welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Saturday, November 29, 2014

Jumpa retis kau

Baru perasan dalam file whatsapp masa mao upload gambar konvo, ada gambar retis. Haha.

Yelah, kao bukan berada di dunia retis, so bila jumpa retis tu mestilah kao fefeeling proud gia di. Mesti macam kao mao bagi heboh satu dunia yang kao jumpa retis.

"Hey world, look, I've met retis kao. Kao hado?" Lebih lebih kecoh dari ni mungkin yang kao akan buat.

Tapi aku steady ja sebenarnya. Yang over excited mao take picture sama retis tu is my dearest baby fruit. Hihi.

Tapi the truth aku pun over juga bila dapat jumpa baggio (betul ka spelling namanya?) masa dorang datang labuan  buat konsert lagenda rock. Hahaha

Ok la share sikit siapa retis yang buat my baby fruit over excited tu. And the best part is they suddenly adore with him.

To the retis tu, you have add another two new fans.

Hari jubah awak

Lamanya terasa nda update blog ni. Kesian blog ni. Asyik ditinggal sepi dan sendiri. Biarlah kan. Memandangkan hari ni macam ada sedikit free time, bolehlah update 1 entry.

Tapi terfikir, mao update pasal apa ah?
Okeylah. Update what was happen or my activity recently. Let me remind my memory first.

Erm it about my brother yang second last, convocation ceramony. Budak sijil konvo d ILP Sepanggar, Sabah.

Apa lagi, di kesempatan untuk mengikis ni, aku pun ambil la kesempatan berbuat demikian kepada our best banker; Mr En Md Yusof. Hihihi.

Erm sebenarnya malas mao taip banyak-banyak and panjang-panjang, jadi apa kata aku upload few gambar masa time convo tu. Ok ke ok? Hahaha.

Monday, July 21, 2014

Pray for MH17

Aku memang selalu lambat update. Pada 17 July 2014 hari tu Malaysia digemparkan lagi dengan berita yang berkaitan dengan kapal terbang.

Kapal terbang milik malaysia airlines MH17 itu telah ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukrine yang ketika itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Penerbangan itu dijangka tiba di Malaysia kira-kira jam 610 pagi 18 July 2014 bersamaan dengan hari Jumaat.

Seramai lebih kurang 290± orang penumpang yang menaiki pesawat tersebut.

Belum pun selesai misteri kehilangan pesawat MAS MH379, kini digemparkan pula dengan pesawat MH17 yang ditembak.

La haula wala kuwata ila billah.

Semoga ahli keluarga dan waris mangsa penumpang dan crew kapal tabah menghadapi dugaan ini. Tambah lagi lebaran yang bakal menjengah sikit hari lagi.

Dan semoga penumpang dan  crew kapal ditempatkan  dalam  kalangan orang beriman. In sya Allah. AMIN.

Sunday, July 13, 2014

Jangan Lupa

Ini bukan maw kasih ingat kamu pasal final World Cup between my Germany and Argentina this sunday morning. Tapi..

Kan kita sekarang berada di bulan Ramadhan yang penuh barakah. So, JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT.

Friday, July 11, 2014

Unexpected

Macam betul ja spelling B.I aku tu. Eh kenapa unexpected? Sebab aku bajet lain, tapi lain pula yang jadi. Apakah?

Ok sebenarnya ini berkaitan dengan FIFA World Cup. Hahaha.

Ok jujur aku bukanlah peminat setia bola sepak. Tapi memandangkan ini piala dunia, maka seluruh dunia jadi zombie bola. Hahaha. Tapi nda termasuk aku lah. Hihi.

Aku cuma tengok tiga game ja sepanjang musim ni dan semua game tu adalah game pasukan Germany.

Motif pula aku mau sokong Germany? Ok. Kalau yang pakar bola macam kamu semua mesti akan pilih negara yang player diorang terror main, tahu menggelecek bola dannnnnnnnn sumbaaaaaat gollllll. Hahaha. Gelabah. Aku sebenarnya pilih Germany sebab Mesut Ozil ja. 

Mesti bila baca, dalam hati cakap " Gediknya minah ni". kan? Mengaku ja lah. Hahahaha. Tapi mesti pelik dari 1st match dengan Portugal 4-0 tu Ozil mana ada sumbat gol pun. Paling banyak sumbat gol untuk Germany kan si Muller. Kenapa aku nda minat si Muller tu ja? Kenapa mau pilih Ozil juga? Sebabnya adalah....



Ozil ada bibir yang kiut? Ko hada? What the relation? Sebenarnya, aku suka tengok bibir Ozil yang kicil dan cumil macam my cousin Azim. Eh bukan. Bibir Ozil dan Azim sama macam Ferb kartun Phineas and Ferb. Hahah. Kenyataan paling gedik owh aku pernah buat. Tapi betul bibir Ozil yang kicil tu cumil. Hihi.

Err lain-lain? Tiada la kali. Sebenarnya aku pun nda sangka kalau Germany tu bulih move forward sampai ke final. Aku rasa bukan aku sorang saja yang unexpect benda ni. Lagipun aku tengok sangat jarang stasen tv yang review pasal Germany. Lagi pun aku bajet sampai semi final ja. So, untuk aksi final nanti, aku nda letakkan harapan yang tinngi. Kalau menang baguslah. Lagipun aku bukan dapat duit kalau aku sokong lebih-lebih. Hahaha.

So my wish, Good Luck Germany. 

Tuesday, July 01, 2014

Ramadhan kareem 1435

Alhamdulillah. Hari ni #3 hari sudah kita berada di bulan ramadhan. Dah alhamdullilah belum berkesempatan membazirkan wang dan tenaga d bazaar ramadhan. InsyaAllah akan datang. Hihi.

Marhaban ya ramadhan.

Saturday, June 14, 2014

Cupcake

Petang semalam sementara tunggu siaran Running Man di tv2 so aku dengan malas namun terpaksa telah memancuh, membakar dan memakan kek. Huahuahua. Skemanya ayat.

Betullah tu. Cupcake yang variety style. Weird n wacky. Tapi still sodap walaupun pakai teoung instant. Sekarang nikan ada sudah tepung instant yang cuma perlu tambah telur dan butter.
Hahaha.

Disebabkan aku ni bukanlah pakar dalam bidang memasak apa lagi dalam kes bakar membakar jadi inilah hasilnya.

Dekat gambar tu ada nombor2 kan? Itu adalah urutan kek yang aku bakar. 

1- Sikit dan keras dan rangup sikit.

2- Letak choc rice dan badam. Lepastu letak air dalam talam di oven tu.

Dan process lainnya. Hinggalah cup yang terakhir. Macam-macam aku adjust termasuk function oven tu. Aku lupa namanya. Haai la aku ni. Comel pulak aku rasa. Hahaha.

Itu jalah aku rasa bulih aku share. Hihi

Wednesday, June 04, 2014

KES ISU KAHWIN (Part 1)

Ada orang cakap perempuan ni complicated, ada juga yang cakap lelaki ni sikit pun nda bulih dipecaya. Tapi sebenarnya lelaki mahupun perempuan, dua-dua pun bukan bulih di pecaya dan masing-masing pun complicated. Sebab masing-masing ada perangai dan cara fikir tersendiri.
Bila lelaki cakap perempuan ni complicated, mungkin sebab lelaki suka buat benda simple, nampak simple. Tapi lelaki tu lupa, bukan perempuan saja yang complicated,  ada juga lelaki yang jauh lebih complicated berbanding perempuan yang complicated. Tengok betapa complicated nya ayat aku. Sampai aku sendiri pun nda faham.

Bukan semua perempuan tu complicated,  macam aku. Er sorry masuk mesin putar sendiri pulak (peribahasa moden). Betullah, aku manusia biasa-biasa saja. Tapi ada kala babah aku sendiri pun macam sakit hati cakap dengan aku. Hahaha. Benda boleh bincang, bincang lah elok-elok. Hahaha. Motif ntah.
Ok serious. Memang selalu perempuan di label sebagai makhluk paling complicated walau di benua mana pun. Lelaki lah yang selalu fikir macam tu, sebab perempuan bila fikir pasal lelaki mesti akan label lelaki sebagai buaya darat, buaya tembaga, buaya laut, buaya hutan, buaya emas, buaya silver dan macam-macam spesis buaya lagi yang ada. Kalau bukan buaya pun, hidung belang, telinga belang, rambut belang, mulut belang dan macam-macam jenis belang lah lagi termasuk harimau belang.

Begitulah juga dalam alam rumahtangga. Ceh intro bukan main panjang berjela menyelusuri sungai nil, ingat dah masuk conclusion. Chillex reader. Disarankan pada readers jangan baca menggunakan intonasi stress bacalah dengan gaya comel macam Ara cakap. Comel dan cute. Haha. Siapa Ara? Kenapa Ara? Ara budak comel adik si Ary dalam kartun 'Pada Zaman Dahulu'. Suara Ara best dan comel. Hahaha.
Entry ni sebenarnya pasal isu rumahtangga yang disebabkan oleh sifat lelaki dan perempuan. Benda yang buat aku terinspirasi buat entry ni sebab few days ago,  aku ada dengar pasal isu ni.

Bagi memantapkan lagi ke-stress-an korang yang baca, walaupun aku tahu tiada juga yang sudi membaca, maka dengan ini aku dengan kenyataan berani taip ingin menaip bahawasanya AKU BELUM BERKAHWIN. Mesti kalau ada yang baca akan cakap 'ceh poyo, belum kahwin ada hati mau kupas pasal rumahtangga', atau 'kau nda tau jangan mengada lah mau bincangkan isu ni'. Tipikal pemikiran Melayu. Benda lumrah. Memang aku nda tau derita di alam rumahtangga dan belum pun punya laki, ini berbaloi untuk jadi bahan bacaan untuk kamu.

Mungkin entry ni meaningless buat kamu atau a hell story. Tapi untuk aku, mungkin benda ni akan membantu aku bila aku sudah kahwin nanti. Rujukan untuk masa hadapan. Hihi.

Usually orang perempuan akan berpantang bila tahu sang suami (sebab ini kisah suami isteri jadi aku guna words laki dan bini. Pendek sikit) atau laki diorang ada perempuan lain. Dalam erti kata lain, skandal. Kadang-kadang benda yang tiada pun bulih jadi ada. Malah dibesar-besarkan lagi isu yang tiada-tiada ni. Setengah perempuan dapat laki yang innocent, amanah, jujur dan baik dan memang diiktiraf sikap jujur dan baik orangnya, tapi sayang syak wasangka kaum hawa sangat hebat. Kadang-kadang laki tu siap buat report lagi mana dia pegi, apa dia buat, siapa kawan dia kalau bulih setiap benda yang dia buat dia mau bini dia tau. Even berak berdarah pun dia mau kasitau dia punya bini. Tapi hairan bin pelik bin ntahlah, yang bini bila keluar nda pulak dia bagitau laki dia. Tolong jangan terbalikkan dunia.  Huhu.

Ada bini yang lagi dahsyat bila laki dijadikan hamba abdi atau paling baik pun laki jadi suri rumah. Lepastu punya kejam sang isteri bila larang dia punya laki berbakti sama orang tua lelaki tu atau mertua si perempuan. Selalu yang cliche dalam drama swasta yang disiar di tv, perempuan yang buat macam tu biasanya perempuan itu berkerjaya,  gaji tinggi dan jawatan ceo syarikat. Paling rendah pun executive syarikat yang bergaji dua kali ganda dari si laki.

Wahai orang perempuan, termasuklah aku.

1- Cemburu. Tidak dinafikan perempuan malahan lelaki jua punya sifat cemburu. Sedangkan para isteri nabi jugak cemburu apatah lagi kita. Tapi cemburu itu biarlah rasional. Bukan hanya mengkhinzir buta dan membuta tuli. Kesian si khinzir sudah lah buta, tuli lagi. Kamu mengahwini dia atas kepercayaan kamu terhadapnya. Kerna kejujurannya bukan kerna cinta semata. Itulah sebab mengapa wujud perkataan husnozhon atau berbaik sangka. Berbaik sangka lah kamu dengan pasangan kamu. Selagi mana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan dia dengan skandal fitnah orang sekeliling maka pecayalah dia. Ceh. Poyo sangat ayat aku. Hahaha.

Tapi betul, baik lelaki atau perempuan bila kamu suka tuduh dia buat benda yang dia nda pernah buat lambat laun dia akan buat. Sudah hari-hari kalau bulih tiap saat kamu mau tuduh dia buat. Dari tiada perasaan mau buat, tiba-tiba dia buat betul-betul sebab tekanan sama kamu punya tuduhan melulu tu. Lepastu kamu lah yang putih mata. Kesian dan padan muka. Hahaha. Orang putih cakap serve your right. Hahaha. Betul kah itu? Ntah. Hihi

2-Hormatlah pasangan. Wahai kaum hawa terutamanya ketahuilah bahawasanya syurga kamu yang mana sudah berkahwin atau berumahtangga adalah terletak di telapak kaki suami. Selagi mana laki kamu tu nda suruh kamu buat benda yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam maka adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk patuh padanya. Untuk kamu buat segala kemahuannya. Untuk kamu hormati dia. Untuk kamu er apa sajalah selagi laki kamu tu nda suruh kamu melacur atau menghisap ganja atau adik beradik ganja atau yang lainnya selama itulah kamu harus taat padanya. No objection please. Thank you.

Ini termasuklah kes yang suka control laki sampai nda bagi laki pegi visit parents dia di kampung, apa lagi mau kirim duit dekat si mama yang sakit (kalau). Wahai isteri-isteri, ketahui saat mana kamu sudah menikah maka terlerailah tanggungjawab bapamu ke atas kamu. Maknanya bapa kamu nda tanggung lagi kamu punya dosa segala sebab ia sudah beralih arah sama laki kamu sudah. Rasanya benda ni kamu pun tahu. Tapi tahukah kamu bahawasanya tanggungjawab suami kamu terhadap orang tuanya tidak terhenti?! Tahukah kamu syurganya tetap berada ditelapak kaki ibunya sehingga dia mati?! Tahukah kamu itu bukan sahaja persoalan tapi juga sebuah pernyataan?! Hihi

Dan kaum lelaki kalau ada lah kiranya yang terbaca maka kasihi dan sayangi la pasanganmu. Jangan cuba untuk membandingkan dia dengan saudara perempuanmu apatah lagi dengan bekas-bekas kekasihmu mahupun jandamu dan isterimu yang lainnya. Macam comel ja baca ayat 'DAN ISTERI MU YANG LAIN'. Warghhh poligami. Isu poligami kita bagi di next point. Hihi. Sukalah tu lelaki kalau isu poligami ni. Sabar ok. Baca lagi. Best part poligami ni. Hihi.

Orang lelaki kena faham, kena tahu dan kena ambil peduli benda ni. Orang perempuan semacam juga orang lelaki tidak suka dibanding-bandingkan. Cuba bayang perasaan kau dibandingkan dengan orang lain (mesti sakit hatikan), macam itu jugalah sakitnya hati kaum hawa yang memang mudah sangat sentap lagi-lagi bila mereka dibanding-bandingkan.  Lagipun semua tahu perempuan memang sensitif kecuali aku. Eh aku pun sensitif la. Lupa pula saya nih. Hihi.

3- Poligami. Isu ni orang lelaki suka. Pecaya atau nda boleh tanya orang lelaki. Wahai akhi warga lelaki, umum memang tahu perempuan paling sangat bengang bila kamu kemukakan isu tentang poligami. Yang bermusuh bulih jagi geng pasal isu poligami ni macam kes bola. Musuh bulih jadi geng bila sokong pasukan yang sama terutama pasukan kebangsaan melawan negara lain. Kawan pula bulih jadi musuh paling menyampah bila sokong pasukan lain. Tengoklah piala dunia 2014 di Brazil nanti macam mana. Sikit hari ja lagi. Masa tu news feed di fb akan banyak yang jadi pengulas sukan free.

Alahai kakak-kakak, ibu-ibu, adik-adik gugurl. Redhalah kalau encik suami kamu mahu berpoligami. Tapi pastikan cukup syarat. Syaratnya nda banyak, satu ja iaitu MAMPU.. Walaupun satu, tapi jangan risau. Hihihihi.

Mampu dalam memberi nafkah sama ada zahir apatah lagi batin. Hahaha.  Agaklah kan selama ni kamu menumpang tinggal di rumah mertua atau sekadar menyewa kontrak di taman perumahan kos rendah, ataupun di kediaman mewah sting garden dengan makan pun sehari sekali. Jadi kamu rasa apa patut kamu bilang sama laki kamu. Jom aku bagi sikit ayat baik giler untuk kamu cuba wahai kaum isteri.

" Abang, sayang nda larang kalau abang mau kawin lagi. Sikit pun nda larang. Kawinlah sampai empat pun. Tapi abang mesti mampu serba serbi..

- Kalau sayang dapat rumah sebuah harga 400 ribu, bini abang yang tiga lagi tu pun mesti ada jua rumah tapi masing-masing harga yang 100 ribu ke bawah untuk setiap sorang. Kalau dorang dapat sebiji mutiara, sayang mau 4 biji mutiara. Sebab sayang bini pertama mesti 4 kali ganda lebih dari dorang. Huahuahua.


   ATAU

- Sayang mau rumah untuk sayang satu, rumah untuk anak sorang satu. Anak kita sepuluh belas orang bang, jadi rumah abang kena sediakan untuk dorang dalam sepuluh belas la jua bang, abang mampu? Itu baru sayang, belum lagi bini-bini abang yang lain. Kihkihkih
 

  ATAU

- Abang kawinlah sampai sepuluh belas kali pun sayang nda kesah. Yang penting sediakan dulu sayang harta yang sampai  7 keturunan pun nda habis ni. Bukan setakat tujuh keturunan 10, 20 keturunan pun nda habis. Boleh bang? Hikhikhik


    ATAU

- Disebabkan sayang ni sayang gila dengan abang, apa kata kita pegi masjid solat berjemaah.  Rasanya masa kita nikah dulu sujud syukur pun abang nda buat. Jangankan sujud syukur, solat wajib pun nda buat apa lagi solat tahajud. Paling pun solat raya saja yang mampu abang buat. Huhuhu.
 

  ATAU

-  Dengan syarat, sayang nda kenal pun bini abang tu. Kalau sayang kenal, abang nda buli kawin sama dia atau abang ceraikan dia. Pastikan sebelum kawin abang bawa dia jumpa saya. Deal? (Disarankan bila sudah jumpa bakal madu, kamu bagitau lah laki kamu yang kamu kenal calon tu. Dan ingatkan dia tentang perjanjian ini) hihihi. Syarat ni best. Paling licik.


Habis mampus laki kamu dengar. Hahaha. Pitam plus pengsan dan bulih jadi koma setahun mendengar luahan perasaan kamu. Hahaha.

Ok lah. Panjang sudah ni. Mengantuk pula aku menaip. Hilang idea. Sebenarnya ini baru part 1. Tunggu la nanti part kedua. Kalau ada.

Disarankan hanya untuk bacaan umum. Digalakan untuk tidak mengikut apa yang yang aku taip. Lagi afdal jangan share. Hahaha. Naya aku nanti.

Wednesday, April 30, 2014

Irfan Hakim

Look at the picture, they look alike. Father and son but the truth is its uncle and nephew.

Irfan looks like my brother when he was baby. A bit similer.

I've nothing to describe in long sentence or paragraph. Just wanna share with you guys this picture about my Irfan was taken last two weeks by my brother.

My dad said that Irfan wanna be follower. Once my dad go out to somewhere, he wanna follow him. Just like ordinary baby.

Ok. Finish. Just wanna tell you guys that I miss him sooooooo muchhhhhh muchhhhhh more than you know.


Shut Up & Let's Go

 Let's Rock ♥








Shut Up & Let's Go atau nama lainnya Shut Up Flower Boy Band. Kalau dekat Korea namanya Dakchigo Kkotminam Baendeu.

Setelah sekian lama aku tak update blog ni walaupun sebenarnya hanya sebulan dua, tapi aku tetap rasa macam lama. Lamalah sangat ( sambil buat tangan ke dada mata terjuling seketika) Hahaha.

Sebenarnya kalau ikut tajuk tu mesti mau kupas pasal drama ni kan. Betullah tu kalau ada yang meneka. Tapi kenapa drama ni? Apa yang best pasal drama ni? Siapa para pelakon drama ni? Ok, persoalan pasal drama ni akan aku bagitau dari sudut pandang seorang aku kalau kamu sudi dan rajin baca. Jadi maknanya teruskanlah membaca. Membacakan amalan mulia. Mulia sangat ( tangan ke dada jangan lupa buat bila baca part "MULIA SANGAT ok)

Masa aku type benda ni, bermakna sudah dua minngu drama ni tamat siarannya di TV2. Sebenarnya, drama ni aku ada tengok dalam pertengahan tahun lepas sebelum puasa, tapi tiba-tiba siarannya terhenti tanpa sebab munasabah yang aku tahu. Kalau ikut sebab poyo a.k.a perasannya aku, maybe sebab krew tahu aku tak dapat tengok drama ni semasa penyiarannya atas sebab aku sorang saja yang tahu. Poyo punya statement yang aku suka buat. Hahaha. Okeylah. Aku sudah mula melalut dan mengarut. Tolong jangan berhenti membaca. Hahaha

Tapi hujung tahun lepas dalam bulan November, drama ni di siarkan balik di stesen TV yang sama bersama alasan yang aku pun sendiri tak pernah tahu. Atau aku patut kukuhkan statement poyo aku bahawa krew tahu masa tu aku sudah boleh tonton drama ni tanpa halangan yang besar sebesar Banjaran Titiwangsa. Dan diorang siarkan balik rancangan drama ni. Hahaha. Aku buat lagi. Sorry.

Sinopsis

Joo Byung Hee (Lee Min-ki) seorang yang gila, ketua yang bersemangat luar biasa juga merupakan vocalist untuk kumpulan rock bawah kolong (underground) iaitu Eye Candy. Turut serta dalam kumpulan tersebut adalah Kwon Ji Hyuk  (Sung Joon), si comel bergaya Lee Hyun Soo ( Kim Myung-soo ,  a.k.a L Infinate), si pemain (playboy) Kim Ha Jin (Yoo Min Kyu), si pendiam Jang Do Il (Lee Hyun Jae) dan si pendek + muka bayi (babyface) Seo Kyung Jong (Kim Min Suk).

Disebabkan satu kejadian yang berlaku antara Eye Candy dan Strewberry Field yang kebetulan kenalan muse Byung He, Su Ah, Byung Hee memutuskan untuk bersekolah semula di Jungsang High. Dan mahu menguasai sekolah tu.

Shut Up & Let's Go adalah sebuah drama musik yang biasa. Cekal, gigih, pengaruh punk yang tinggi namun baik di hati.

Para Pelakon
Jom kita berkenalan dengan para pelakonnya. Yang comel lagi cute. Hahaha.

Lee Min Ki as Joo Byung Hee
- Ketua kumpulan Eye Candy dan juga pengasas kumpulan tersebut. Comel dengan perangai gilanya. Menjadikan Su Ah sebagai dewi a.k.a muse dan sanggup bersekolah di sekolah elit Jungsang High. Bercita-cita untuk membuat persembahan di Festival Rock namun satu kemalangan telah meragut nyawanya. Huhuhu. Kempunan.

Sung Joon as Kwon Ji Hyuk
- Pembantu Byung Hee dan kemudian menjadi ketua kumpulan Eye Candy selepas Byung Hee mati. Oh sedih nak taip pasal kematian Byung Hee. Huhuhu. Jatuh cinta dengan Su Ah diluar sedar dan cintanya tak bertepuk sebelah tangan.

Kim Myung Soo as Lee Hyun Soo
- Seorang abang yang bertanggungjawab dan comel. Tenang dan mudah sejuk apabila marah juga digelar Ice Prince.

Yoo Min Kyu as Kim Ha Jin
- Seorang playboy dan menyertai kumpulan Eye Candy kerana mudah mendapatkan perempuan. Jatuh cinta dengan Ye Rim namun cintanya tak berbalas.

Lee Hyun Jae as Jang Do Il
- Putera yang terkenal dengan sifat pendiam dan muka ada kacukan mat salleh ni pun mengganggu tumpuan aku semasa menonton drama ni. Dia juga jatuh cinta pada Woo Kyung.

Kim Min Suk as Seo Kyung Jong
- Si pendek yang cute lagi comel ni err, ah berkawan rapat dan akrab dengan Kim Ha Jin. Seorang yang baik dan tenang walaupun sedikit keanak-anakan.

Jo Bo-ah as Im Su Ah
- Muse atau dewi persik eh buka dewi mata air Byung Hee. Seorang yang lemah lembut dan tabah. Juga telah jatuh cinta pada Kwon Ji Hyuk.

Jung Eui-chul as Yoo Seung Hoon
- Ketua kumpulan dan pengasas kumpulan Strewberry Field. Penulis lirik dan juga mencintai Su Ah. Namun ditolak oleh Su Ah dan cemburu dengan Ji Hyuk.

Kim Ye Rim as Ye Rim
- Muse Kim Ha Jin namun meminati Hyun Soo kerana kejadian pemandunya hampir melanggar Hyun Soo.
Kim Jung Min as Bang Woo-Kyung
- Kenalan rapat Ji Hyuk sedari zaman kanak-kanak malah mencintai Ji Hyuk dan sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian Ji Hyuk.
Sejujurnya sinopsis ni dari wikipedia yang diedit dalam bahasa melayu.

Okeylah kita teruskan dengan sebab munasabah yang buat aku suka gila drama ni. Kali ni mungkin serius. "MUNGKIN".

1- Jatuh Cinta
Jatuh cinta macam klise kan? Tapi hakikatnya, aku jatuh cinta dengan watak Lee Byung He yang dilakonkan oleh Lee Min Ki. Kenapa aku boleh terjatuh cinta sama ia? Sebab perwatakan Byung He sangat sempoi dan sengal dan gila dan sangat tidak siuman. Tapi perwatakan macam nilah yang aku suka. Tak perlu watak serius macam Seth Tan atau Adnan Sempit yang buat lawak dengan muka serius.
Apa yang buat aku suka dengan Byung He?
- Masa Byung He nampak muse nya si Su Ah dan berkenalan dengan Su Ah di kedai musik. Bila dia buat muka tersangat syok bila jumpa Su Ah. Bila dia slamba suruh Su Ah bayar masa dia dengan Su Ah keluar dating padahal pergi makan je. Itulah yang buat aku jatuh cinta.
- Yang paling best bila Byung He ajak Su Ah keluar dating. His respon so indescribable. Tak tahu macam mana nak luahkan. Tapi memang nampak comel di kaca mata seorang aku yang rabun. Hahaha.
Nampak macam tak berbaloi untuk aku jatuh cinta, tapi inilah hakikat yang boleh buat aku jatuh cinta dengan Byung He sekali gus buat aku jatuh cinta jugak dengan drama ni.

2- Tentang Erti Sebuah Persahabatan.
Untuk pengatahuan kamu yang sedang membaca benda pelik ni, sebenarnya aku ada upload dan bagi  caption yang pendek sikit (bukan sikit sebenarnya, banyak punya pendek) dari yang ada dalam blog ni di aku punya FB dan Instagram. Kalau kamu ada Instagam, sudi- sudilah follow. ( Sorry, iklan kejap)
Drama ni kan berkisar tentang persahabatan, percintaan, cita-cita dan cinta terhadap musik. Kalau sudah temanya ada tentang persahabatan, sudah tentu akan diketengahkan. Bukan Asia Tengah okey.
Kenapa berertinya persahabatan? Orang selalu cakap, nak cari sahabat kita tengok masa kita susah. Sebab sahabat itu akan bersama dalam susah mahupun senang. Jadi, sila lanjutkan bacaan anda.
- Teringat masa Byung He called Ji Hyuk bila masa dia dalam masalah. Ji Hyuk called semua ahli kumpulan Eye Candy dan sama-sama cari Byung He. Walaupun di akhir episod tu Byung He mati. Huhuhu.
- Lagi bila ada antara ahli diorang dalam masalah, diorang semua akan tolong dan bantu dan cuba untuk selesaikan bersama walaupun selalu berakhir dengan pergaduhan. Part paling best bila diorang bergaduh sebab cara diorang tendang musuh macam tendangan retak punggung. Aku suka tendangan tu. Tapi tolong ambil sisi positif sebab ini tentang erti sebuah persahabatan.

3- Setia Kawan
Mesti ada yang tertanya-tanya, apa beza dengan yang di atas? Sebenarnya mungkin lebih kurang sama, tapi disebabkan penerangan di atas sudah panjang, jadi aku buatlah point lain. Hahaha. Chillax and enjoy reading guys. Kali ni tentang pengorbanan ahli Eye Candy selepas Byung He meninggal.
- Ji Hyuk sanggup lepaskan Su Ah ( masa ni diorang dah bercinta) dan kumpulan tercintanya Eye Candy untuk beri laluan pada Hyun Soo sebab Ji Hyuk dapat tahu adik Hyun Soo perlukan pembedahan segera dan memerlukan kos yang tinggi.
- Paling sweet pasal Hyun Soo bila dia ingatkan Ji Hyuk tentang hari ulang tahun Kyung Jong si pendek yang pandai masak. Padahal kawan akrab dengan Kyung Jong, si Ha Jin pun boleh terlupa. Sampaikan Kyung Jong merajuk. Comel pula drama ni.

4- Bersatu taguh.
Boleh tak aku cakap kalau ke mana saja leader diorang pergi, diorang pun ikut sekali sebagai alasan bersatu teguh? Kalau tak boleh pun, aku boleh kan je. Tolong jawab, "buli ba kalau kau". Hahaha. Kenapa benda ni pun aku mau war-warkan? Sebab diorang sama-sama pindah dan masuk sekolah yang sama sebab muse si Byung He, Su Ah bersekolah di sekolah baru diorang. Munasabah tak alasan dengan point? Maaf. Hahaha.

5- Lain-lain
 Sebenarnya itu saja antara sebab musabab yang buat aku suka tengok drama ni. Walaupun penerangan itu macam tersasar jauh dari motif sebenar, tapi ADA AKU KESAH? Tapi kisah yang aku taip banyak-banyak tu antara kisah benar yang ada dalam drama ni dan tiada dalam reality show Running Man. Soon maybe akan buka kisah pasal Running Man. Huahuahua (itu ertinya gelak besar sampi lupa apa mau taip).

Benda lain yang buat aku suka drama ni mungkin sebab lagunya. Nanti aku bagi lirik lagu yang ada dalam drama ni yang dinyanyikan oleh Ji Hyuk atau nama sebenar Sung Joon.

Tengah menungu Muse Si Byung He, Su Ah

Byung He cerita tentang angan-angannya

Eye Candy selepas Byung Hee mati

Jom aku senaraikan lagu tema drama ni. Cari di youtube. InsyaAllah ada.

1."Wake Up" (Prologue)Lee Je-hak[32]
2."Not in Love"  Lee Min-ki[33]3:58
3."Jaywalking"  Eye Candy[34]3:34
4."Somehow You"  Kim Min-suk4:16
5."Wake Up"  Eye Candy3:45
6."Love U Like U"  Kim Myung-soo & Kim Ye-rim[35][36]3:16
7."Today"  Sung Joon2:40
8."Two Months" (Circus)Kim Ye-rim3:12
9."Words You Shouldn't Know"  Sung Joon3:06
10."Dear Friend"  Lee Sang-hoon

Mesti pelikkan? Kenapa tajuk ytang pertama dan terakhir tida duration. Sebab ia bukan lagu yang ada lirik. Ia hanya music. Hihihi.


Sebenarnya, aku ada review benda ni dalam entry bertajuk " BARU TERASA DEMAM KPOP". Dekat situ ada sedikit benda yang aku ulas pasal drama Korea ni.

Tuesday, April 15, 2014

Bila Semua Bersatu

Hey what i've found on my book yang aku suka conteng-conteng dulu. It's around 2011. Lama gila.

Its not a daily diari exectly but its something what I want to write down. A poem, some curhat, name of my collection, birthday in hijri calendar. But the most is poem lah.

I really do like to write a poem at everywhere especially at exam paper once I have no idea to answer the question. Peace. So I've rewrote it in this book.

A few of the poem yang aku tulis di buku ini ada juga yang aku post di blog. Buku ni tebal dalam 200pg and it almost full with my writing about nonsense.

So this pic is what I cant believe that i've wrote it in the book. Siap lukis lagi. So the cute. Hahaha

Thursday, April 03, 2014

Pray for MH370

Assalamualaikum...

Almost a month MH370 masih belum ditemui walaupun PM ada berkata bahawa MH370 berakhir di Selat Hindi beribu batu nautika dari Australia, namun serpihan pesawat malah kotak hitam masih belum dijumpai.

Terlalu banyak spekulasi yang dimainkan oleh media bertauliah mahupun tidak sama ada di dalam negara juga di peringkat antarabangsa.

Ahli keluarga dan sahabat taulan ada yang masih beranggapan bahawa MH370 berada di tempat yang selamat dan akan pulang dalam waktu terdekat.

Daripada kita bertelagah dan berselisih pendapat apa kata kita insan yang kerdil ini berdoa pada yang Esa Semoga dipermudah segalanya?

Sunday, March 09, 2014

Pray for MH 370

Semalam 8hb Mac 2013 bersamaan hari Sabtu telah berlaku satu tragedi yang mana pesawat  MAS MH 370 telah hilang di perairan Laut China Selatan dalam perjalanan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)..

Pesawat itu di katakan hilang dari radar sekitar jam 2.30 pagi. Pesawat itu membawa 227 penumpang bersama 2 orang bayi dan 12 anak kapal. 38 penumpang adalah rakyat Malaysia

Sehingga entry ini ditaip usaha mencari dan menyelamat giat dilakukan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik untuk pesawat MH370 berserta penumpang dan anak-anak kapal selamat.

Sunday, February 02, 2014

Suddenly

For a lot of time... Once I'm updating my status in fb, tiba-tiba ada orang nda puas hati...
Serius slama ni aku ingat tiada orang maw ambil tahu pasal aku... Kalau benda macam ni boleh buka mata dia orang yang aku wujud, baik aku terus silent... Senyap tanpa bunyi dan tanpa dorang sedar yang aku memang wujud, kan best... Dan tiada la jua air mata mengalir... Sebab air mataku terlalu mahal untuk benda yang remeh...

Selama ni, nda penah pun maw tegur.. Sembang santai panjang berjela never even in dream...