♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
Hi guys.
Sungguh sangat lama setelah entry sebelumnya. Dan Covid-19 pun semakin berkurang kisah dan ceritanya. Tapi yakinlah semua orang punya banyak cerita dan kisah untuk di kongsikan. Begitu juga dengan aku. Jujurnya terlalu banyak hingga aku keliru untuk bermula dari mana. Sedangkan aku tahu, agak mustahil untuk blog aku ini di baca oleh pelayar-pelayar web.
Hari ceritera ini aku mula menaip, bermulalah umat Islam di seluruh dunia meraikan bulan penuh barakah dan pelbagai hikmah, bulan Ramadan yang mulia. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. Selamat berpuasa semua.
Jujurnya aku sudah hampir tujuh bulan berkahwin baru setelah lebih setahun bercerai dengan suami pertamaku. Biarlah perpisahan itu, aku yang bersalah. Bersalah kerana mengharap terlalu tinggi.
Jadi ini pertama kalinya aku berpuasa di rumah mentua ku kerana aku dan suami tinggal menumpang di rumah keluarganya. Benda paling aku tak suka sebab aku bukan seorang yang mesra alam. Tapi mungkin suamiku belum berfikir untuk masa hadapan atau memang takkan pernah berfikir. Hahahaha. Jadi kenalah dia reda dapat isteri seperti aku kerana dia yang memilih aku untuk menjadi isterinya. Tahniah suami.
Entahlah apa yang aku merapu menaip di awal pagi yang sunyi ini. Cukuplah untuk memberitahu tentang perkara itu sahaja. Aku sudah bernikah baharu lagi.
** Sebenarnya sengaja untuk tidak membiarkan blog ini terlalu lama tidak dikemas kini.
*** Jumpa lagi di lain entry
**** Selamat Berpuasa
Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami & mengertikan...
No comments:
Post a Comment