welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Monday, July 30, 2012

Zakat Fitrah

 



TAKRIFAN / MAKSUD
Bahasa : bersih, suci, subur, dan berkembang.
Zakat Fitrah : zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim lelaki dan perempuan pada bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

FADHILAT
1- Menampung kekurangan ibadah puasa
2- Membantu fakir dan miskin oada Hari Raya
~ Ibn Abas R.A berkata: " Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebagai menyucikan buat orang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji dan sebagai makanan buat orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat (hari raya) maka ia merupakan zakat yang makbul. Sesiapa yang menunaikan selepas solat, maka ia dikira sedekah."~
-HR Abu Daud-

~ Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (hari raya)~
- HR al-Daruqutni-

KEWAJIPAN SIAPA?
1- Setiap Muslim, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kecil atau besar.
2- Penjaga wajib mengeluarkan zakat bagi orang yang di bawah tanggungannya seperti isteri, anak-anak kecil dan hambanya.

KADAR
Segantang makanan ruji tempatan (beras, gandum, jagung dsb) dengan kiraan hari ini bersamaan timbangan metrik 2.6 kg (2600 g)

WAKTU
Waktu mula diwajibkan ialah sebaik sahaja malam pertama Ramadhan.
Waktu menunaikan:
1- Waktu Afdal : Sebaik sahaja terbitnya matahari 1 Syawal hingga sebelum solat Eid (hari raya) hendak didirikan.
2- Waktu Harus : Sepanjang bulan Ramadhan
3- Waktu Makhruh : Selepas solat Eid hingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal
4- Waktu Haram : Selepas terbenam matahari ! Syawal

PENERIMA
Mana-mana asnaf yang 8:
Fakir, Miskin, Amil (pemungut zakat), Orang Berhutang, Hamba, Fi Sabulillah & Ibn Sabil.



Sumber dari Majalah al-Ustaz




Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

No comments: