welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Saturday, October 06, 2012

Forum : Penghinaan Pada Rasulullah saw : Antara Kejayaan Yahudi @ Pengabaian Sunnah

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



FORUM - Penghinaan Kepada Rasulullah saw, Antara Kejayaan Yahudi atau Pengabaian Sunnah.
[Masjid Negeri, Shah Alam - 5 Oktober 2012]
Panel: Ust Dr Zaharuddin, Dato Dr Harun Din, Ust Muhd Abdullah.


Pendahuluan

Tuan Guru Dato Dr Harun Din: 

Nabi Muhammad saw adalah satu2nya insan yang dapat kemuliaan dan kehormatan yang utama dari Allah. Tak akan ada orang lain yang kata-katanya akan ditulis dan disebar untuk menentukan hukum. Imam Al-Bukhari hafal 300,000 hadis, Imam Ahmad hafal 100,000 hadis.

Nama nabi disebut setiap saat dalam azan di seluruh dunia. Jadi tidak wajar Baginda dihina. Nabi Ibrahim sebelum wafat, Jibril tanya adakah kamu ingin dikenali selepas kamu wafat? Nabi Ibrahim menjawab ya. Jibril bertanya, dengan panggilan apa? Nabi Ibrahim menjawab Khalilullah. Nabi Musa pula memilih Kalimullah, Nabi Isa pula memilih Ruhulllah. Tapi Nabi Muhammad bila ditanya, Allah sendiri yang perkenankan untuk beri gelaran Habibullah (kekasih Allah). Jadi, tidak layak untuk sesiapa pun menghina kekasih yang Allah sendiri pilih.


Ust Dr Zaharuddin:

Kita kini terkepung dengan serangan halus, iaitu muzik, filem, dan lain2. Apabila ada kes penghinaan terhadap nabi, respon masyarakat Islam dunia ialah demonstrasi, bakar bendera, pijak bendera, dan sebagainya.

Dinyatakan dalam Surah Ali Imran, cara nak respon kepada penghinaan2 ini ialah dengan 4 langkah:

1- Sabar - boleh lawan, tapi jangan melawan. Maksudnya, muhasabah diri dulu, mungkin disebabkan kita ini lemah menyebabkan orang kafir semakin berani hina nabi. Berselawat banyak2 kepada Nabi.

2- Teruskan bertakwa - Maksudnya, JANGAN SEBARKAN apa yang mereka hina nabi kita, walaupun untuk tujuan peringatan. Kadang2 orang kita respon secara emosi, marah orang hina nabi, tapi share benda tu. Jangan jadi tukang sebar tukang promosi, dapat saham dosa..!!

3- Teruskan bertasbih

4- Jadilah orang2 yang sujud - Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan dengan kejahatan yang berperancangan. Kerana sesungguhnya yang tergesa-gesa itu adalah dari syaitan, dan yang cermat itu adalah dari Allah.

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.”

(Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadis ini hasan)


Ustaz Muhammad Abdullah: 

Manusia dicipta sebagai sebaik2 makhluk dan manusia yang terbaik di antara semua manusia ialah Rasulullah saw. Umat yang terbaik pula ialah umat Nabi Muhammad saw.

Semasa zaman nabi, nabi membentuk 8 golongan.

1- Golongan bijak memimpin
2- Golongan ulama dan penyebar ilmu
3- Golongan Pekerja yang rajin
4- Golongan darah para syuhada
5- Golongan orang-orang soleh yang berdoa
6- Golongan pendakwah (daie)
7- Golongan orang kaya yang berharta dan tidak bakhil
8- Golongan rahim wanita yang soleh

Tu pasal kenapa Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali tidak banyak meriwayatkan hadis, kan? mereka dibentuk nabi sebagai golongan bijak memimpin.

Abu Hurairah banyak riwayat hadis, nabi bentuk dia penyebar ilmu.

Zaid bin Haritsah sejak umur 17 tahun dah pimpin tentera Islam, nabi bentuk dia jd darah para syuhada.

8 golongan ini saling membantu, yg kaya sedekahkan harta kepada para syuhada, pendakwah mendakwah orang soleh, orang soleh didik wanita beriman.

Kerana 8 golongan ini berpecah, Islam semakin lemah, dan orang kafir makin berani perlekehkan Islam. Setiap manusia berperanan. Jangan harapkan ulama dan ustaz sahaja, kerana orang yang cinta Nabi sahaja akan bersama nabi di akhirat kelak.

SOALAN 1: 

Adakah politik hari ini ikut landasan syarak? Sebab ia umpama menggalakkan perpecahan, hilang kasih sayang sesama muslim seperti yang dianjur nabi.

Jawapan Dato Harun Din:

Puncanya dari sebab kita tidak pegang pada landasan Al-Quran dan As-sunnah secara total. Saidina Umar pernah cakap, Allah muliakan kita kerana Islam. Jika kita nak capai kemuliaan selain Islam, Allah akan hina kita. Surah Al-An'am ayat 10 "Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

Jawapan Ust Muhd Abdullah: 

Pemimpin dan pentadbiran kena cinta pada Allah, Rasul, dan Islam untuk berjaya. 4 khalifah ar-rasyidin, bani ummaiyah, bani abbassiyah, bani uthmaniah, semua memimpin atas 3 cinta yg sama ini, kecuali di zaman kejatuhan kerajaan Islam.


SOALAN 2:

Apa cara untuk dilakukan agar non-muslim di Malaysia untuk kenal nabi dalam bentuk positif? Macam di barat, NGO pertubuhan Islam ambil peluang kes penghinaan nabi untuk sebarkan Islam.

Jawapan Ust Dr Zaharuddin:

Jangan hina, jangan perlekeh, caci agama selain agama Islam, sebab mereka akan balas yang sama pada kita. yang NGO luar negara buat tu adalah perkara yang diajar nabi. Bila nabi dihina dan dicerca, nabi terus sebar kebenaran. Wujudnya kes 9 september (world trade center dilanggar kapal terbang) dan kes penghinaan nabi ini sebenarnya membuat orang bukan Islam lagi minat nak tahu tentang Islam. Macam jalan jem, semua nak tahu ada apa kat depan, road block ke, eksiden ke. Sesungguhnya perancangan Allah lebih Hebat. Jangan respon dengan maki hamun dan bakar bendera seumpamanya. Memang diorang sengaja nak kita jadi camtu.


SOALAN 3:

Kisah pada zaman nabi, ada orang yang hina nabi, sahabat bunuh. Apa huraian kisah tu untuk tak nak orang yang tak faham Islam fikir bahawa Islam ni zalim?

Jawapan Ust Dr Zaharuddin:

(Ustaz tidak ulas tentang kisah tu) Pada zaman nabi, ada 3 orang badwi kencing dalam kawasan masjid. sahabat2 nak pukul. nabi kata biarkan mereka. Umar nak penggal kepala badwi2 tu, nabi kata tinggalkan mereka.

Hadis yang diriwayatkan Aisyah, "Tiada guna orang berbuat buruk, kita balas dengan buruk. Jika orang buat jahat, kita balas dengan kebaikan dan keampunan."

Hadis lain: Agama Islam akan dibantu oleh orang2 fajir, (orang2 yang bukan Islam/atheist sendiri akan bantu dengan sebab simpati). contoh, demonstrasi di US, bantah kezaliman terhadap rakyat palestin, orang yahudi dan geng2 punk skinhead pun join, atas dasar human rights.


KESIMPULAN (Oleh Tuan Guru Dato Dr Harun Din) 

Mencintai Rasulullah saw adalah wajib. Tiada khilaf.
Caranya ialah dengan hormati dan taati perintah nabi.

Setiap insan akan bersama dengan apa yang dicintainya di akhirat kelak. Jika kita cinta pada nabi, kita akan masuk syurga sama2 dengan nabi. Jika nak cinta pada nabi dan cinta pada Allah, ikut hukum Allah. Ikutlah sunnah nabi.


Sekadar perkongsian: tentang Dato bermimpi jumpa Rasulullah saw.

Nabi bersabda: siapa yang nampak aku dalam tidurnya, maka dia nampak aku sesungguh-sungguhnya.
2 cara nak kenal pasti bahawa orang yang kita mimpikan itu adalah nabi:

1- hati yakin tanpa ragu walau sedikit pun bahawa itu adalah nabi.
2- dalam mimpi, kita tanya orang sebelah/orang dekat, siapa lelaki itu. orang tu jawab itulah nabi muhammad saw.

Syaitan tidak akan masuk dalam mimpi kita jadi nabi atau sebut nama nabi, sebab Allah pelihara nabi dari fitnah syaitan dalam mimpi. sebab mimpilah perkara paling orang akan percaya sebagai alamat dan cahaya petunjuk.





Sumber : Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )




Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

No comments: