys.
Berbulan selepas post terakhir.
Well, lately orang jarang baca blog sebab blog jarang update. Contoh terdekat, aku.

Hari ni sudah masuk fasa ke tiga (3) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. As everyone know, Dunia sekarang telah di serang oleh makhluk Tuhan paling halus kerdil yang sebelum ni di kenali sebagai virus corona dan sekarang di beri nama sebagai Covid-19. 

Well, aku bukan mao cerita pasal corona ni sebab aku bukan pakar nya. Kalau mao tahu pasal Covid-19 ni kena lah cari pada pakarnya. Tapi sekadar pengatahuan am yang aku ada, virus ni memang sangat mudah berjangkit, dan simptom nya sangat lambat untuk di kesan. Jadi jaga jarak, jaga diri dan jangan selalu merayap.

Ini kisah aku peribadi aku. Kisah tentang aku sudah halal menjadi isteri. Kalau ikut perancangan, sepatutnya aku menikah pada 28.03.2020 bersamaan hari Sabtu. Aturcara majlis tu bermula dengan majlis pernikahan lebih kurang jam 8.30 pagi diteruskan dengan majlis berinai. Kemudian baru la majlis bersanding dalam jam 11.30 pagi. Itu apa yang kami rancang. Itu antara tentatif nya. Tapi........

Disebabkan PKP, mula-mula mau awalkan sikit, sebab nikah saja which is 26hb. Tapi tiba-tiba ustaz yang bagi nikah tu hantar whatsapp bagitau bermula 23hb sudah nda dibenarkan nikah. Jadi tengah hari tu bagitau babah pasal benda tu. Lepas tu babah call ustaz dan ustaz cakap minta kebenaran polis. Memandangkan rumah nenek aku sebelah dengan balai polis kampung, so abah aku terus naik balai polis tu dan minta kebenaran. Pegawai tu cakap tidak melebihi 20 orang dan jangan bagi nampak yang orang berkumpul (kereta jangan banyak-banyak di halaman rumah).

Alhamdulillah, buat simple-simple ja. Perhiasan untuk pelamin yang simple made by my aunties (Mamit & Cu Bibi). Material dari nene Usu. Makanan bihun goreng cooked by nene Usu (adik nene). Make up by Mikha (menantu nene Asmah). Gubahan hantaran by Mammy Anna (adik mama). Nasib awal sudah hantar barang-barang hantaran tempat mammy. Baju nikah? Baju nikah online order dan sampai seminggu sebelum PKP. Baju laki ngam saiz, baju aku agak besar. Jadi aku minta tolong pada adik mama yang ada gerai menjahit di Pasar Sentrel Labuan. Tapi di sebabkan PKP dan Pasar Sentrel Labuan tutup, maka baju yang sepatutnya aku pakai waktu nikah itu telah di kuarantin kan, malah lebih awal sebelum PKP dilaksanakan.

Alhamdullah dalam jam 5.10 petang 22.03.2020 hari Ahad, aku sah menjadi isteri kepada dia. Bemulalah pengembaraan sebuah keluarga. Semoga bahtera ni mendapat barakah, sakinah, mawaddah wa rahmah. Amin.






Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...