Masihkah anda ingat akan entry tentang Nisfu Syaban yang aku update dulu.. Kalau x ingat sila
klik ini untuk membaca lagi.. Entry tu kan pasal hadith palsu yang wujud d facebook dan beberapa pencerahan daripada beberapa ilmuan agama seperti Ustaz Azhar & Dr. MAZA...
Dan entry kali ini adalah perkongsian daripada
page Short Note UAI di facebook.
Nota Kuliah Maghrib
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Malam Nisfu Syaaban di Surau Haji Wan, Losong, K.Terengganu. (4/7/2012)
Tajuk: "Tafsir surah Yasin"
1. Malam Nisfu syaaban adalah malam separuh bulan,keesokkannya 15 hari lg sebelum menjelangnya Ramadhan,datang dr satu hadis maudhu' iaitu pada malam nisfu syaaban Allah Taala membuka pintu RahmatNya dan memberi keampunan kpd hambaNya.
2. Hadis dhaif hanyalah hadis yg lemah,tp boleh diguna bg kita utk mencari kelebihan atau mengemarkan kita pada sesuatu ibadat.
3. Tidak disebut dgn khusus apakah amalan yg perlu dilakukan pada malam nisfu syaaban,yg pasti semua amalan yg baik akan dapat ganjaran pahala dari Allah,apa yg Allah bayar tiada yg murah.
4. Buatlah apa saja amalan kebaikkan pada malam ini,nak baca surah Yasin boleh,nak tahlil boleh,nak ceramah agama atau solat sunat pun boleh,semuanya dpt kelebihan.
5. Jika di surau ini,pada malam ini kita akan baca tafsir surah Yasin,tak semestinya kena baca surah Yasin 3 kali,mu nak bace jugok blk rumah mu karang bace!
6. Ayat yg ke 48 surah yasin dan seterusnya..apabila kita baca ayat ini Allah Taala ingatkan kita pada penentang-penentang agama Allah.
7. Dulu puak-puak musyrikin Mekah,sekarang musyrikin yg baru pulak timbul,musyrikin yg berhidung kemek iaitu melayu..buat menganjing je pada hukum Allah,duk persoal hari kebangkitan,dosa dan pahala.
8. Bila orang tegur,dia m,jawab "syurga tu mu ke yg tentukan,dose pahala ni mu ke yg tkg beri!" persoal apa yg dilarang dan apa yg disuruh Allah.
9. Bila dengar ayat ini patuhlah kita pada Allah,yakin kita ni akan mati dan akan dibangkitkan di padang Masyar,beriman pada perkara yg belum berlaku.
10. Komunis sendiri percaya mereka akan mati,sebab mati ini b,laku didepan mata,tp mereka tak percaya pada hari kebangkitan kerana tidak nampak pada mata mereka.
11. Tapi kita ni bukan komunis,apa saja yg Allah bagitau wajiblah kita beriman.
12. Jangan sesekali menganjing pada perkara agama,jgn pertikai hukum Allah,taat dan patuh serta percayalah pada Allah.
13. Kita hidup atas dunia ni byk perkara halal dari yg haram,tp masih ramai yg memilih perkara yg haram..
14. Di sebut dalam hadis,yg merasa azab kiamat besar seperti runtuhnya langit hanyalah org kafir dan org munafik saja.Org yg beriman hanya hadapi kiamat kecil iaitu kematian sbelum kiamat.Org beriman akan dimatikan sebelum diruntuhkan langit,masa itu b,gembiralah org kafir bila melihat org beriman tiada lg diatas dunia ketika itu.
15. Dunia ini diciptakan sebelum Nabi Adam diciptakan,dahulu penghuninya adalah dikalangan jin yg suka menumpahkan darah serta haiwan seperti dinasour.
16. Sebab itu binatang dahulu kala besar-besar sesuai dgn keadaan jin yg besar-besar..bila diturunkan Nabi Adam ke dunia Allah hapuskan dinasour dan dihalau jin-jin ke hutan serta lautan.
17. Allah Taala ciptakan sesuatu makhluk sesuai dgn sesuatu zaman itu..Maha BijaksanaNya Allah Taala.
18. Semua zaman adalah dlm perancangan Allah,Yakinlah dgn sesebenar yakin..dan yakinlah Imam Mahadi yg akan diturunkan Allah utk hapuskan bangsa Yahudi.
19. Walaupun Imam Mahadi belum diturunkan lagi kita perlu teruskan perjuangan menentang yahudi,kita akan akan dihimpunkan dibawah satu bendera kelak,Imam Mahadi akan hapuskan semua bangsa yahudi dan selepas itu barulah diturunkan Dajjal.
20. Dajjal bukanlah lawan Imam Mahadi maka Allah pun turunkan Nabi Isa a.s utk membunuh Dajjal.
21. Kita tak perlu kaji dimana imam mahadi akan muncul atau bila Nabi Isa akan diturunkan yg penting kita teruskanlah p,juangan dan ikut apa yg disuruh Allah,Siapa yg jaga agama Allah maka dia akan dijaga Allah dulu,kini dan selamanya.
22. Dalam Negara kita dibina kilang arak yg t,besar,tempat judi terbesar,disko-disko dan tempat-tempat maksiat..takde larangan pun dr kerajaan,tp kalau pasal agama,sampai pkul 12 je,lebih sikit je wat lari microphone slalu..tutup bekalan letrik!!hok ni lah anak beranak dajjal!.
23. Hak mana yg nakkan maksiat dan tolak agama serta tak hadir ke surau masjid utk belajar agama adalah anak cucu dajjal!.
24. Bila ditiup sengkakala oleh malaikat Israfil,habis semua sekali mati mengejut,musnah hancur binasa..Bila tiupan kali kedua semua sekali manusia dibangkit dr kubur dgn cepat.
25. Disebut dalam hadis jarak antara tiupan sengkakala yg pertama dan kedua adalah selama 40 tahun.
26. Tiada kerajaan atas alam ini yg boleh b,tahan lama b,banding kerajaan Allah..walau sehebat mane pun,semuanya akan hancur lebur.
27. Semua akan dibangkitkan dipadang masyar,sebab itu Allah ingatkan kita pada musim haji iaitu berkumpul dipadang arafah..ni gop gi haji doh tp mcm tak gi haji,blk haji lawan islam,lawan hukum hudud dan lawan jemaah islam.
28. Hari kiamatlah hari yg paling ditakuti oleh para Nabi,para makhluk dan binatang yg tiada akal sekalipun.
29. Haiwan tahu tentang hari kiamat,mereka sentiasa b,doa setiap kali hari jumaat agar tidak berlaku lg kiamat,mereka tahu tentang hebatnya hari kiamat.
30. Di negeri kita kerajaan sewenangnya guna harta rakyat,tidak takut pd hari pembalasan,sanggup beli angsa 40ribu sekor,sampai nak cat pembahagi jalan pun dah takdok duit,kawasan hulu2 sikit takde lampu jalan..salah guna harta rakyat.
31. Pada hari akhirat nanti tiada seorang pun yg akan dizalimi,melainkan dibalas sesuai dgn perbuatan yg mereka lakukan didunia,jika ada kebaikkan walau sebesar zarah sekalipun maka tetap akan dibalas Allah.
32. Sesungguhnya ahli-ahli Syurga pd hari ketika dimasukkan kedalam syurga akan mencari segala kelazatan yg ada didalamnya yg tak terfikir dalam fikiran..
33. Sebab itulah juga para mujahiddin sanggup pecah perut dan pecah kepala hadapi kereta kebal musuh islam kerana balasan yg diterima adalah syurga,keindahan dan kelazatan didalam syurga tak mampu difikirkan didalam hati,betapa hebatnya syurga yg Allah ciptakan.
34. Nak masuk Syurga cukup mudah,taat perintah Allah dgn sebenar-benar taat,solat 5 waktu,cari ilmu agama walau sesibuk mane pun kita..lepas tu pilihlah pemimpin yg perjuangan agama,sokong alim ulama.
35. Didalam syurga tiada lg perjuangan,tiada lg solat dan kesusahan,bersuka ria sepanjang masa,Nabi kata org yg paling sikit dapat bidadari dlm syurga adalah seramai 70 orang.
36. Didalam syurga isteri kita kat dunia tak akan cemburu pada bidadari yg ada bersama kita,isteri kita akan marah pulak kalau kita tak b,sama bidadari.
37. Orang puang lg mudoh nak masuk Syurga berbanding lelaki,taat pada Allah,taat pada suami,jg solat,jg puasa..boleh pilih pintu syurga mane nak masuk..
38. Jangan bercakap kasar dgn suami,layanlah suami dgn baik..ckp lembut-lembut,org puang boleh nak marah suami..tok laki blk karang pggl masuk bilik!lepas tu marah kuat-kuat! "abang!!kenapa abg buat saya mcmni!!kenapa tak bg madu pada saya!!saya nak madu!! :D
Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...