welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Sunday, April 01, 2012

Puisi Guru

 





PUISI GURU...

Wahai Anak,
Dengar....

Bertaqwalah kamu kepada Allah,
Kerana itu akan membawa seluruh dunia kepada kamu.

Cintalah Rasulullah,
Kerana itu akan membuat dunia lihat hebat diri kamu.

Bacalah Al-Qur'an,
Kerana itu akan menjadi teman buat kamu.

Banyakkan Selawat,
Kerana itu akan membuatkan rasulullah cinta kepada kamu.
Ikhlaskan diri mu,
Sabarlah kamu,
Istiqamahlah anak ku.

Kerana,
Kata Rasulullah,
Bagi Allah itu ada ahlinya,
Dan Ahli Allah adalah Hamlatul Qur'an, Itu adalah kamu.
Kamu dalam usaha menjadi Ahli Allah.
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah.
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah.

Kerana,
Allah itu adalah Allah, Tiada tuhan melainkan Allah.
Azab Allah sangat dahsyat.
Wahai Anak,
Dengar...

Kamu anak-anak yang hebat,
Kamu anak-anak yang kuat,
Kuat semangat,
Banyak selawat,
Tingkatkan zikir munajat,
Pohon ampun doa dipanjat,
Buat Allah, Tuhan alam sejagat.

Redho kami para ustazah dan ustaz,
bersama kamu dari dunia sampai akhirat.

Ingat,
Ini pesanan ringkas dan singkat,
buat tatapan, renungan kamu sepanjang hayat.

Doa kami, ustazah dan ustaz,
Agar bahagia, cergas dan sihat,
Untuk terus berbakti kepada umat,
Agar terus membimbing kejalan selamat,
mengikut jejak rasul dan sahabat.

Semoga kita bersama mendapat berkat,
Redho dan syafa'at,
di hari kita berhadapan dengan Allah yang hebat.
Insyallah,selamat.


by
Don Daniyal Don Biyajid

Satu puisi yang dihasilkan ketika Redho Mua'lim...28.01.2011







Aku ambil dan shared puisi nie dari blog Ustaz Don. Selamat Menghayati dan Mengerti...








yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...

Wahai Kau, Adamku

 



Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..

Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan TANGGUNGJAWAB ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama PAKAIAN bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak..

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

pesanku padamu,
~aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..



Ini pun aku maw jujur.. Aku terambil dari page facebook dan aku lupa page yang mana.. Sorie...
Wahai sang Adam, bersedialah menjadi suami dan memikul tanggungjawab itu.




yg baik jadi pengajaran,
yg buruk jdi sempadan,
yg manis jdi kenangan,
yg pahit jadi pedoman,
fahami n mengertikan...

Lelaki Idaman

 




••► Kuat agamanya
»» Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

••► Baik akhlaknya
»» Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

••► Tegas mempertahankan maruah
»» Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

••► Amanah
»» Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

••► Pemurah tetapi tidak boros
»» Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

••► Tidak liar matanya
»» Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

••► Terbatas pergaulan
»» Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

••► Rakan pergaulannya
»» Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

••► Bertanggungjawab
»» Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

••► Tenang wajah
»» Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.




Aku jujur taip, aku tarambil dari facebook tapi aku lupa page yang mana.Sorie..
Aku bukan harap semua ciri ni ada pada lelaki yang aku teringin, tapi bagi aku, bila ciri yang pertama tu ada secara automatiknya ciri-ciri yang di bawah tu akan ada dalam dirinya. Biarpun sikit. Bagi aku la, pendapat aku semata-mata..Huhuhu





yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...