welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Saturday, November 23, 2013

Kita baik sangat kan?

Kita ni baik sangat, kan??

Tapi bukan baik dengan manusia, dengan setan..
Sebab kita selalu ikut kata setan, bukan kata Tuhan..

Bila terasa marah kita lupa amanah Tuhan untuk istigfar,
Kita ikut kata setan tuk maki hamun segala yang ada.

Tuhan suruh kita husnozhon tapi yang datang selalu su'uzhon. Kenapa mesti ada su'uzhon?? Jawapan mudah. Sebab kita baik dan akrab sangat dengan setan..

Kita baik sangatkan dengan setan?
If something happen that makes us curious, we forgot to ask Allah for the answer. But we just follow our heart that controled by setan. Setan lagi.

Kita baik sangat dengan setan kan?
Waktu kita lapar sangat dan tiba-tiba terserempak dengan makanan, kita lupa untuk bersyukur dan berdoa dengan rezeki tu.. Sebab apa?
Sebab kita nak bagi kenyang setanlah sampai lupa nak bersyukur dengan nikmat makanan yang Allah bagi kita..

Kita ni baikkan dengan makhluk nama setan?
Sebab bila kita di timpa musibah kita selalu sangat nak salahkan takdir. Sampai kita lupa takdir tu dah ditetapkan oleh Allah. Dan kita lupa reason yang buat kita fikir macam tu. Kita kan baik sangat dengan setan sampai sanggup dengar kata setan tanpa usul periksa.

Kita baik sangat sangat dengan makhluk bernama setan ni kan?
Kita biarkan diri kita dihasut setan untuk menghasut orang lain. Itulah yang timbul fitnah dan salah sangka hingga merosakkan hubungan orang lain dan memorak-perandakan kehidupan orang. Baik sungguh kita ni.

Memang la kita bukan maksum; kita ni senang sangat buat kesilapan. Tapi bukan bererti kita harus terus melakukan kesilapan. Bukankah kita selalu diberi peluang untuk bertaubat? Jangan sia-siakan peluang itu untuk keindahan duniawi saja.

Family trip

Sekarang ni popular pula bitstrips d facebook. Aku pun ada download software tu..belum lagi upload p facebook.. sebab aku malas mau sign in p facebook sekarang.. Jadi aku cuba la upload p sini..

Thursday, October 24, 2013

Irfan action

Tadi d fb, my aunty Nora, ada upload gambar Irfan dalam kereta.. dari discription tu, dia tulis "Irfan menerokai kereta nenek sambil tunggu aunty pulang di sk tanjung aru.."

So dipersila menerokai kerenah Irfan yang pelbagai..

Gambar atas sebelah kanan paling grrr... Geram tengok.. Lepas tu berangan nak bawak kereta.. Tak padan dengan kecik..

Btw, merindui itu lebih parah dari putus cinta... Irfan,, I mishhh u soooo muchhh muchh more...huhuhu...

Friday, October 18, 2013

Irfan bergusti

Gambar hari ini gambar my love Irfan bergusti dengan si abang Haziq. Berebut handphone mama mungkin. Lagi satu, gambar ni sebelum Irfan kena cheken pox lagi.. Maknanya mungkin dalam sebulan yang lalu..hihi

Tuesday, October 15, 2013

Selamat hari raya qurban

Alhamdulillah...telah selamat menunaikan ibadah qurban pagi tadi.. Just enjoy the picture..

Saturday, October 05, 2013

Irfan lagi dan lagi dan lagi

Alhamdulillah.. My  love Muhammad Irfan Hakim kembali sihat. Tapi gambar ni bukan gambar terbaru. Gambar dua @ tiga bulan lalu..

Thursday, September 26, 2013

Ada lagi Ustaz Don

Alhamdulillah...tadi sampai KUD Karnival Usahawan Desa ada booth TVAlhijrah.. Kebetulan pulak Ustaz Don.. Apa lagi kesempatan dah di beri. Rembat la...

Harus jeles taw..

Wednesday, September 25, 2013

My Muhammad Irfan Hakim

Really cant stop to post entry about my lovely sweetheart baby mucuk Muhammad Irfan Hakim..

The following picture I got from my sis phone.. Really cant stop looking his face.. Really .. really do missed him much more...

Lurve love Irfan

Saturday, September 21, 2013

Irfan Again

Lagi gambar my Irfan.
Dari agak baby hingga ke sekarang. 9 month.


1- He want to say " This is mine and dont disturb". Or maybe, " Thank you papa, I like this".

2- Hye look at my teeth. Its two already. Im look handsome when I smile with my tooth.

3- Hi. Im newbie in this world. Please welcome me with love.  

4- Hi. My name is Haji Muhammad Irfan Hakim bin Muhammad Zulfizan. 

5- Look at my lift pict, how do I look? It look same or different?

6- It me around 3-4 month years old.

7- My lovely milk bottle. I used it for more 5 month. Am I loyal used this bottle or my mom wonna buy the new one for me???

8- Have you seen my baby car and my  mattress?? 

9- She was my aunt named Nur Fazlinah a.k.a Ms. Epet.


Friday, September 20, 2013

My irfan

Gambar Irfan semasa kena cheken pox & gambar Irfan selepas baik sikit dari cheken pox. Sudah bulih senyum and main-main. According to my sis Irfan masih lagi ada nangis nangis tapi not much as like before.

Cheken pox

A few days ago, my baby my mucuk my love my sweetheart suda dapat demam campak or cacar air or cheken pox.(aku tak fasih speling omputih ni).

According to my sis (mamanya c irfan) Irfan kena cheken pox ni berjangkit dari makcu(ipar my sis) Irfan. Luckly, sekarang baru Irfan ja yg kena. Abang Irfan belum kena lagi. Dan alhamdulillah sekarang dah beransur pulih.

Yang kesian makcu Irfan anaknya dedua kena. I mean berjangkit.

For the beginning kena cheken pox memang nangis pastu tak nak lepas. Nak kat badan je. Nak kena peluk. Nak tengok pun dah rasa nak nangis apa lagi kalau dia yang kena.

Pastu dah kering sikit, dah tak sangat nak lepak kat badan. Tapi yang sedih lagi, sekarang dia dah tak senyum. Tapi suara dah keluar. Menyahut apa yang kita borak dengan dia.

Unluckly, today I have to leave him coz im going to selangor. Huaaa...miss him much more...

P.s... will post his picture..

Monday, September 02, 2013

Makan dan makanan

Nabi makan tak pernah nak hina makanan.
Bila sedap nabi makan,
Bila tak sedap nabi tinggalkan.
Tak pernah pun nabi nak hina makanan terang-terang.
Teringat pula satu kisah,
Bila satu hari nabi diberi beberapa biji limau@oren sunkes
- a.k.a spesis buah-buah yang masam
(Sebenarnya aku tak ingat buah apa tapi limau n oren tu kan masam)
Nabi makan tak bagi sikit pun kat sahabat.
Punyalah nampak sedap nabi mengunyah,
Sahabat yang tengok, hanya mampu telan liur je.
Tapi lepas dari tempat dorang makan tu,
Sahabat tanya kat nabi,
Apsal nabi tak kongsi dengan diorang,
Nabi cakap, buah tu masam.
Nabi punya tak sampai hati tuan yang buah tu terasa,
Sebab tu nabi makan sorang,
Sebab nabi tahu sahabat nabi akan keluarkan bunyi yang kurang
Menyenangkan untuk tuan limau sebab tu nabi makan sorang.
Punya la akhlak nabi tu sungguh mulia.
Tapi beza 'aku' hari ini.
Siap ada buat program lagi.
Program masak  memasak.
Contoh senang yang baru habis hari tu..
Juri semua melayu in sya Allah islam.
Komen makanan yang orang tu masak tak sedap.
Komen orang tu masak masin pahit kelat pedas.
Sampai lupa sunnah nabi.
Dah tu dengan 'aku' sekali pegi tengok.
Bodoh jugak 'aku' ni,
Pegi tengok juga.
Sebab dorang masak macam sedap.
'Aku' yang lidah main redah makan
Makan je kalau dah rasa sedap.
Bukan orang lain suka complain makan ni,
'Aku' pun macam tu juga.
Sebab benda ni dah jadi tabiat
Habit yang sudah disebatikan dalam diri,
Aku pula spesis yang sensitif.
Kalau orang komen, memang tak la lagi aku nak masak.
Tambah lagi kalau tahu orang tu spesis yang suka komen
Lagi haram aku nak rajin masak.
Lagi-lagi kalau kat rumah tu memang spesis bahan tak cukup
Tapi yang request nak makan sedap.
Memang lagi haram jadah aku nak masak.
Nak makan sedap satu hal,
Request bukan main lagi,
Nak yang kaw-kaw sedap,
Pas tu siap ajar mana yang patut labuh dulu,
Tapi bila aku, aku masak ikut suka je,
Masa tu lah mulut lancang nak membebel,
Ini macam ni, itu macam tu,
Memang tak la aku layan.
Dah aku yang masak,
Ikut suka aku la nak masak cara mana pun.
Nak yang sedap, boleh...
Nak yang sesuai selera, pun boleh...
Nak ikut resepi yang betul, lagi boleh...
Boleh jalan da..(versi do re mi)
Nak sedap, nak yang sesuai selera, nak yang ikut resepi,
BELAJARLAH MASAK SENDIRI ..
Tapi kalau memang dah masak,
Expert orang putih cakap,
Dah memang doktor falsafah a.k.a phd bidang masak,
Boleh dan lagi digalakan MASAK SENDIRI
Sebab untuk orang tak expert
Takde master bidang masak
Apa lagi phd mcm aku
Tak cukup layak untuk masakkan orang yang pakar makanan ni.
Akhir kata,
Kepada 'aku' yang suka sangat complain makanan,
Kepada 'aku' yang dah jadikan menghina makanan satu habit,
Dan terutamanya kepada diri aku sendiri - tukang taip ini entry-
Sama-sama musahabah diri
Agar menjadi umat yang lebih baik..

Sunday, September 01, 2013

All about Irfan..

Kalau tajuk  dah  ada nama Irfan, of couse la entry ni pasal my gwiyomi Irfan. A few weeks ago after raya, until today, er not today, yesterday actually, quiet long time right, I wasnt meet my prince Irfan. Realy do missing him much more..

Now, my Irfan had 2 baby tooth at bottom.. As usual, he always like to smile laugh and less cry. But til today, I cant take his tooth  pict.. Ill try my best to snap his picture soon..

But to not make you upset I still upload his picture. Its today during we are going to town.. Jalan-jalan cari pasal.. Enjoy ..

Friday, August 16, 2013

Muhammad Irfan Hakim

Created by Photo Grid. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.roidapp.photogrid https://itunes.apple.com/us/app/photo-grid-collage-maker/id543577420?mt=8

Tuesday, August 13, 2013

Still my gwiyomi Irfan..

Still updating about my evan..

Enjoy watching him.. Really do missing..

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya

Rasanya belum terlambat lagi mau ucapkan selamat hari raya..

Aku mewakili keluarga En Md Yusof bin Awg Besar dan isteri, Pn Napsiah binti Hj Nordin ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahiir dan batin kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan seluruh umat islam d dunia..

Daripada Yuzlina binti Md Yusof

Thursday, July 11, 2013

This is what the meaning of PUASA

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


 
 

 Credit to : Wardina Safiyyah

Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman,
 Fahami & mengertikan...

Monday, July 08, 2013

Tahniah Ustaz Don & Husna

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Alhamdulillah. Lebih hampir setahun juga ustaz don bernikah dengan Husna, dan pagi tadi masa buka fb ada satu page ustez don ni post tentang ucapan "Selamat Berpuasa" dari ustaz don. At the end ucapan ustaz don tu, ustaz ada cakap... "Selamat berpuasa dari saya, isteri dan DON JUNIOR.. Sweet tengok husna senyum. Semoga jodoh dan rumah tangga ustaz berbahagia dan berpanjangan hingga ke Jannah. Amin. In Sya Allah. 

Tahniah dari seluruh peminat ustaz don sama ada di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Kami semua doa yang terbaik untuk ustaz..

tahniah ♥ tahniah tahniah tahniah tahniah ... 

Nak link? Ala buka je di FB ustaz don. www.facebook.com/daniyalbiyajid


Sekarang ni ustaz don berada di mesir menemai isteri tercinta yg masih belum abis belajar  lagi kut. nampak no tak update kan? huhuhu... Walau macammana sekali pun, tahniah lagi berkali-kali. Semoga Husna dan baby dan Ustaz Don berbahagia selamanya. 


Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman,
 Fahami & mengertikan...

Thursday, June 13, 2013

Husna & Polygamy kot

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


A few days ago, once i'm viewing Husna fb, she has post a picture to her husband, Ustaz Don..




Is that meant she will allow her husband to polygamy? Wow.. How great she are, if she allow her husband polygamy. Respect to her a lot. Tabik spring sikit.. Hahaha. In Sha Allah, she'll  get her reward. Amin.

Nak baca komen antara ustaz don dan husna, sila lah view fb Husna.




Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan

Friday, June 07, 2013

Perlarian Terhenti

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 




Aku selalu berharap agar satu hari nanti akan ada sesuatu yang bawa aku berlari.
Lari dari kehidupan yang menyakiti hati.
Untuk sementara atau selamanya nanti.
Tapi aku yakin itu hanya mimpi yang takkan pernah menjadi reality..

Harapan itu tetap kukuh di hati, walau nyatanya aku hanya menanti. 
Masih tertanya di dalam hati, bilakah harinya akan menjadi pasti. 
Masih setia mengharap dan menanti pada suatu yang masih belum pasti. 
Bilakah persoalan ini akan terhenti. 

Hari ini, aku mahu berlari mengejar yang belum ku ketahui. 
Aku mahu berlari lagi ke suatu destinasi yang aku sendiri tak tahu lagi. 
Untuk terus berlari tanpa tujuan atau sesat di tengah jalan.
Untuk seketika atau selamanya berlanjutan.

Larian sering terhenti
Terganggu dengan pagar yang tinggi
Ketinggian yang sukar aku lompati
Akhirnya aku tetap terkapai di sini



Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...

Wednesday, May 29, 2013

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Ingat tak dalam entry Aktiviti Kita Semasa Dalam Perut Ibu.. Kan ada type dekat situ yang aku ada "terbaca info aktiviti kita semasa dalam perut ibu". Dan sekarang aku dah jumpa info tu. Dari page facebook Himpunan Cerita Lawak. Jadi, jom kita sama-sama baca info ni.


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


    




1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.



2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah
(suci dan bersih dari dosa).
Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya
Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari)





Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Monday, May 27, 2013

Panorama Bukit Kokol

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 




Tadi, masa aku tengah belek-belek buku yang aku buat macam diari yang tak serupa diari, aku terbaca satu story pasal aku dan kakak sulungku dan anaknya telah melakukan aktiviti malam yang kurang bermoral sikit. hahaha. 

Aktiviti tu berlangsung pada waktu malam selepas makan malam di pizza hut di Inanam. Mulanya kami jalan (by car ok) menuju ke jalan Bukit Padang. Lepas tu kakak aku pun U-turn pusing balik ke pekan Inanam dan meluncur slowly ke Manggatal dan masuk satu simpang menuju ke Bukit Kokol. Hasilnya, satu panorama waktu malam yang begitu kan indah.

So, untuk sementara waktu kami menikmati keindahan malam ciptaan manusia daripada anugerah Ilahi yang cukup indah. Bayangkan, di sebelah pemandangan kota cahaya sebelah lagi pemandangan pokok di bukit bukau yang indah. Subhanallah. Cantik sungguh panorama itu. So sesiapa yang sudi melangkah kaki ke Sabah, jangan la lupa singgah sebentar melihat panorama indah tersebut. Panorama waktu malam paling the best among the bestest.. Hahahaha.. Lagi sikit tambahan, tempat tu memang cool & cold.. Hahahaha

Err aktiviti kurang bermoral bermula bila kami sudah mau turun dari Bukit Kokol tu. Masa tu my sis drove kereta macam boleh cakap laju juha la. Iyalah turun bukit. Sampai satu tahap, kami terbau satu bau yang macam bau hangus. Rupanya brek tu sudah berbau. Pergh apa lagi my niece mulalah bising. Dan ayat yang kami ingat sampai sekarang yang budak tu cakap "Mamy, turun la kita. Kan Dayang cakap nda payah naik,". Simpati gila sama dia. Takut sangat sampai terkucil. Nasib baik tak terkucil dalam kereta. Hahahaha...

Disebabkan bau brek tu sudah terlampau kuat, so kami berhenti di satu selekoh yang ada sebuah rumah dan kawasan yang sedikit lapang. So, my sis pun minta la tolong dari orang-orang yang tinggal dalam rumah tu. Minta air je pun. Nasib la orang-orang tu sudi tolong. Terima Kasih orang-orang tu dan Marry Xmas.. Hihihi..

Menikmati keindahan malam ciptaan manusia, anugerah Ilahi
Bukit Kokol waktu Malam

Terbentang karpet cahay neon
Terdampar bintang di langit lepas
Terlanggar di bahu dingin bayu
Terlalu indah anugerah dari Mu



Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Tuesday, May 21, 2013

Sedikit Info Lagi

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 











Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...

Monday, May 20, 2013

Aktiviti Kita Semasa Dalam Perut Ibu

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Aku ada terserempak sesuatu dalam page Tumpang Lalu. Dan aku juga ada terbaca info tentang aktiviti waktu kita baby dan macam-macam lagilah. Antaranya, boleh rasa apa yang ibu makan, boleh dengar bunyi-bunyian yang ada di luar malah merasai tekanan yang dialami oleh ibu. Jadi gambar di bawah ni antara aktiviti kita semasa dalam kandungan ibu. Selalunya kalau ibu sakit perut, mesti ibu akan cakap, baby tendang ibu. Comel. Nakalnya kita dalam perut ibu.

Indahnya ciptaan Illahi. Hargailah ibu. Dari dalam perut ibu lagi kita sudah menyakiti ibu, takkan bila sudah lahir dan dah besar nak sakiti ibu lagi. Kesian ibu.








Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...

Sunday, May 19, 2013

Baru Terasa Demam Kpop

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

Nampaknya demam kpop aku baru bermula. Entah aku sendiri kurang pasti kenapa aku lebih tertarik dengan cerita negara lain banding cerita negara sendiri. Aku bukanlah kpopper yang obses fanatik dengan drama Korea, tapi tengok sekadar untuk hiburan. Sebelum ni aku more watch cerita Hong Kong, China dan Taiwan. Aku memang suka tengok tv.

Cerita Korea yg aku suka tgok skg ialah....

Siaran KBS 391.. 2 days 1 night. best sebab best la..hahaha
Korea suka buat benda yg mncabar artis2 yg ada. Contoh Running Man. Cerita ni memang popular. Tapi sebab sini tiada astro beyond, so tengok siaran biasa sajalah. Yang disiarkan di 8TV tu pun sama Lets Go Dream Team tu. Tapi aku suka 2 Days & 1 Night ni sebab ia macam travelogue menerokai Korea. Tempat bersejarah di Korea di samping game-game yg sikit pun tidak masuk akal. My favorite is Joo Won yang gwiyomi. Memang sangat cute. Dan Sun Sik Yoong. DJ radio nerd yg gwiyomi. Yang lain pon ok. Sebab semua sporting dan happening. Disiarkan setiap ahad jam 5.30++petang atau ulangan hari jumaat 1135 malam.

Drama Korea yg aku pernah dan enjoy tengok is
Full House - Rain & Song Hye Kyo
- Kesah pasal kawan yang jual rumah Han Ji Eun kerana hutang. Lepas tu Han Ji Eun terserempak dengan artis popular yang bajet bagus dalam penerbangan. Kemudian, si artis ni cover line supaya gosipnya dengan fashion designer berakhir telah memerangkap Han Ji Eun dengan perkahwinan kontrak. Kesudahannya haruslah romantik, walaupun....

Ost untuk drama ni pun best. Sangat-sangat


Aku suka reka bentuk rumah ni. Chomel.


Naughty Kiss - Kim Hyun Joong & Jong So Min
Oh Ha Ni meminati Beak Seung Jo mamat perfect yang ada di sekolahnya. Suatu hari, rumah Oh Ha Ni telah runtuh akibat gempa bumi. Kebetulan bapa Beak Seung Jo berkawan baik dengan bapa Oh Ha Ni telah menonton berita dan menawarkan rumahnya sebagai tempat tinggal sementara untuk keluarga En. Oh. Harapan yang besar untuk Oh Ha Ni memikat anak kepada kenalan bapanya. Apatah lagi mendapat green light dari emaknya Beak Seung Jo. Walaupun Beak Seung Jo memperlihat ketidaksukaannya pada Oh Ha Ni, sebenarnya di lubuk hatinya sudah tertulis nama Oh Ha Ni. The ending of the story, as usual haruslah romantik. Kata Kau. Hahahaha..

Ost lagu untuk drama ni aku suka yang ada lirik...~ saranghea~... Tapi belum mengenal pasti tajuk dan penyanyi lagu tersebut. Huhuhu... :(


Antara babak dalam Naughty Kiss


Marry Me, Mary. a.k.a Mary Stayed Out All Night - Moon Geung Yang & Jang Guen Suk

Wi Maa Ri (Mary) seorang gadis comel yang terpaksa memilih antara si anak jutawan Jung In atau penyanyi indie yang encem Kang Mugyuel. Penyamaran suami isteri menumbuhkan bibit-bibit cinta antara Wi Mea Ri dan Kang Mugyuel. Malah perjanjian demi perjanjian telah dibuat antara Wi Mea Ri dengan Kang Mugyuel dan Jung In. Namun akhirnya haruslah hero menjadi pilihan.

Ost lagu untuk drama ni pun best. dan aku sudah jumpa 3 daripada yang ada kesemuanya. Antaranya Hello Hello yang Wi Mea Ri tulis. My Precious dan She Mine. Lagu Hello Hello dan My Precious tu penyanyi nya kalau tak silap si hero drama ni. Jang Geun Suk. Dan lagu She's Mine ni dinyanyikan oleh Sweet Sorrow.
Aku suka lagu She's Mine ni part ~saranghea hanimda~ hehehehe....

Gambar Kahwin olok-olok diorang

Shut Up & Lets Go - Sung Jong & Jo Bo-ah

Band Rock sekolah Eye Candy yang diketuai oleh Joo Byung Hee yang perangai gila-gila dan terserempak dengan seorang pelajar sekolah tinggi swasta So Ah lalu menganggapnya sebagai dewi musiknya . Mereka sekumpulan telah bertukar sekolah di sekolah yang sama dengan dewi tersebut. Malangnya Byung Hee telah meninggal akibat kemalangan. Kwon Ji Hyuk secara automatik telah mengambil alih jawatan ketua setelah kematian Byung Hee. Ahli kumpulan Eye Candy yang semuanya comel terdiri daripada Kwon Ji Hyuk (ketua dan gitar), muka mat salleh dan si pendiam Jang Do Il, mamat playboy Kim Ha Jun dan muka babyface Seo Kyung. Jadi bagaimana mereka mengharungi hidup di sekolah untuk orang-orang kaya dan menjadi kumpulan rock sekolah yang best, tengoklah sendiri.

Cerita ni bagus sebab ada unsur persahabatan. Demi mencapai cita-cita Byung Hee, rakan-rakan yang lain sanggup bekerja keras untuk masuk ke sekolah elit semata-mata untuk dekat bersama dewi musik Byung Hee. Ji Hyuk juga seorang ketua yang penyayang walaupun banyak masalah timbul, dia masih tetap tenang mengharungi cabaran terutama berkaitan dengan ahli kumpulan mahupun si dewi musik Byung Hee, So Ah.

Sung Jong ada menyumbangkan lagu dalam drama ni antaranya Wake Up

Eye Candy dengan So Ah


Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Tuesday, May 14, 2013

PRU dan Irfan






♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Assalamualaikum semua...
Lama gila x update. Entry terlatest bulan 12 thun lpas kn?
So, entry kali ni pasal apa la agaknya kan?


1- Pasal 1st tyme mengundi.
    5hb Mei 2013 adalah hari mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia kecuali yang mengundi awal macam anggota keselamatan dan undi pos. 
     Aku mengundi di Kolej Vokasional Labuan. Pergi dengan my lovely parents and my bro and his wife. 1st tyme mengundi, excited nervous semua ada. Alhamdullillah, segalanya lancar dan okay la..
Labuan ada tiga calon. 1BN, 1PKR dan 1PAS. Dan macam semua orang tahu BN menang. Walaupun........

2- Pasal my gwiyomi
    Gwiyomi bukan gwiyomi yang buat benda pelik macam dalam youtube tu. Bukan. Gwiyomi tu kan maksudnya comel. So, aku nak tunjukkan my lovely gwiyomi.

Muhammad Irfan Hakim bin Muhd Zulfizan
Umur 4 bulan. Berat almost 8kg.
umur dalam 3 bulan.
Story pasal Irfan saja macam x fair kan? So story pasal abang Irfan. Muhammad Haziq Safwan. Dulu dan sekarang. Dulu comel, sekarang???Lu pikirla sendiri

Abang Haziq celebrate birthday yang ke 3 tahun
Abang Haziq Safwan dengan Irfan Hakim
Abang Haziq ni dulu kulitnya putih lain dari kulit orang Melayu yang ori bukan kacukan punya kulit. Macam putih salji. Mungkin anugerah sebab lahir musim salji. 25th Dec 2005. Irfan lahir masa umur abang Haziq 8 tahun 2 hari. 27th Dec 2012. Dan disebabkan selalu mandi laut kulitnya pun bertukar jadi kulit macam orang Melayu normal.

3- Pasal apa-apa yang aku suka
sekarang tengah merindui Irfan.. Huhuhu




Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...