welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Wednesday, May 29, 2013

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Ingat tak dalam entry Aktiviti Kita Semasa Dalam Perut Ibu.. Kan ada type dekat situ yang aku ada "terbaca info aktiviti kita semasa dalam perut ibu". Dan sekarang aku dah jumpa info tu. Dari page facebook Himpunan Cerita Lawak. Jadi, jom kita sama-sama baca info ni.


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


    




1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.



2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah
(suci dan bersih dari dosa).
Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya
Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari)





Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Monday, May 27, 2013

Panorama Bukit Kokol

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 




Tadi, masa aku tengah belek-belek buku yang aku buat macam diari yang tak serupa diari, aku terbaca satu story pasal aku dan kakak sulungku dan anaknya telah melakukan aktiviti malam yang kurang bermoral sikit. hahaha. 

Aktiviti tu berlangsung pada waktu malam selepas makan malam di pizza hut di Inanam. Mulanya kami jalan (by car ok) menuju ke jalan Bukit Padang. Lepas tu kakak aku pun U-turn pusing balik ke pekan Inanam dan meluncur slowly ke Manggatal dan masuk satu simpang menuju ke Bukit Kokol. Hasilnya, satu panorama waktu malam yang begitu kan indah.

So, untuk sementara waktu kami menikmati keindahan malam ciptaan manusia daripada anugerah Ilahi yang cukup indah. Bayangkan, di sebelah pemandangan kota cahaya sebelah lagi pemandangan pokok di bukit bukau yang indah. Subhanallah. Cantik sungguh panorama itu. So sesiapa yang sudi melangkah kaki ke Sabah, jangan la lupa singgah sebentar melihat panorama indah tersebut. Panorama waktu malam paling the best among the bestest.. Hahahaha.. Lagi sikit tambahan, tempat tu memang cool & cold.. Hahahaha

Err aktiviti kurang bermoral bermula bila kami sudah mau turun dari Bukit Kokol tu. Masa tu my sis drove kereta macam boleh cakap laju juha la. Iyalah turun bukit. Sampai satu tahap, kami terbau satu bau yang macam bau hangus. Rupanya brek tu sudah berbau. Pergh apa lagi my niece mulalah bising. Dan ayat yang kami ingat sampai sekarang yang budak tu cakap "Mamy, turun la kita. Kan Dayang cakap nda payah naik,". Simpati gila sama dia. Takut sangat sampai terkucil. Nasib baik tak terkucil dalam kereta. Hahahaha...

Disebabkan bau brek tu sudah terlampau kuat, so kami berhenti di satu selekoh yang ada sebuah rumah dan kawasan yang sedikit lapang. So, my sis pun minta la tolong dari orang-orang yang tinggal dalam rumah tu. Minta air je pun. Nasib la orang-orang tu sudi tolong. Terima Kasih orang-orang tu dan Marry Xmas.. Hihihi..

Menikmati keindahan malam ciptaan manusia, anugerah Ilahi
Bukit Kokol waktu Malam

Terbentang karpet cahay neon
Terdampar bintang di langit lepas
Terlanggar di bahu dingin bayu
Terlalu indah anugerah dari Mu



Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Tuesday, May 21, 2013

Sedikit Info Lagi

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 











Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...

Monday, May 20, 2013

Aktiviti Kita Semasa Dalam Perut Ibu

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Aku ada terserempak sesuatu dalam page Tumpang Lalu. Dan aku juga ada terbaca info tentang aktiviti waktu kita baby dan macam-macam lagilah. Antaranya, boleh rasa apa yang ibu makan, boleh dengar bunyi-bunyian yang ada di luar malah merasai tekanan yang dialami oleh ibu. Jadi gambar di bawah ni antara aktiviti kita semasa dalam kandungan ibu. Selalunya kalau ibu sakit perut, mesti ibu akan cakap, baby tendang ibu. Comel. Nakalnya kita dalam perut ibu.

Indahnya ciptaan Illahi. Hargailah ibu. Dari dalam perut ibu lagi kita sudah menyakiti ibu, takkan bila sudah lahir dan dah besar nak sakiti ibu lagi. Kesian ibu.








Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...

Sunday, May 19, 2013

Baru Terasa Demam Kpop

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

Nampaknya demam kpop aku baru bermula. Entah aku sendiri kurang pasti kenapa aku lebih tertarik dengan cerita negara lain banding cerita negara sendiri. Aku bukanlah kpopper yang obses fanatik dengan drama Korea, tapi tengok sekadar untuk hiburan. Sebelum ni aku more watch cerita Hong Kong, China dan Taiwan. Aku memang suka tengok tv.

Cerita Korea yg aku suka tgok skg ialah....

Siaran KBS 391.. 2 days 1 night. best sebab best la..hahaha
Korea suka buat benda yg mncabar artis2 yg ada. Contoh Running Man. Cerita ni memang popular. Tapi sebab sini tiada astro beyond, so tengok siaran biasa sajalah. Yang disiarkan di 8TV tu pun sama Lets Go Dream Team tu. Tapi aku suka 2 Days & 1 Night ni sebab ia macam travelogue menerokai Korea. Tempat bersejarah di Korea di samping game-game yg sikit pun tidak masuk akal. My favorite is Joo Won yang gwiyomi. Memang sangat cute. Dan Sun Sik Yoong. DJ radio nerd yg gwiyomi. Yang lain pon ok. Sebab semua sporting dan happening. Disiarkan setiap ahad jam 5.30++petang atau ulangan hari jumaat 1135 malam.

Drama Korea yg aku pernah dan enjoy tengok is
Full House - Rain & Song Hye Kyo
- Kesah pasal kawan yang jual rumah Han Ji Eun kerana hutang. Lepas tu Han Ji Eun terserempak dengan artis popular yang bajet bagus dalam penerbangan. Kemudian, si artis ni cover line supaya gosipnya dengan fashion designer berakhir telah memerangkap Han Ji Eun dengan perkahwinan kontrak. Kesudahannya haruslah romantik, walaupun....

Ost untuk drama ni pun best. Sangat-sangat


Aku suka reka bentuk rumah ni. Chomel.


Naughty Kiss - Kim Hyun Joong & Jong So Min
Oh Ha Ni meminati Beak Seung Jo mamat perfect yang ada di sekolahnya. Suatu hari, rumah Oh Ha Ni telah runtuh akibat gempa bumi. Kebetulan bapa Beak Seung Jo berkawan baik dengan bapa Oh Ha Ni telah menonton berita dan menawarkan rumahnya sebagai tempat tinggal sementara untuk keluarga En. Oh. Harapan yang besar untuk Oh Ha Ni memikat anak kepada kenalan bapanya. Apatah lagi mendapat green light dari emaknya Beak Seung Jo. Walaupun Beak Seung Jo memperlihat ketidaksukaannya pada Oh Ha Ni, sebenarnya di lubuk hatinya sudah tertulis nama Oh Ha Ni. The ending of the story, as usual haruslah romantik. Kata Kau. Hahahaha..

Ost lagu untuk drama ni aku suka yang ada lirik...~ saranghea~... Tapi belum mengenal pasti tajuk dan penyanyi lagu tersebut. Huhuhu... :(


Antara babak dalam Naughty Kiss


Marry Me, Mary. a.k.a Mary Stayed Out All Night - Moon Geung Yang & Jang Guen Suk

Wi Maa Ri (Mary) seorang gadis comel yang terpaksa memilih antara si anak jutawan Jung In atau penyanyi indie yang encem Kang Mugyuel. Penyamaran suami isteri menumbuhkan bibit-bibit cinta antara Wi Mea Ri dan Kang Mugyuel. Malah perjanjian demi perjanjian telah dibuat antara Wi Mea Ri dengan Kang Mugyuel dan Jung In. Namun akhirnya haruslah hero menjadi pilihan.

Ost lagu untuk drama ni pun best. dan aku sudah jumpa 3 daripada yang ada kesemuanya. Antaranya Hello Hello yang Wi Mea Ri tulis. My Precious dan She Mine. Lagu Hello Hello dan My Precious tu penyanyi nya kalau tak silap si hero drama ni. Jang Geun Suk. Dan lagu She's Mine ni dinyanyikan oleh Sweet Sorrow.
Aku suka lagu She's Mine ni part ~saranghea hanimda~ hehehehe....

Gambar Kahwin olok-olok diorang

Shut Up & Lets Go - Sung Jong & Jo Bo-ah

Band Rock sekolah Eye Candy yang diketuai oleh Joo Byung Hee yang perangai gila-gila dan terserempak dengan seorang pelajar sekolah tinggi swasta So Ah lalu menganggapnya sebagai dewi musiknya . Mereka sekumpulan telah bertukar sekolah di sekolah yang sama dengan dewi tersebut. Malangnya Byung Hee telah meninggal akibat kemalangan. Kwon Ji Hyuk secara automatik telah mengambil alih jawatan ketua setelah kematian Byung Hee. Ahli kumpulan Eye Candy yang semuanya comel terdiri daripada Kwon Ji Hyuk (ketua dan gitar), muka mat salleh dan si pendiam Jang Do Il, mamat playboy Kim Ha Jun dan muka babyface Seo Kyung. Jadi bagaimana mereka mengharungi hidup di sekolah untuk orang-orang kaya dan menjadi kumpulan rock sekolah yang best, tengoklah sendiri.

Cerita ni bagus sebab ada unsur persahabatan. Demi mencapai cita-cita Byung Hee, rakan-rakan yang lain sanggup bekerja keras untuk masuk ke sekolah elit semata-mata untuk dekat bersama dewi musik Byung Hee. Ji Hyuk juga seorang ketua yang penyayang walaupun banyak masalah timbul, dia masih tetap tenang mengharungi cabaran terutama berkaitan dengan ahli kumpulan mahupun si dewi musik Byung Hee, So Ah.

Sung Jong ada menyumbangkan lagu dalam drama ni antaranya Wake Up

Eye Candy dengan So Ah


Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Tuesday, May 14, 2013

PRU dan Irfan






♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Assalamualaikum semua...
Lama gila x update. Entry terlatest bulan 12 thun lpas kn?
So, entry kali ni pasal apa la agaknya kan?


1- Pasal 1st tyme mengundi.
    5hb Mei 2013 adalah hari mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia kecuali yang mengundi awal macam anggota keselamatan dan undi pos. 
     Aku mengundi di Kolej Vokasional Labuan. Pergi dengan my lovely parents and my bro and his wife. 1st tyme mengundi, excited nervous semua ada. Alhamdullillah, segalanya lancar dan okay la..
Labuan ada tiga calon. 1BN, 1PKR dan 1PAS. Dan macam semua orang tahu BN menang. Walaupun........

2- Pasal my gwiyomi
    Gwiyomi bukan gwiyomi yang buat benda pelik macam dalam youtube tu. Bukan. Gwiyomi tu kan maksudnya comel. So, aku nak tunjukkan my lovely gwiyomi.

Muhammad Irfan Hakim bin Muhd Zulfizan
Umur 4 bulan. Berat almost 8kg.
umur dalam 3 bulan.
Story pasal Irfan saja macam x fair kan? So story pasal abang Irfan. Muhammad Haziq Safwan. Dulu dan sekarang. Dulu comel, sekarang???Lu pikirla sendiri

Abang Haziq celebrate birthday yang ke 3 tahun
Abang Haziq Safwan dengan Irfan Hakim
Abang Haziq ni dulu kulitnya putih lain dari kulit orang Melayu yang ori bukan kacukan punya kulit. Macam putih salji. Mungkin anugerah sebab lahir musim salji. 25th Dec 2005. Irfan lahir masa umur abang Haziq 8 tahun 2 hari. 27th Dec 2012. Dan disebabkan selalu mandi laut kulitnya pun bertukar jadi kulit macam orang Melayu normal.

3- Pasal apa-apa yang aku suka
sekarang tengah merindui Irfan.. Huhuhu




Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...