PART 1
Senja berlabuh dengan iring air hujan,
Sedih siang tak menjemput malam tiba,
Sedih aku menanti malam
yang tak pasti.
Pergh, boleh tahan juga jiwang karat aku
ni, kan? Tapi yang pasti ini bukan kisah jiwang karat macam yang selalu kau
baca di novel-novel terbitan Kaki Jiwang yang sememangnya jiwang. Dari nama pun
sudah tahu jiwang. Entahlah, aku lupa motif sebenar aku menaip di sini. Oh
mungkin tentang penghijrahan selebriti tanah air yang kebelakangan ni ramai
yang dah tahu tentang hukum menutup aurat. Walaupun ada segelintirnya, atau
mungkin seorang dua yang berhijab itu cuma mengikuti arus modenisasi fesyen
semasa tapi sekurang-kurangnya mereka menutup aurat walaupun di kaca televisi
masih ada di antara mereka yang bersentuhan dengan bukan mahram. Kita bagi
mereka ruang untuk berhijrah dengan hijrah yang sebenar-benar hijrah yang ke
arah kebaikan. In Sya Allah.
“ Wei, dah tulis belum diari kau? Nak
baca ni.” Tegur Aleya a.k.a Leya Formula di awal pagi yang indah ini. Indah di
pagi dia je, bukan aku. Dah la tegur tak bagi salam, hampeh betul jadi manusia.
“ Erm, belum. Pulang nantilah aku bagi.
Tak pun besok je. Boleh?” ujarku tanpa menghiraukan dirinya yang sedang
menayangkan muka singa lapar, yang bagiku umpama Winnie the Pooh tak dapat
madu. Hihi.
“Alah El, kau ni kejam la. Aku dah tulis
kut. Apsal yang kau pemalas sangat ni?” rungutnya lagi. Tak cukup dengan
rungut, siap kutuk aku pulak tu. Tak patut, tak patut. Patutnya aku luku dan
siku je otak dan mulut si Leya Formula ni. Huhu.
“ Aku bukan malaslah. Cuma aku takde masa
nak buat. Kitorang kan sibuk kenduri semalam. Kau yang tak datang kenduri aku
kenapa? Aku rasa macam kau pulak yang aku nak jadikan korban semalam tau’”
balasku dengan alasan yang sedikit munasabah walaupun bukan aku yang buat banyak
benda semalam. Hahaha. Dan hakikat sebenar aku memang tak buat apa-apa benda
pun semalam sebab aku teman anak saudara aku yang terpaksa tambah air kat
hospital. Kesian.
“ Assalamualaikum dan selamat pagi
semua.” Si ceria Rania dah sampai. Setiap hari dia mesti ceria. Kekadang aku
pun pelik juga. Dari mana dia dapat aura gembira dan bahagia sedangkan seluruh
ahli keluarga dia dah pulaukan dia sebab dia revert to Islam di umur dia
15 tahun, beberapa tahun lalu.
Tapi dia memang seorang yang ceria dari
sebelum dia revert being a Muslim lagi dan sampailah sekarang. Dia
memang hati batu dan batu karang punya budak. Tak tergugat walau keluarga
pinggirkan dia. Walaupun bapa dia tak pernah bagi duit belanja untuk dia sejak
dia revert dulu. Dan aku selalu tak pernah berkira nak belanja dia, cuma
mungkin dia segan kut kat aku. Disebabkan dia tak nak aku belanja dia di
kantin, selalunya aku, Thia dan Leya akan bawa bekal untuk empat orang. Sebab
kitorang berempat akan makan ramai-ramai waktu rehat.
“Thia tak datang hari ni. Dia belum
sampai sini lagi. Mungkin petang nanti baru sampai. Itupun kalau flight diorang
tak delay lagi.” ujarku
bila aku terdengar sayup-sayup suara orang bertanyakan tentang Thalia. Thalia
ada campuran Kadazan dan Kedayan di Sabah. Dan sekarang dia berada di kampung
halaman bapa Thalia di pulau. Aku lupa nama pulau tu.
“ El, kau ni macam Mak Gayah gosip
bergerak dengan infotainment pula aku tengok,” ujar
Rania dengan gelak tawa classmate yang lain.
“ Nak buat macam mana, info datang kat
aku dulu. So terpaksalah aku yang jadi tukang sampaikan salam. Ada apa-apa
pesanan tak sebelum aku jadi deejay pagi ini?” balasku selepas aku edit skrip
untuk aku daklimasikan pagi ni berlangsung.
“ Ada. Pesanan penaja. Sampaikan salam
rindu aku pada Nade dengan ucapan doakan daku dalam setiap doa-doamu.” Ucapan
yang hampir setiap hari Rania suruh aku sampaikan pada Nade, si ketua pengawas
yang boleh tahanlah hensem tapi paling kedekut nak bersedekah. Payah nau nak
senyum. Dia cuma akan senyum bila aku sampaikan pesanan penaja dari Rania je.
Lain-lain, haram. Huh, hampeh.
Aku sendiri pun tak pasti kenapa sekolah
aku ni takde keformalan langsung walaupun waktu perhimpunan pagi setiap Isnin,
kecuali activiti yang melibatkan pegawai pendidikan daerah. Tapi best juga. Dan
ini dapat mengajar aku cara-cara untuk jadi deejay. Mungkin nanti aku salah
seorang deejay radio yang akan mengalahkan sis Fara Fauzana yang telah pegang
rekod tanpa kalah tujuh tahun berturut-turut. Siapa tahu, kan?
“ Para pelajar dan guru di minta datang
ke Dataran Muhibbah sekarang kerana kita akan mengadakan perhimpunan sebentar
lagi.” Pengumuman dari ketua pengawas, Naddeen.
Perhimpunan hari ini banyak perkongsian
dari pelajar yang membuat lawatan ke Lumut, Perak dan pertandingan Coral
Speaking peringkat kebangsaan kat Sabah. Ada pertunjukan video semasa
pertandingan berlangsung di dataran hari ni. Boleh tahan juga saingan diorang.
Dan diorang cuma mampu mendapat tempat ketiga. Kira okey jugalah dari tak dapat
nombor langsung.
**
Tempat wajib lepak kitorang yang pengetua
pun tak berani nak tegur, terasa macam sedikit sunyi hari ni. Sebab si kepoh
Thalia masih terkandas di Sabah disebabkan flight mereka delay lebih
kurang tiga jam atas sebab-sebab teknikal kata announcer kat airport.
Itu menurut apa yang Thalia beritahu melalui applikasi WhatsApp tadi.
“ El, kita kan dah habis makan, kan? Dan
masih berbaki dalam 10 minit lagi sebelum masuk kelas, kan? Kan?” soal Aleya
selepas kami selesai mengemas bekal makan masing-masing.
“Jadi, apa masalah?” jawabku acuh tak
acuh.
“Apa kata masa yang masih bersisa ni, kau
tuliskan satu puisi indah untuk member baik kita yang hangat dilamun cinta ni,”
terangnya.
“Elok jugak tu. Dah lama aku tak baca
puisi puitis dari kau El. Rasanya paling last pun Jumaat lepas,” sampuk
Rania dengan sengih umpama minta diluku kepalanya. Lamalah sangat Jumaat lepas.
Tiga hari je kut.
“Sambil tu, sila penuhkan satu muka surat
diari awak sekali erk,” pinta Aleya yang memang takkan putus asa untuk request
selagi apa yang dia mahu tak dapat.
“Erm, yelah.”
Dedikasi khas buat Rania Insyirah binti Lee
Abdullah a.k.a Lee Siew Ling
Aku seperti terkena halilintar
Pancaran kilat dari cahaya matamu
Mungkin aku cuma bermetafora
Tapi benar aku telah jatuh cinta
Aku umpama telah terpukau
Dengan jampi serapah nenek kebayan
Mungkin itu hanya khayalan belaka
Sungguh aku telah jatuh cinta
Cowok ganteng menggetar naluri seorang aku
Dengan penuh sifat lelaki sejati
Mungkin hanya halusinasiku belaka
Tapi aku benar-benar jatuh cinta
Dia menjadikan taman larangan ini kembali
berseri
Bunga mengembang mekar harum mewangi
Mungkin cuma imaginasiku sahaja
Betul, aku sudah gila bayang dengan
cintanya
Oh sang arjuna pujaan hati
Andai kau tahu isi hati ini
Datang padaku rawatlah luka hatiku
Andai benar kau jodoh tercipta untukku
Hai kekasih hati pengubat duka
Andai kau mahu mendampingiku
Ke marilah, bersama kita mencipta bahagia
Andai benar jodoh ini bersama setulus cinta
Wahai si dia yang jauh di mata
Hati jadi rawan gundah gulana
Mampirlah, datang bertemu aku pencintamu
yang setia
Andai kau benar-benar menjadi milikku
EL
1020 07102014
No comments:
Post a Comment