welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Tuesday, December 13, 2016

Happy birthday

Gedik tak tajuk. Baca pun terasa gediknya apa lagi masa aku taip benda ni.
Saja ja. Aku kan memang gedik. So wanna wish to myself
HAPPY BIRTHDAY GURL.
BE HAPPY ALWAYS.



Monday, July 11, 2016

Selamat hari raya


Tahun ni raya 1 Syawal 1437 jatuh pada 06.07.2016 bersamaan dengan hari rabu.
Jadi, ini antara gambar yang aku sempat snap, curi dan kidnap dari semua orang.
Masih belum terlambat untuk mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

TAQOBALLAHU MINA MINKUM WAMINA WAMINKUM TAQOBAL YA KAREEM.


Met Family dari Brunei di Sipitang
#rayakeempat
The other part of family from Brunei
#rayakeempat
Ini part of raya di kebun dan makan buah free
Unfortunately Raja buah belum berkembang
#rayakeempat
Sunset Selfie Raya
#rayaketiga
Selfie with my baby princess sumandak
Mia mao balik sudah
#rayaketiga
Part of babah's family
#rayapertama
My granny
#rayapertama
with my sweetheard
Main game saja
#rayapertama
My cuzzy
#rayapertama
Jambatan Gantung
#rayakeempat
@kampung lingkungan

Monday, June 06, 2016

Dew the Dew

PART 1

Senja berlabuh dengan iring air hujan,
Sedih siang tak menjemput malam tiba,
Sedih aku menanti malam yang tak pasti.

Pergh, boleh tahan juga jiwang karat aku ni, kan? Tapi yang pasti ini bukan kisah jiwang karat macam yang selalu kau baca di novel-novel terbitan Kaki Jiwang yang sememangnya jiwang. Dari nama pun sudah tahu jiwang. Entahlah, aku lupa motif sebenar aku menaip di sini. Oh mungkin tentang penghijrahan selebriti tanah air yang kebelakangan ni ramai yang dah tahu tentang hukum menutup aurat. Walaupun ada segelintirnya, atau mungkin seorang dua yang berhijab itu cuma mengikuti arus modenisasi fesyen semasa tapi sekurang-kurangnya mereka menutup aurat walaupun di kaca televisi masih ada di antara mereka yang bersentuhan dengan bukan mahram. Kita bagi mereka ruang untuk berhijrah dengan hijrah yang sebenar-benar hijrah yang ke arah kebaikan. In Sya Allah.

“ Wei, dah tulis belum diari kau? Nak baca ni.” Tegur Aleya a.k.a Leya Formula di awal pagi yang indah ini. Indah di pagi dia je, bukan aku. Dah la tegur tak bagi salam, hampeh betul jadi manusia.

“ Erm, belum. Pulang nantilah aku bagi. Tak pun besok je. Boleh?” ujarku tanpa menghiraukan dirinya yang sedang menayangkan muka singa lapar, yang bagiku umpama Winnie the Pooh tak dapat madu. Hihi.

“Alah El, kau ni kejam la. Aku dah tulis kut. Apsal yang kau pemalas sangat ni?” rungutnya lagi. Tak cukup dengan rungut, siap kutuk aku pulak tu. Tak patut, tak patut. Patutnya aku luku dan siku je otak dan mulut si Leya Formula ni. Huhu.

“ Aku bukan malaslah. Cuma aku takde masa nak buat. Kitorang kan sibuk kenduri semalam. Kau yang tak datang kenduri aku kenapa? Aku rasa macam kau pulak yang aku nak jadikan korban semalam tau’” balasku dengan alasan yang sedikit munasabah walaupun bukan aku yang buat banyak benda semalam. Hahaha. Dan hakikat sebenar aku memang tak buat apa-apa benda pun semalam sebab aku teman anak saudara aku yang terpaksa tambah air kat hospital. Kesian.

“ Assalamualaikum dan selamat pagi semua.” Si ceria Rania dah sampai. Setiap hari dia mesti ceria. Kekadang aku pun pelik juga. Dari mana dia dapat aura gembira dan bahagia sedangkan seluruh ahli keluarga dia dah pulaukan dia sebab dia revert to Islam di umur dia 15 tahun, beberapa tahun lalu.

Tapi dia memang seorang yang ceria dari sebelum dia revert being a Muslim lagi dan sampailah sekarang. Dia memang hati batu dan batu karang punya budak. Tak tergugat walau keluarga pinggirkan dia. Walaupun bapa dia tak pernah bagi duit belanja untuk dia sejak dia revert dulu. Dan aku selalu tak pernah berkira nak belanja dia, cuma mungkin dia segan kut kat aku. Disebabkan dia tak nak aku belanja dia di kantin, selalunya aku, Thia dan Leya akan bawa bekal untuk empat orang. Sebab kitorang berempat akan makan ramai-ramai waktu rehat.

“Thia tak datang hari ni. Dia belum sampai sini lagi. Mungkin petang nanti baru sampai. Itupun kalau flight diorang tak delay lagi.” ujarku bila aku terdengar sayup-sayup suara orang bertanyakan tentang Thalia. Thalia ada campuran Kadazan dan Kedayan di Sabah. Dan sekarang dia berada di kampung halaman bapa Thalia di pulau. Aku lupa nama pulau tu.

“ El, kau ni macam Mak Gayah gosip bergerak dengan infotainment pula aku tengok,” ujar Rania dengan gelak tawa classmate yang lain.
“ Nak buat macam mana, info datang kat aku dulu. So terpaksalah aku yang jadi tukang sampaikan salam. Ada apa-apa pesanan tak sebelum aku jadi deejay pagi ini?” balasku selepas aku edit skrip untuk aku daklimasikan pagi ni berlangsung.

“ Ada. Pesanan penaja. Sampaikan salam rindu aku pada Nade dengan ucapan doakan daku dalam setiap doa-doamu.” Ucapan yang hampir setiap hari Rania suruh aku sampaikan pada Nade, si ketua pengawas yang boleh tahanlah hensem tapi paling kedekut nak bersedekah. Payah nau nak senyum. Dia cuma akan senyum bila aku sampaikan pesanan penaja dari Rania je. Lain-lain, haram. Huh, hampeh.

Aku sendiri pun tak pasti kenapa sekolah aku ni takde keformalan langsung walaupun waktu perhimpunan pagi setiap Isnin, kecuali activiti yang melibatkan pegawai pendidikan daerah. Tapi best juga. Dan ini dapat mengajar aku cara-cara untuk jadi deejay. Mungkin nanti aku salah seorang deejay radio yang akan mengalahkan sis Fara Fauzana yang telah pegang rekod tanpa kalah tujuh tahun berturut-turut. Siapa tahu, kan?

“ Para pelajar dan guru di minta datang ke Dataran Muhibbah sekarang kerana kita akan mengadakan perhimpunan sebentar lagi.” Pengumuman dari ketua pengawas, Naddeen.

Perhimpunan hari ini banyak perkongsian dari pelajar yang membuat lawatan ke Lumut, Perak dan pertandingan Coral Speaking peringkat kebangsaan kat Sabah. Ada pertunjukan video semasa pertandingan berlangsung di dataran hari ni. Boleh tahan juga saingan diorang. Dan diorang cuma mampu mendapat tempat ketiga. Kira okey jugalah dari tak dapat nombor langsung.

**

Tempat wajib lepak kitorang yang pengetua pun tak berani nak tegur, terasa macam sedikit sunyi hari ni. Sebab si kepoh Thalia masih terkandas di Sabah disebabkan flight mereka delay lebih kurang tiga jam atas sebab-sebab teknikal kata announcer kat airport. Itu menurut apa yang Thalia beritahu melalui applikasi WhatsApp tadi.

“ El, kita kan dah habis makan, kan? Dan masih berbaki dalam 10 minit lagi sebelum masuk kelas, kan? Kan?” soal Aleya selepas kami selesai mengemas bekal makan masing-masing.

“Jadi, apa masalah?” jawabku acuh tak acuh.

“Apa kata masa yang masih bersisa ni, kau tuliskan satu puisi indah untuk member baik kita yang hangat dilamun cinta ni,” terangnya.

“Elok jugak tu. Dah lama aku tak baca puisi puitis dari kau El. Rasanya paling last pun Jumaat lepas,” sampuk Rania dengan sengih umpama minta diluku kepalanya. Lamalah sangat Jumaat lepas. Tiga hari je kut.

“Sambil tu, sila penuhkan satu muka surat diari awak sekali erk,” pinta Aleya yang memang takkan putus asa untuk request selagi apa yang dia mahu tak dapat.

“Erm, yelah.”



Dedikasi khas buat Rania Insyirah binti Lee Abdullah a.k.a Lee Siew Ling

Aku seperti terkena halilintar
Pancaran kilat dari cahaya matamu
Mungkin aku cuma bermetafora
Tapi benar aku telah jatuh cinta

Aku umpama telah terpukau
Dengan jampi serapah nenek kebayan
Mungkin itu hanya khayalan belaka
Sungguh aku telah jatuh cinta

Cowok ganteng menggetar naluri seorang aku
Dengan penuh sifat lelaki sejati
Mungkin hanya halusinasiku belaka
Tapi aku benar-benar jatuh cinta

Dia menjadikan taman larangan ini kembali berseri
Bunga mengembang mekar harum mewangi
Mungkin cuma imaginasiku sahaja
Betul, aku sudah gila bayang dengan cintanya

Oh sang arjuna pujaan hati
Andai kau tahu isi hati ini
Datang padaku rawatlah luka hatiku
Andai benar kau jodoh tercipta untukku

Hai kekasih hati pengubat duka
Andai kau mahu mendampingiku
Ke marilah, bersama kita mencipta bahagia
Andai benar jodoh ini bersama setulus cinta

Wahai si dia yang jauh di mata
Hati jadi rawan gundah gulana
Mampirlah, datang bertemu aku pencintamu yang setia
Andai kau benar-benar menjadi milikku

EL

1020 07102014

Sunday, May 29, 2016

Meroyan

Entah.
Tapi aku rasa macam bodoh gila percaya kunun ia setia. Tiada perempuan lain. Padahal sebelum-sebelum tu masa awal-awal kami couple tu memang ia ada perempuan tu dalam hatinya.  Bukan aku. Aku ja yang terlalu bodoh, begok, begaa untuk percaya muka innocentnya.

Selama sepuluh bulan ni, aku cuma percaya yang betina tu hanya kawan. HANYA KAWAN. Tapi rupanya, kawan yang menanti saat untuk aku dan dia berpisah, dan betina tu akan ambil alih kedudukan aku di hatinya.

Oh, bagusnya taktik tu. Dah of couse la taktik tu berhasil dengan jayanya. Tahniah.

Orang cakap setiap perbuatan baik atau buruk akan ada balasan. Jadi, terimalah dengan redha.

Saturday, May 28, 2016

Pedih

Andai satu saat kau kembali
Bersamamu cinta yang tersisa
Tolong jangan minta apa-apa
kerna cintaku telah habis dulu

Andai satu saat ada rindu di hatimu
yang kau rasa ianya untukku
Maafkan aku menolakmu
Tapi aku yakin ia bukan untukku

Andai benar kau pernah menyayangiku
Seikhlas hatimu setulus jiwa
Ampunkan aku mengendahkanmu
Kerna kata-katamu dusta belaka

Friday, May 27, 2016

Wechat moment update

Hi.
Saja mao share moment-moment 
yang aku update d wechat.
Enjoy reading



16 Mei 2015

20 Mei 2015

3 Sept 2015

18 Sept 2015


10 Mei 2016

20 Mei 2016

22 Mei 2016

Sunday, May 22, 2016

Demam DOTS

Orang lain habis suda demam DOTS (desendence of the sun), 
aku baru mao kongsi.

Sebenarnya, 
aku malu mau mengaku benda ni. 
Sebenarnya, mau taip pun terasa semacam malu gila.
Ok. Honestly, aku sebenarnya suka song joong ki.
(Hahahaha gedik gila ayat)


Song Joong Ki, aku mula kenal masa running man. 
Last year aku buka youtube tengok running man yang lama-lama 
yang masa masih ada song joong ki, 
dapat buka dan banyak videonya. 

Tapi lepas DOTS mengambil alih popularity Joong Ki, 
video tu berkurang.
Huhuhu.


Sedihnya. 
Suka tengok Joong Ki manja-manja
dengan Kwang Soo n Ji Hyo. 
SongSong sibling.


I do missed all of you
Captain  Yoo Si Jin
DOTS versi kanak-kanak pun cute
If the Oppa's was the army in DOTS
i like the way he stare at Dr. Kang & his smile
My lovely dovey Captain Yoo Si Jin
The way he stare at Dr. Kang makes me melt


Gambar semua ni aku kidnap dari Annyeong Oppa punya facebook

Thursday, April 28, 2016

Aku sebuah handphone

Hi, nama aku Oppo R8. Aku berasal dari negara China. Namun aku telah di hantar ke sebuah tempat yang asing bagiku. Bila aku perhati melalui jendela kotak ini, terdapat banyak lagi saudara-saudara ku yang di hantar ke destinasi yang belum diketahui.

Setelah beberapa hari di dalam ruang yang gelap, sempit dan busuk ini, kini aku tiba di destinasi baru yang tidak diketahui. Aku mendengar manusia-manusia yang memunggah dan mengatur aku dan saudara-saudaraku yang lain menggunakan bahasa cina juga. Mungkin aku di hantar ke bandar lain selain dari tempat aku di kilangkan.

Namun, sangkaan ku meleset. Rupanya aku berada di sebuah negara yang bernama Malaysia. Rupa-rupanya di bumi ini ada satu negara yang mempunyai pelbagai suku dari bangsa-bangsa yang ada di dunia. Aku perhatikan ada orang Cina di bumi Malaysia malah India juga. Ada orang Arab, Pakistan, Myanmar, Bangladesh juga. Aku mula terfikir, apakah bumi Malaysia yang aku duduk ini merupakan negara transit bagi penduduk bumi?

Setelah aku di letakkan di ruang kaca untuk dipamerkan, tiba-tiba aku di datangi oleh seorang ibu yang ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya. Beberapa telefon bimbit telah di pegang dan di tanya kelebihan-kelebihan berkaitan telefon terbabit. Setelah ibu tersebut membuat pilihan, dia telah memilih aku sebagai hadiah untuk anaknya.

Pada hari pertama tuan baru ku telah memuat turun pelbagai aplikasi terutamanya aplikasi mainan. Setiap hari dia pasti akan bermain permainan yang telah dimuat turun sehingga berjam-jam lamanya. malah hingga terlupa membuat kerja sekolah. Namun kemudiannya, aku telah di rampas oleh ibu tuan ku kerana kegagalanya menyiapkan kerja sekolah dan prestasi akademik nya juga semakin merundum. Semuanya kerana dia terlalu obses untuk bermain denganku.

Nasib malangnya aku, sesuatu telah berlaku apabila pada suatu pagi, ibu kepada tuan ku telah tertinggal aku di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di kuala lumpur. Aku kemudiannya, di jumpai oleh seorang ibu yang kebetulan telah menggunakan tandas yang digunakan oleh tuan ku. Dia lalu mengambil ku dan memberi aku kepada anak gadisnya pula.

Si anank gadis itu juga seperti tuan ku sangat teruja apabila menemukan aku. Namun malangnya aku pernah terjatuh dari poket bajunya ke jalan tar tempatnya memarkir kereta. Ini membuat belakang badan telah retak beribu. Bermula dari itu, sistem badanku mula merundum. Namun, sistem aku mula tidak berfungsi dengan baik apabila dia telah memuat turun banyak aplikasi sehingga aku tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.

Malah, pada suatu hari, aku sekali lagi jatuh di jalan tar yang sama seperti sebelumnya. Kali ini bahagian depanku pula yang retak menanti belah. Malah sekarang sistem juga sering kali tidak berfungsi dengan baik. 

Maka aku mula berfikir apa yang tuan aku akan lakukan selepas ini jika aku tidak berfungsi dengan baik seperti sebelumnya?
1- buang aku begitu sahaja
2- hantar aku hospital untuk dibaiki
3- biarkan aku terus sakit begini.





 Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

Monday, April 04, 2016

Throwback

I've got his picture from our whatsapps group.
Someone on the group were shared thise picture via whatsapps.
Me was the weirdo face ever, i guess.
������


4/5 Bakti 2004/05

Monday, March 28, 2016

Istimewakah si No. 2?

Sorry to say this to my fellows who was the 2nd child in family. But, i  know that not all 2nd kids were like this. It just my observation in my environment.

But, actually i've think that was the fact for the 2nd child in my family.

*Anak no 2 ni mesti akan diberi layanan yg lebih istimewa banding anak pertama.

1- Anak pertama wajib mengalah dengan adiknya.
2-Anak pertama kena jaga adiknya sebaik mungkin
3-Anak pertama yang akan disalahkan untuk setiap kesalahan yg dilakukan oleh adiknya.
4-Anak pertama akan diabaikan tapi sang adik akan diberi lebih perhatian.
5-Anak pertama tidak dianggap anak apabila berperangai menjengkelkan namun anak kedua tetap akan disayang walaupun perangai mengalahkan puaka.(#nursepuaka si tok ketua #villagepeople #faizdickie bulih kalah dengan puaka ini)

#observation
#pemerhatian
#anakpertamavsanakkedua
#jangankecam
#hanya
#sekadar
#pandangan

Wednesday, March 23, 2016

Luahan rasa

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Kali ini aku keliru
Antara nyata dan palsu
Antara harapan dan mahuku
Antara rahasia dan impianku

Kenapa mesti aku tertipu
Sedangkan aku bisa saja tahu
Mungkin aku kabur menilaimu
Mungkin aku rabun mengukur cintaku

Harap ini bukan khayalku
Ku mahu ia benar-benar berlaku
Kau datang dan menghias tamanku
Menyembuh luka hatiku

EL
2300 121014



**

Ingin aku berterus terang padamu
Tentang cintaku yang tak pernah layu
Kini jua masa yang berlalu
Cintaku hanya untukmu

Tapi belum tiba masa untuk kau tahu
Belum cukup diriku dampingi kamu
Tidak juga ku puas datang ke mimpi malammu
Tapi ada batas antara kita untuk kau tahu

Jangan pernah kau berputus asa padaku
Jangan juga kau pergi tinggalkan aku
Jangan biar hasut menangi kamu
Jangan lupa aku cintai kamu

DN

2348 121014





(Antara yang ada dalam cerpen tak terbit aku)



 Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...

Thursday, March 17, 2016

Gerhana Cinta

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


 


Actually, i've update this at the day this eclipse happen. Its on 9th March 2016 (wednesday). But, i dont know why is not published in my blog. 
So, to day, I update again the picture i've took.
but, its not as nice picture as professional did. But, just so-so. hihi

I remember during my secondary school, the solar eclipse also had happen. the sky too dark and looks almost like night. A bit scary.

my teacher said, cannot watch the eclipse solar directly. You must have something like film negative to look the eclipse.

So, guys enjoy the eclipse


My WeChat update




Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...

Sunday, March 13, 2016

2 days 1 night vicay

Semalam sabtu awal pagi lepas subuh terus gerak p terminal feri labuan.
Nasib baik sempat naik. Ada 2 kereta lagi mao masuk time tu. Then, sampai ja Menumbuk terpaksa tunggu haziq sampai naik speedboat sebab tertinggal.

Luckly kami sempat naik bas. And there was 2 busses. Kami naik bas hijau  and we arrived at kk around 11 ++ am. Its not that really lucky actually when the bus driver drove the bus like in the bus had a preggy mom wanna to deliver a baby. so fast but no furious. Scared.

The other bus, which Johnny one of the passanger were waiting ferry from labuan arrived. There departured from Menumbuk around 1o++ am. So, idk what time they arrive in kk.

We heading to segama brought some item for hantaran kawin. Then, lost in imago. I guess myy obsesion on book reduse because i just brought lawak kampus 23 only. Maybe there has no nice cover book that i would like to buy. Maybe la.

Wednesday, March 02, 2016

Hi

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Assalamualaikum. Hi.

Lamanya tak update story the morie dekat sini.
Berkurun lama. Ku rahsiakan. Cintaku padamu.
Hanya kerna kau ratu laksana di singgahsana.

Eh. Itu lirik lagu la. Adeh.
Last update was 3rd April 2015 means it was almost 1 years.
Wow. Tapi mao story apa?
Everything I wanna update was updated in my wechat, facebook, ig & so on.

hopefully i will coming soon to this blog with variety photo.
soon.
just it for now.
kikiki




Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...