Ada orang cakap perempuan ni complicated, ada juga yang cakap lelaki ni sikit pun nda bulih dipecaya. Tapi sebenarnya lelaki mahupun perempuan, dua-dua pun bukan bulih di pecaya dan masing-masing pun complicated. Sebab masing-masing ada perangai dan cara fikir tersendiri.
Bila lelaki cakap perempuan ni complicated, mungkin sebab lelaki suka buat benda simple, nampak simple. Tapi lelaki tu lupa, bukan perempuan saja yang complicated, ada juga lelaki yang jauh lebih complicated berbanding perempuan yang complicated. Tengok betapa complicated nya ayat aku. Sampai aku sendiri pun nda faham.
Bukan semua perempuan tu complicated, macam aku. Er sorry masuk mesin putar sendiri pulak (peribahasa moden). Betullah, aku manusia biasa-biasa saja. Tapi ada kala babah aku sendiri pun macam sakit hati cakap dengan aku. Hahaha. Benda boleh bincang, bincang lah elok-elok. Hahaha. Motif ntah.
Ok serious. Memang selalu perempuan di label sebagai makhluk paling complicated walau di benua mana pun. Lelaki lah yang selalu fikir macam tu, sebab perempuan bila fikir pasal lelaki mesti akan label lelaki sebagai buaya darat, buaya tembaga, buaya laut, buaya hutan, buaya emas, buaya silver dan macam-macam spesis buaya lagi yang ada. Kalau bukan buaya pun, hidung belang, telinga belang, rambut belang, mulut belang dan macam-macam jenis belang lah lagi termasuk harimau belang.
Begitulah juga dalam alam rumahtangga. Ceh intro bukan main panjang berjela menyelusuri sungai nil, ingat dah masuk conclusion. Chillex reader. Disarankan pada readers jangan baca menggunakan intonasi stress bacalah dengan gaya comel macam Ara cakap. Comel dan cute. Haha. Siapa Ara? Kenapa Ara? Ara budak comel adik si Ary dalam kartun 'Pada Zaman Dahulu'. Suara Ara best dan comel. Hahaha.
Entry ni sebenarnya pasal isu rumahtangga yang disebabkan oleh sifat lelaki dan perempuan. Benda yang buat aku terinspirasi buat entry ni sebab few days ago, aku ada dengar pasal isu ni.
Bagi memantapkan lagi ke-stress-an korang yang baca, walaupun aku tahu tiada juga yang sudi membaca, maka dengan ini aku dengan kenyataan berani taip ingin menaip bahawasanya AKU BELUM BERKAHWIN. Mesti kalau ada yang baca akan cakap 'ceh poyo, belum kahwin ada hati mau kupas pasal rumahtangga', atau 'kau nda tau jangan mengada lah mau bincangkan isu ni'. Tipikal pemikiran Melayu. Benda lumrah. Memang aku nda tau derita di alam rumahtangga dan belum pun punya laki, ini berbaloi untuk jadi bahan bacaan untuk kamu.
Mungkin entry ni meaningless buat kamu atau a hell story. Tapi untuk aku, mungkin benda ni akan membantu aku bila aku sudah kahwin nanti. Rujukan untuk masa hadapan. Hihi.
Usually orang perempuan akan berpantang bila tahu sang suami (sebab ini kisah suami isteri jadi aku guna words laki dan bini. Pendek sikit) atau laki diorang ada perempuan lain. Dalam erti kata lain, skandal. Kadang-kadang benda yang tiada pun bulih jadi ada. Malah dibesar-besarkan lagi isu yang tiada-tiada ni. Setengah perempuan dapat laki yang innocent, amanah, jujur dan baik dan memang diiktiraf sikap jujur dan baik orangnya, tapi sayang syak wasangka kaum hawa sangat hebat. Kadang-kadang laki tu siap buat report lagi mana dia pegi, apa dia buat, siapa kawan dia kalau bulih setiap benda yang dia buat dia mau bini dia tau. Even berak berdarah pun dia mau kasitau dia punya bini. Tapi hairan bin pelik bin ntahlah, yang bini bila keluar nda pulak dia bagitau laki dia. Tolong jangan terbalikkan dunia. Huhu.
Ada bini yang lagi dahsyat bila laki dijadikan hamba abdi atau paling baik pun laki jadi suri rumah. Lepastu punya kejam sang isteri bila larang dia punya laki berbakti sama orang tua lelaki tu atau mertua si perempuan. Selalu yang cliche dalam drama swasta yang disiar di tv, perempuan yang buat macam tu biasanya perempuan itu berkerjaya, gaji tinggi dan jawatan ceo syarikat. Paling rendah pun executive syarikat yang bergaji dua kali ganda dari si laki.
Wahai orang perempuan, termasuklah aku.
1- Cemburu. Tidak dinafikan perempuan malahan lelaki jua punya sifat cemburu. Sedangkan para isteri nabi jugak cemburu apatah lagi kita. Tapi cemburu itu biarlah rasional. Bukan hanya mengkhinzir buta dan membuta tuli. Kesian si khinzir sudah lah buta, tuli lagi. Kamu mengahwini dia atas kepercayaan kamu terhadapnya. Kerna kejujurannya bukan kerna cinta semata. Itulah sebab mengapa wujud perkataan husnozhon atau berbaik sangka. Berbaik sangka lah kamu dengan pasangan kamu. Selagi mana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan dia dengan skandal fitnah orang sekeliling maka pecayalah dia. Ceh. Poyo sangat ayat aku. Hahaha.
Tapi betul, baik lelaki atau perempuan bila kamu suka tuduh dia buat benda yang dia nda pernah buat lambat laun dia akan buat. Sudah hari-hari kalau bulih tiap saat kamu mau tuduh dia buat. Dari tiada perasaan mau buat, tiba-tiba dia buat betul-betul sebab tekanan sama kamu punya tuduhan melulu tu. Lepastu kamu lah yang putih mata. Kesian dan padan muka. Hahaha. Orang putih cakap serve your right. Hahaha. Betul kah itu? Ntah. Hihi
2-Hormatlah pasangan. Wahai kaum hawa terutamanya ketahuilah bahawasanya syurga kamu yang mana sudah berkahwin atau berumahtangga adalah terletak di telapak kaki suami. Selagi mana laki kamu tu nda suruh kamu buat benda yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam maka adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk patuh padanya. Untuk kamu buat segala kemahuannya. Untuk kamu hormati dia. Untuk kamu er apa sajalah selagi laki kamu tu nda suruh kamu melacur atau menghisap ganja atau adik beradik ganja atau yang lainnya selama itulah kamu harus taat padanya. No objection please. Thank you.
Ini termasuklah kes yang suka control laki sampai nda bagi laki pegi visit parents dia di kampung, apa lagi mau kirim duit dekat si mama yang sakit (kalau). Wahai isteri-isteri, ketahui saat mana kamu sudah menikah maka terlerailah tanggungjawab bapamu ke atas kamu. Maknanya bapa kamu nda tanggung lagi kamu punya dosa segala sebab ia sudah beralih arah sama laki kamu sudah. Rasanya benda ni kamu pun tahu. Tapi tahukah kamu bahawasanya tanggungjawab suami kamu terhadap orang tuanya tidak terhenti?! Tahukah kamu syurganya tetap berada ditelapak kaki ibunya sehingga dia mati?! Tahukah kamu itu bukan sahaja persoalan tapi juga sebuah pernyataan?! Hihi
Dan kaum lelaki kalau ada lah kiranya yang terbaca maka kasihi dan sayangi la pasanganmu. Jangan cuba untuk membandingkan dia dengan saudara perempuanmu apatah lagi dengan bekas-bekas kekasihmu mahupun jandamu dan isterimu yang lainnya. Macam comel ja baca ayat 'DAN ISTERI MU YANG LAIN'. Warghhh poligami. Isu poligami kita bagi di next point. Hihi. Sukalah tu lelaki kalau isu poligami ni. Sabar ok. Baca lagi. Best part poligami ni. Hihi.
Orang lelaki kena faham, kena tahu dan kena ambil peduli benda ni. Orang perempuan semacam juga orang lelaki tidak suka dibanding-bandingkan. Cuba bayang perasaan kau dibandingkan dengan orang lain (mesti sakit hatikan), macam itu jugalah sakitnya hati kaum hawa yang memang mudah sangat sentap lagi-lagi bila mereka dibanding-bandingkan. Lagipun semua tahu perempuan memang sensitif kecuali aku. Eh aku pun sensitif la. Lupa pula saya nih. Hihi.
3- Poligami. Isu ni orang lelaki suka. Pecaya atau nda boleh tanya orang lelaki. Wahai akhi warga lelaki, umum memang tahu perempuan paling sangat bengang bila kamu kemukakan isu tentang poligami. Yang bermusuh bulih jagi geng pasal isu poligami ni macam kes bola. Musuh bulih jadi geng bila sokong pasukan yang sama terutama pasukan kebangsaan melawan negara lain. Kawan pula bulih jadi musuh paling menyampah bila sokong pasukan lain. Tengoklah piala dunia 2014 di Brazil nanti macam mana. Sikit hari ja lagi. Masa tu news feed di fb akan banyak yang jadi pengulas sukan free.
Alahai kakak-kakak, ibu-ibu, adik-adik gugurl. Redhalah kalau encik suami kamu mahu berpoligami. Tapi pastikan cukup syarat. Syaratnya nda banyak, satu ja iaitu MAMPU.. Walaupun satu, tapi jangan risau. Hihihihi.
Mampu dalam memberi nafkah sama ada zahir apatah lagi batin. Hahaha. Agaklah kan selama ni kamu menumpang tinggal di rumah mertua atau sekadar menyewa kontrak di taman perumahan kos rendah, ataupun di kediaman mewah sting garden dengan makan pun sehari sekali. Jadi kamu rasa apa patut kamu bilang sama laki kamu. Jom aku bagi sikit ayat baik giler untuk kamu cuba wahai kaum isteri.
" Abang, sayang nda larang kalau abang mau kawin lagi. Sikit pun nda larang. Kawinlah sampai empat pun. Tapi abang mesti mampu serba serbi..
- Kalau sayang dapat rumah sebuah harga 400 ribu, bini abang yang tiga lagi tu pun mesti ada jua rumah tapi masing-masing harga yang 100 ribu ke bawah untuk setiap sorang. Kalau dorang dapat sebiji mutiara, sayang mau 4 biji mutiara. Sebab sayang bini pertama mesti 4 kali ganda lebih dari dorang. Huahuahua.
ATAU
- Sayang mau rumah untuk sayang satu, rumah untuk anak sorang satu. Anak kita sepuluh belas orang bang, jadi rumah abang kena sediakan untuk dorang dalam sepuluh belas la jua bang, abang mampu? Itu baru sayang, belum lagi bini-bini abang yang lain. Kihkihkih
ATAU
- Abang kawinlah sampai sepuluh belas kali pun sayang nda kesah. Yang penting sediakan dulu sayang harta yang sampai 7 keturunan pun nda habis ni. Bukan setakat tujuh keturunan 10, 20 keturunan pun nda habis. Boleh bang? Hikhikhik
ATAU
- Disebabkan sayang ni sayang gila dengan abang, apa kata kita pegi masjid solat berjemaah. Rasanya masa kita nikah dulu sujud syukur pun abang nda buat. Jangankan sujud syukur, solat wajib pun nda buat apa lagi solat tahajud. Paling pun solat raya saja yang mampu abang buat. Huhuhu.
ATAU
- Dengan syarat, sayang nda kenal pun bini abang tu. Kalau sayang kenal, abang nda buli kawin sama dia atau abang ceraikan dia. Pastikan sebelum kawin abang bawa dia jumpa saya. Deal? (Disarankan bila sudah jumpa bakal madu, kamu bagitau lah laki kamu yang kamu kenal calon tu. Dan ingatkan dia tentang perjanjian ini) hihihi. Syarat ni best. Paling licik.
Habis mampus laki kamu dengar. Hahaha. Pitam plus pengsan dan bulih jadi koma setahun mendengar luahan perasaan kamu. Hahaha.
Ok lah. Panjang sudah ni. Mengantuk pula aku menaip. Hilang idea. Sebenarnya ini baru part 1. Tunggu la nanti part kedua. Kalau ada.
Disarankan hanya untuk bacaan umum. Digalakan untuk tidak mengikut apa yang yang aku taip. Lagi afdal jangan share. Hahaha. Naya aku nanti.