Shut Up & Let's Go atau nama lainnya Shut Up Flower Boy Band. Kalau dekat Korea namanya Dakchigo Kkotminam Baendeu.
Setelah sekian lama aku tak update blog ni walaupun sebenarnya hanya sebulan dua, tapi aku tetap rasa macam lama. Lamalah sangat ( sambil buat tangan ke dada mata terjuling seketika) Hahaha.
Sebenarnya kalau ikut tajuk tu mesti mau kupas pasal drama ni kan. Betullah tu kalau ada yang meneka. Tapi kenapa drama ni? Apa yang best pasal drama ni? Siapa para pelakon drama ni? Ok, persoalan pasal drama ni akan aku bagitau dari sudut pandang seorang aku kalau kamu sudi dan rajin baca. Jadi maknanya teruskanlah membaca. Membacakan amalan mulia. Mulia sangat ( tangan ke dada jangan lupa buat bila baca part "MULIA SANGAT ok)
Masa aku type benda ni, bermakna sudah dua minngu drama ni tamat siarannya di TV2. Sebenarnya, drama ni aku ada tengok dalam pertengahan tahun lepas sebelum puasa, tapi tiba-tiba siarannya terhenti tanpa sebab munasabah yang aku tahu. Kalau ikut sebab poyo a.k.a perasannya aku, maybe sebab krew tahu aku tak dapat tengok drama ni semasa penyiarannya atas sebab aku sorang saja yang tahu. Poyo punya statement yang aku suka buat. Hahaha. Okeylah. Aku sudah mula melalut dan mengarut. Tolong jangan berhenti membaca. Hahaha
Tapi hujung tahun lepas dalam bulan November, drama ni di siarkan balik di stesen TV yang sama bersama alasan yang aku pun sendiri tak pernah tahu. Atau aku patut kukuhkan statement poyo aku bahawa krew tahu masa tu aku sudah boleh tonton drama ni tanpa halangan yang besar sebesar Banjaran Titiwangsa. Dan diorang siarkan balik rancangan drama ni. Hahaha. Aku buat lagi. Sorry.
Sinopsis
Joo Byung Hee (Lee Min-ki) seorang yang gila, ketua yang bersemangat luar biasa juga merupakan vocalist untuk kumpulan rock bawah kolong (underground) iaitu Eye Candy. Turut serta dalam kumpulan tersebut adalah Kwon Ji Hyuk (Sung Joon), si comel bergaya Lee Hyun Soo ( Kim Myung-soo , a.k.a L Infinate), si pemain (playboy) Kim Ha Jin (Yoo Min Kyu), si pendiam Jang Do Il (Lee Hyun Jae) dan si pendek + muka bayi (babyface) Seo Kyung Jong (Kim Min Suk).
Disebabkan satu kejadian yang berlaku antara Eye Candy dan Strewberry Field yang kebetulan kenalan muse Byung He, Su Ah, Byung Hee memutuskan untuk bersekolah semula di Jungsang High. Dan mahu menguasai sekolah tu.
Shut Up & Let's Go adalah sebuah drama musik yang biasa. Cekal, gigih, pengaruh punk yang tinggi namun baik di hati.
Para Pelakon
Jom kita berkenalan dengan para pelakonnya. Yang comel lagi cute. Hahaha.
Lee Min Ki as Joo Byung Hee
- Ketua kumpulan Eye Candy dan juga pengasas kumpulan tersebut. Comel dengan perangai gilanya. Menjadikan Su Ah sebagai dewi a.k.a muse dan sanggup bersekolah di sekolah elit Jungsang High. Bercita-cita untuk membuat persembahan di Festival Rock namun satu kemalangan telah meragut nyawanya. Huhuhu. Kempunan.
Sung Joon as Kwon Ji Hyuk
- Pembantu Byung Hee dan kemudian menjadi ketua kumpulan Eye Candy selepas Byung Hee mati. Oh sedih nak taip pasal kematian Byung Hee. Huhuhu. Jatuh cinta dengan Su Ah diluar sedar dan cintanya tak bertepuk sebelah tangan.
Kim Myung Soo as Lee Hyun Soo
- Seorang abang yang bertanggungjawab dan comel. Tenang dan mudah sejuk apabila marah juga digelar Ice Prince.
Yoo Min Kyu as Kim Ha Jin
- Seorang playboy dan menyertai kumpulan Eye Candy kerana mudah mendapatkan perempuan. Jatuh cinta dengan Ye Rim namun cintanya tak berbalas.
Lee Hyun Jae as Jang Do Il
- Putera yang terkenal dengan sifat pendiam dan muka ada kacukan mat salleh ni pun mengganggu tumpuan aku semasa menonton drama ni. Dia juga jatuh cinta pada Woo Kyung.
Kim Min Suk as Seo Kyung Jong
- Si pendek yang cute lagi comel ni err, ah berkawan rapat dan akrab dengan Kim Ha Jin. Seorang yang baik dan tenang walaupun sedikit keanak-anakan.
- Muse atau dewi persik eh buka dewi mata air Byung Hee. Seorang yang lemah lembut dan tabah. Juga telah jatuh cinta pada Kwon Ji Hyuk.
- Ketua kumpulan dan pengasas kumpulan Strewberry Field. Penulis lirik dan juga mencintai Su Ah. Namun ditolak oleh Su Ah dan cemburu dengan Ji Hyuk.
Kim Ye Rim as Ye Rim
- Muse Kim Ha Jin namun meminati Hyun Soo kerana kejadian pemandunya hampir melanggar Hyun Soo.
- Kim Jung Min as Bang Woo-Kyung
- - Kenalan rapat Ji Hyuk sedari zaman kanak-kanak malah mencintai Ji Hyuk dan sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian Ji Hyuk.
Sejujurnya sinopsis ni dari wikipedia yang diedit dalam bahasa melayu.
Okeylah kita teruskan dengan sebab munasabah yang buat aku suka gila drama ni. Kali ni mungkin serius. "MUNGKIN".
1- Jatuh Cinta
Jatuh cinta macam klise kan? Tapi hakikatnya, aku jatuh cinta dengan watak Lee Byung He yang dilakonkan oleh Lee Min Ki. Kenapa aku boleh terjatuh cinta sama ia? Sebab perwatakan Byung He sangat sempoi dan sengal dan gila dan sangat tidak siuman. Tapi perwatakan macam nilah yang aku suka. Tak perlu watak serius macam Seth Tan atau Adnan Sempit yang buat lawak dengan muka serius.
Apa yang buat aku suka dengan Byung He?
- Masa Byung He nampak muse nya si Su Ah dan berkenalan dengan Su Ah di kedai musik. Bila dia buat muka tersangat syok bila jumpa Su Ah. Bila dia slamba suruh Su Ah bayar masa dia dengan Su Ah keluar dating padahal pergi makan je. Itulah yang buat aku jatuh cinta.
- Yang paling best bila Byung He ajak Su Ah keluar dating. His respon so indescribable. Tak tahu macam mana nak luahkan. Tapi memang nampak comel di kaca mata seorang aku yang rabun. Hahaha.
Nampak macam tak berbaloi untuk aku jatuh cinta, tapi inilah hakikat yang boleh buat aku jatuh cinta dengan Byung He sekali gus buat aku jatuh cinta jugak dengan drama ni.
2- Tentang Erti Sebuah Persahabatan.
Untuk pengatahuan kamu yang sedang membaca benda pelik ni, sebenarnya aku ada upload dan bagi caption yang pendek sikit (bukan sikit sebenarnya, banyak punya pendek) dari yang ada dalam blog ni di aku punya FB dan Instagram. Kalau kamu ada Instagam, sudi- sudilah follow. ( Sorry, iklan kejap)
Drama ni kan berkisar tentang persahabatan, percintaan, cita-cita dan cinta terhadap musik. Kalau sudah temanya ada tentang persahabatan, sudah tentu akan diketengahkan. Bukan Asia Tengah okey.
Kenapa berertinya persahabatan? Orang selalu cakap, nak cari sahabat kita tengok masa kita susah. Sebab sahabat itu akan bersama dalam susah mahupun senang. Jadi, sila lanjutkan bacaan anda.
- Teringat masa Byung He called Ji Hyuk bila masa dia dalam masalah. Ji Hyuk called semua ahli kumpulan Eye Candy dan sama-sama cari Byung He. Walaupun di akhir episod tu Byung He mati. Huhuhu.
- Lagi bila ada antara ahli diorang dalam masalah, diorang semua akan tolong dan bantu dan cuba untuk selesaikan bersama walaupun selalu berakhir dengan pergaduhan. Part paling best bila diorang bergaduh sebab cara diorang tendang musuh macam tendangan retak punggung. Aku suka tendangan tu. Tapi tolong ambil sisi positif sebab ini tentang erti sebuah persahabatan.
3- Setia Kawan
Mesti ada yang tertanya-tanya, apa beza dengan yang di atas? Sebenarnya mungkin lebih kurang sama, tapi disebabkan penerangan di atas sudah panjang, jadi aku buatlah point lain. Hahaha. Chillax and enjoy reading guys. Kali ni tentang pengorbanan ahli Eye Candy selepas Byung He meninggal.
- Ji Hyuk sanggup lepaskan Su Ah ( masa ni diorang dah bercinta) dan kumpulan tercintanya Eye Candy untuk beri laluan pada Hyun Soo sebab Ji Hyuk dapat tahu adik Hyun Soo perlukan pembedahan segera dan memerlukan kos yang tinggi.
- Paling sweet pasal Hyun Soo bila dia ingatkan Ji Hyuk tentang hari ulang tahun Kyung Jong si pendek yang pandai masak. Padahal kawan akrab dengan Kyung Jong, si Ha Jin pun boleh terlupa. Sampaikan Kyung Jong merajuk. Comel pula drama ni.
4- Bersatu taguh.
Boleh tak aku cakap kalau ke mana saja leader diorang pergi, diorang pun ikut sekali sebagai alasan bersatu teguh? Kalau tak boleh pun, aku boleh kan je. Tolong jawab, "buli ba kalau kau". Hahaha. Kenapa benda ni pun aku mau war-warkan? Sebab diorang sama-sama pindah dan masuk sekolah yang sama sebab muse si Byung He, Su Ah bersekolah di sekolah baru diorang. Munasabah tak alasan dengan point? Maaf. Hahaha.
5- Lain-lain
Sebenarnya itu saja antara sebab musabab yang buat aku suka tengok drama ni. Walaupun penerangan itu macam tersasar jauh dari motif sebenar, tapi ADA AKU KESAH? Tapi kisah yang aku taip banyak-banyak tu antara kisah benar yang ada dalam drama ni dan tiada dalam reality show Running Man. Soon maybe akan buka kisah pasal Running Man. Huahuahua (itu ertinya gelak besar sampi lupa apa mau taip).
Benda lain yang buat aku suka drama ni mungkin sebab lagunya. Nanti aku bagi lirik lagu yang ada dalam drama ni yang dinyanyikan oleh Ji Hyuk atau nama sebenar Sung Joon.
 |
| Tengah menungu Muse Si Byung He, Su Ah |
 |
| Byung He cerita tentang angan-angannya |
 |
| Eye Candy selepas Byung Hee mati |
Jom aku senaraikan lagu tema drama ni. Cari di youtube. InsyaAllah ada.
Mesti pelikkan? Kenapa tajuk ytang pertama dan terakhir tida duration. Sebab ia bukan lagu yang ada lirik. Ia hanya music. Hihihi.
Sebenarnya, aku ada review benda ni dalam entry bertajuk " BARU TERASA DEMAM KPOP". Dekat situ ada sedikit benda yang aku ulas pasal drama Korea ni.