welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Monday, February 20, 2012

Pesanan Rasullullah Sebelum Tidur

 


Artikal ni aku jumpa di My Ibrah. So selamat membaca untuk semua dan semoga mendapat manfaat untuk kamu jua aku. InsyaAllah. Amin..



Sebelum tidur, Rasullullah S.A.W pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah:

" Ya Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu:


1.  Khatam Al Qur'an
2.  Membuat para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3.  Membuat para muslim meredhai kamu
4.  Melaksanakan ibadat haji dan umrah


Lalu bertanya Aisyah

" Ya Rasullullah, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?"

Rasullullah senyum sambil bersabda:

" Jika engkau tidur bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali ( maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al-Qur'an)
Dan bacalah selawat untukku dan para nabi sebelumku ( maka kami semua akan memberi syafaat kepadamu di hari kiamat)
Dan beristigfarlah untuk para muslimin ( maka mereka semua akan meredhai kamu)
Dan perbanyakkanlah Bertasbih, Bertahmid, Bertahlil dan Bertakbir ( maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)


Mafhum dari Hadis




Kalau aku salah, maka perbetulkanlah aku..
Kongsilah...




yg baik jadi pengajaran,
yg buruk jdi sempadan,
yg manis jdi kenangan,
yg pahit jadi pedoman,
fahami n mengertikan...

Sunday, February 19, 2012

Let's Change together




Sama-samalah kita mengubah kebiasaan yang biasa kepada yang luar biasa dengan mengikut sunnah Rasullullah S.A.W.. InsyaAllah semuanya akan jadi luar biasa...Hihihihi







yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...

Saturday, February 18, 2012

Inilah Ustaz Don





Siapa yg belum kenal Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid. Ha ni aku dengan kejamnya menyiarkan gambar Ustaz Don tanpa permission. Sorie Ustaz Don. Halalan Touyibah erk.. Macam Yusoof Taiyob nyer trademark lakz..Hihihihihi


Gambar Ustaz Don Daniyal n ada 1 gambar Ustaz Azhar Idrus
Ustaz-ustaz yg jadi fenomena d Malaysia sekarang...
semoga Allah berkati kamu dan kami tentunya dengan ilmu yg kamu manfaatkan kepada kami..
Amin....


dalam banyak-banyak gambar tu, paling suka gambar yg ustaz Don lukis tu...
yg kecil pakai serban sebelah kiri tu...
so kiut mcm ustaz gakz...hihihihi
ustaz bagi nama 2D...
tapi aku maw bagi nama DannieDannie...
lagi cumil macam aku...
tapi mesti lagi cumil kalau ada yg versi real punya...
hihihihihi





yg baik jadi pengajaran,
yg buruk jdi sempadan,
yg manis jdi kenangan,
yg pahit jadi pedoman,
fahami n mengertikan...

Jepun vs Malaysia








22 Februari 2012
d Stadium Putra Bukit Jalil
agak2 saper menang???
Harap Malaysia boleh kaci kalah Jepun
walaupun anime Jepun tu power gila..
anime ja pun..

Malaysia Boleh bha kalau kau...
Good Luck ok...hihihihi







yg baik jadi pengajaran,
yg buruk jdi sempadan,
yg manis jdi kenangan,
yg pahit jadi pedoman,
fahami n mengertikan...

Thursday, February 09, 2012

30 Minit Ustaz Don


Bila Ustaz Don jadik fenomina.
Aku pula jatuh cinta.

Dan hari ni, masa aku tengok ustaz Don tu..
Ada nada sebak di permulaan rancangan...
Ada tangisan kerinduan di pertengahan...
Dan ada sendu di akhir siaran...

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Betapalah menghayatinya ustaz Don
menceritakan saat-saat akhir Nabi S.A.W
dan sampai menusuk ke dalam hatiku yang kononnya "keras" bak batu...
Bayangkanlah, ustaz yang sempoi dan happy go lucky ni
seorang lelaki, menangis merindui Rasullullah
dan aku...
siapalah aku yang kerdil lagi hina ini
huhuhuhu



To be honest, aku baru seminggu, dua nie memfollow Ustaz nie..
gara-gara satu episod masa tu sebelum Maulidur Rasul..
camaremann tu zoom in baekk punya ke muka ustaz tu, terus jatuh cinta...
dan aku jadik budak stalker plak
mengusha2 pasal ustaz tu...
so dan dengan melepasnya
ustaz tu sudah bertunang...
dan aku doakan
semoga Ustaz Don dan tunangnya
cepat2 kawin dan mendapat redha Illahi
sepanjang hayat dan diberkati hingga ke syurga...Amin....

Dan haruslah aku mendoakan untuk diri aku sendiri...

Ya Allah...
Kau temukanlah aku dengan seorang insan
yang dapat memimpin dan membimbing aku
ke jalan yang Kau redhai.. Amin....








yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul



Mari berselawat ke atas RASULULLAH sahabat2ku...
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Jadikan RASULULLAH s.a.w sebagai idola kita,mudah2an hidup kita akan lebih diberkati..amiinn..















yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...