Hi, nama aku Oppo R8. Aku berasal dari negara China. Namun aku telah di hantar ke sebuah tempat yang asing bagiku. Bila aku perhati melalui jendela kotak ini, terdapat banyak lagi saudara-saudara ku yang di hantar ke destinasi yang belum diketahui.
Setelah beberapa hari di dalam ruang yang gelap, sempit dan busuk ini, kini aku tiba di destinasi baru yang tidak diketahui. Aku mendengar manusia-manusia yang memunggah dan mengatur aku dan saudara-saudaraku yang lain menggunakan bahasa cina juga. Mungkin aku di hantar ke bandar lain selain dari tempat aku di kilangkan.
Namun, sangkaan ku meleset. Rupanya aku berada di sebuah negara yang bernama Malaysia. Rupa-rupanya di bumi ini ada satu negara yang mempunyai pelbagai suku dari bangsa-bangsa yang ada di dunia. Aku perhatikan ada orang Cina di bumi Malaysia malah India juga. Ada orang Arab, Pakistan, Myanmar, Bangladesh juga. Aku mula terfikir, apakah bumi Malaysia yang aku duduk ini merupakan negara transit bagi penduduk bumi?
Setelah aku di letakkan di ruang kaca untuk dipamerkan, tiba-tiba aku di datangi oleh seorang ibu yang ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya. Beberapa telefon bimbit telah di pegang dan di tanya kelebihan-kelebihan berkaitan telefon terbabit. Setelah ibu tersebut membuat pilihan, dia telah memilih aku sebagai hadiah untuk anaknya.
Pada hari pertama tuan baru ku telah memuat turun pelbagai aplikasi terutamanya aplikasi mainan. Setiap hari dia pasti akan bermain permainan yang telah dimuat turun sehingga berjam-jam lamanya. malah hingga terlupa membuat kerja sekolah. Namun kemudiannya, aku telah di rampas oleh ibu tuan ku kerana kegagalanya menyiapkan kerja sekolah dan prestasi akademik nya juga semakin merundum. Semuanya kerana dia terlalu obses untuk bermain denganku.
Nasib malangnya aku, sesuatu telah berlaku apabila pada suatu pagi, ibu kepada tuan ku telah tertinggal aku di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di kuala lumpur. Aku kemudiannya, di jumpai oleh seorang ibu yang kebetulan telah menggunakan tandas yang digunakan oleh tuan ku. Dia lalu mengambil ku dan memberi aku kepada anak gadisnya pula.
Si anank gadis itu juga seperti tuan ku sangat teruja apabila menemukan aku. Namun malangnya aku pernah terjatuh dari poket bajunya ke jalan tar tempatnya memarkir kereta. Ini membuat belakang badan telah retak beribu. Bermula dari itu, sistem badanku mula merundum. Namun, sistem aku mula tidak berfungsi dengan baik apabila dia telah memuat turun banyak aplikasi sehingga aku tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.
Malah, pada suatu hari, aku sekali lagi jatuh di jalan tar yang sama seperti sebelumnya. Kali ini bahagian depanku pula yang retak menanti belah. Malah sekarang sistem juga sering kali tidak berfungsi dengan baik.
Maka aku mula berfikir apa yang tuan aku akan lakukan selepas ini jika aku tidak berfungsi dengan baik seperti sebelumnya?
1- buang aku begitu sahaja
1- buang aku begitu sahaja
2- hantar aku hospital untuk dibaiki
3- biarkan aku terus sakit begini.
Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...