welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Saturday, October 06, 2012

12 Ciri Terbaik Mencari & Menjadi Sahabat

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Mahukah kamu, aku kongsikan ciri-ciri sahabat yang baik? Kalau mahu, sila jangan malu untuk membaca dan berkongsi info ini. In Sha Allah, membawa kebaikan untuk kamu dan jua diriku terutamanya.

1) Jika berbuat baik padanya, dia akan melindungimu.
2) Jika rapatkan persahabatan dangannya, dia membalas baik persahabatanmu.
3) Jika memerlukan pertolongan dan bantuan darinya, dia akan mengusahakan pertolongan untukmu dan membantumu
4) Jika dia melihat sesuatu tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
5) Jika engkau menegur kesilapannya, dia berlapang dada untuk menerima teguranmu
6) Jika engkau berdiam diri (Kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahanmu.
7) Jika engkau menhulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
8) Jika dia mendapat kebajikan (Kebaikan)  daripadamu, dia menghargai.
9) Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia membenarkanmu (menerima pendapatmu).
10) Jika engkau merancang sesuatu (Kebaikan), dia akan membantumu.
11) Jika engkau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan,
12) Jika datang suatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmu (dia akan melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)


Sabda Rasululla S.A.W yang bermaksud :
" Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api. Maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapa membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun, peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." -Hadith riwayat Bukhari dan Muslim-




Sumber : Kembara Ustaz Jilid 1
Abang Fedtri Yahya pun ada sumbangan
dalam buku ni. Akan di'share' kemudian.












Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

No comments: