welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Sunday, May 19, 2013

Baru Terasa Demam Kpop

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

Nampaknya demam kpop aku baru bermula. Entah aku sendiri kurang pasti kenapa aku lebih tertarik dengan cerita negara lain banding cerita negara sendiri. Aku bukanlah kpopper yang obses fanatik dengan drama Korea, tapi tengok sekadar untuk hiburan. Sebelum ni aku more watch cerita Hong Kong, China dan Taiwan. Aku memang suka tengok tv.

Cerita Korea yg aku suka tgok skg ialah....

Siaran KBS 391.. 2 days 1 night. best sebab best la..hahaha
Korea suka buat benda yg mncabar artis2 yg ada. Contoh Running Man. Cerita ni memang popular. Tapi sebab sini tiada astro beyond, so tengok siaran biasa sajalah. Yang disiarkan di 8TV tu pun sama Lets Go Dream Team tu. Tapi aku suka 2 Days & 1 Night ni sebab ia macam travelogue menerokai Korea. Tempat bersejarah di Korea di samping game-game yg sikit pun tidak masuk akal. My favorite is Joo Won yang gwiyomi. Memang sangat cute. Dan Sun Sik Yoong. DJ radio nerd yg gwiyomi. Yang lain pon ok. Sebab semua sporting dan happening. Disiarkan setiap ahad jam 5.30++petang atau ulangan hari jumaat 1135 malam.

Drama Korea yg aku pernah dan enjoy tengok is
Full House - Rain & Song Hye Kyo
- Kesah pasal kawan yang jual rumah Han Ji Eun kerana hutang. Lepas tu Han Ji Eun terserempak dengan artis popular yang bajet bagus dalam penerbangan. Kemudian, si artis ni cover line supaya gosipnya dengan fashion designer berakhir telah memerangkap Han Ji Eun dengan perkahwinan kontrak. Kesudahannya haruslah romantik, walaupun....

Ost untuk drama ni pun best. Sangat-sangat


Aku suka reka bentuk rumah ni. Chomel.


Naughty Kiss - Kim Hyun Joong & Jong So Min
Oh Ha Ni meminati Beak Seung Jo mamat perfect yang ada di sekolahnya. Suatu hari, rumah Oh Ha Ni telah runtuh akibat gempa bumi. Kebetulan bapa Beak Seung Jo berkawan baik dengan bapa Oh Ha Ni telah menonton berita dan menawarkan rumahnya sebagai tempat tinggal sementara untuk keluarga En. Oh. Harapan yang besar untuk Oh Ha Ni memikat anak kepada kenalan bapanya. Apatah lagi mendapat green light dari emaknya Beak Seung Jo. Walaupun Beak Seung Jo memperlihat ketidaksukaannya pada Oh Ha Ni, sebenarnya di lubuk hatinya sudah tertulis nama Oh Ha Ni. The ending of the story, as usual haruslah romantik. Kata Kau. Hahahaha..

Ost lagu untuk drama ni aku suka yang ada lirik...~ saranghea~... Tapi belum mengenal pasti tajuk dan penyanyi lagu tersebut. Huhuhu... :(


Antara babak dalam Naughty Kiss


Marry Me, Mary. a.k.a Mary Stayed Out All Night - Moon Geung Yang & Jang Guen Suk

Wi Maa Ri (Mary) seorang gadis comel yang terpaksa memilih antara si anak jutawan Jung In atau penyanyi indie yang encem Kang Mugyuel. Penyamaran suami isteri menumbuhkan bibit-bibit cinta antara Wi Mea Ri dan Kang Mugyuel. Malah perjanjian demi perjanjian telah dibuat antara Wi Mea Ri dengan Kang Mugyuel dan Jung In. Namun akhirnya haruslah hero menjadi pilihan.

Ost lagu untuk drama ni pun best. dan aku sudah jumpa 3 daripada yang ada kesemuanya. Antaranya Hello Hello yang Wi Mea Ri tulis. My Precious dan She Mine. Lagu Hello Hello dan My Precious tu penyanyi nya kalau tak silap si hero drama ni. Jang Geun Suk. Dan lagu She's Mine ni dinyanyikan oleh Sweet Sorrow.
Aku suka lagu She's Mine ni part ~saranghea hanimda~ hehehehe....

Gambar Kahwin olok-olok diorang

Shut Up & Lets Go - Sung Jong & Jo Bo-ah

Band Rock sekolah Eye Candy yang diketuai oleh Joo Byung Hee yang perangai gila-gila dan terserempak dengan seorang pelajar sekolah tinggi swasta So Ah lalu menganggapnya sebagai dewi musiknya . Mereka sekumpulan telah bertukar sekolah di sekolah yang sama dengan dewi tersebut. Malangnya Byung Hee telah meninggal akibat kemalangan. Kwon Ji Hyuk secara automatik telah mengambil alih jawatan ketua setelah kematian Byung Hee. Ahli kumpulan Eye Candy yang semuanya comel terdiri daripada Kwon Ji Hyuk (ketua dan gitar), muka mat salleh dan si pendiam Jang Do Il, mamat playboy Kim Ha Jun dan muka babyface Seo Kyung. Jadi bagaimana mereka mengharungi hidup di sekolah untuk orang-orang kaya dan menjadi kumpulan rock sekolah yang best, tengoklah sendiri.

Cerita ni bagus sebab ada unsur persahabatan. Demi mencapai cita-cita Byung Hee, rakan-rakan yang lain sanggup bekerja keras untuk masuk ke sekolah elit semata-mata untuk dekat bersama dewi musik Byung Hee. Ji Hyuk juga seorang ketua yang penyayang walaupun banyak masalah timbul, dia masih tetap tenang mengharungi cabaran terutama berkaitan dengan ahli kumpulan mahupun si dewi musik Byung Hee, So Ah.

Sung Jong ada menyumbangkan lagu dalam drama ni antaranya Wake Up

Eye Candy dengan So Ah


Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

No comments: