welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Thursday, August 06, 2020

Youtubers

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Hi readers. Cing walaupun mungkin tiada satu pun reader tapi mao jua sapa readers. Gitchuu.

Well, lately ni layan few youtubers dari Malaysia & Indonesia. Mungkin kamu ada youtubers favourite kamu tersendiri. Mungkin jua ada dalam senarai aku ni pun, ada youtubers favourite kamu. Atau mungkin ini pertama kali kamu mengenali youtubers yang akan aku list down kan dekat bawah ni.

So, jom check it out.

Ajar - Pendidikan di luar buku teks

Akaun youtube ini berkongsi tentang ilmu yang kita nda jumpa dalam buku teks. Sebab itula trademark nya -pendidikan di luar buku teks-. 

Persoalan-persoalan yang kadang-kadang kita nda terfikir pun tapi saluran youtube Ajar ni bagi kita jawapan. Walau pun kadang-kadang macam merapu tapi sebenarnya sebuah fakta. Kadang-kadang la.

Saluran Ajar ni ada lebih kurang 236 ribu subscriber dan lebih 150 video yang suda di upload di youtube. Penyampaian yang santai dan humorius (ngam ka tu ejaan 😅) walaupun muka si Haziq tu nampak macam budak skema. 😂

Ini video pertama Ajar upload di youtube pada 1hb Oktober 2017 tentang exam. Kenapa mesti ada peperiksaan? Berapa kali kita ambil exam dari darjah satu hingga SPM? Jawapannya ada dalam video ni;

https://youtu.be/RWmAcmsflyU 

Dan ini adalah akaun saluran Ajar.

https://www.youtube.com/c/AjarMalaysia

Kalau mahu tahu lebih ilmu lagi, jangan lupa untuk tengok video yang ada di youtubenya Ajar.

Kupi Kupi Go - Menarik Setiap Hari

Kupi Kupi Go atau dikenali dengan singkatan KKG merupakan saluran youtube yang berasal dari Sabah. Masa mula-mula aku tingu salah satu video KKG ni, aku ingat hos KKG ni berasal dari Indonesia sebab slang nya macam orang indonesia sikit. Big mistake i made. 😂😂

Tapi makin lama aku layan video-video yang ada di KKG, baru nampak Sabahan slang dari Ekram. KKG ni ada banyak section antaranya KKG seram, KKG fakta,  tahukah anda? dan beberapa lagi. 

Video pertama KKG yang pertama di upload ke youtube bertarikh 03hb Mac 2016, adalah tentang fakta makhluk asing. Dan sekarang KKG telah mengumpul lebih 872 ribu subscribers dan lebih 600 video sudah di upload. Link ada di bawah;

https://youtu.be/u1M7Nh0nmBM

Malahan KKG juga pernah berkoloberasi dengan produser dan director tempatan Sabah membuat sebuah filem pendek bergenre seram bertajuk Olumnis yang membawa maksud cantik. Kalau mau tingu macam mana tahap serammnya, link ada dekat bawah;

https://youtu.be/LYdAhqaQw2M


ML Studio

ML Studio ni adalah infortainment video platform yang dikelola oleh seorang youtuber yang pernah naik suatu ketika dahulu, dan aku suka video-videonya dulu iaitu MatLuthfi90. Video last yang di upload di akaun youtube Matluthfi90 tu sekitar tahun 2019 iaitu iklan touch n go.

ML Studio adalah satu platform untuk speakers berkongsi info-info menarik kepada viewers youtube. Kira macam speakers ni kongsi kisah dorang, bagi dekat ML Studio lepas tu ML Studio upload ke youtube. 

Ada pelbagai topik yang dikongsi oleh speakers antaranya review filem, drama & kartun/anime, perubatan, kesihatan, politik, sains, perundangan, pengalaman dan pelbagai lagi.

ML Studio sudah mengumpul lebih 671 ribu subscribers dan sudah mengupload lebih 2900 video. Namun, video yang di upload di ML Studio itu berdurasi sekitar 3 hingga 5 minit untuk setiap video. 

Video pertama ML Studio di upload pada 21hb Februari 2018 oleh speaker bernama Ezzah Mahmud yang berkongsi tentang video viral Dato' Aliff Syukri. Link ada d bawah;

https://youtu.be/BldwgZ5AcBI

Rajin-rajin la tingu video di ML Studio. Banyak info baru kamu boleh dapat.

Neyna Story

Youtuber Neyna ni aku jumpa beberapa minggu lepas, selepas aku menonton kisah menyedihkan di Deagu, Korea. Neyna sering  berkongsi tentang kisah jenayah & cerita seram. 

Walaupun Neyna sudah mengupload satu video pada 18hb Mei 2016, tetapi video itu adalah untuk tugasan semasa zaman belajarnya.

Namun, sekitar 5 bulan lalu, atau lebih tepatnya 19hb Februari 2020 adalah video pertama Neyna yang bercerita tentang banduan akhir dan di ikuti video tentang 6 penjara terkejam di dunia disusuli video-video lainnya.

Sehingga hari ini, Neyna sudah berjaya mengumpul lebih 119 ribu subscribers  dan mengupload sekitar 60 lebih video termasuk video yang diupload untuk tugasan ketika belajar dulu.

Di bawah ni adalah link untuk akaunnya Neyna Story. Kalau mao tahu kes-kes jenayah dan cerita- cerita seram yang berlaku di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya, klik link di bawah.

https://www.youtube.com/c/NeynaStory


Korea Reomit - Orang Korea yang Madok

Akaun youtuber ini aku baru jumpa dalam 3-4 hari lepas. Bermula bila aku tingu ramai youtubers yang bercerita tentang youtuber mukbang/ASMR bernama Kate Yup yang kononnya diculik. Jadi dalam timeline youtube aku tu keluar videonya milik cowok bernama Mas Hansol ini.

Dalam video pertamanya yang diupload ke youtube, Mas Hansol atau nama sebenarnya Jang Hansol telah menetap di Indonesia atau lebih tepatnya di Jawa Timur selama lebih kurang 16-18 tahun beberapa tahun lepas. Bermula pada tahun 1998. Tapi sekarang sudah menetap di Korea. Video pengenalan nya ada di link di bawah;

https://youtu.be/10MDmeywDIE

Video pertama Korea Reomit di upload ke youtube pada 23hb Ogos 2016. Sehingga kini, akaun youtube ini telah mengumpul lebih kurang 3.68 juta subscribers dengan 673 video telah di upload.

Antara sebab aku suka video ni adalah sebab cerita-cerita seram #rindingdong, kisah-kisah jenayah #DetektifReomit. Dan,  salah satu playlistnya adalah dia merupakan koordinator untuk episod Lee Kwang Soo dan Jeon So Min dari program Running Man Korea yang datang ke Indonesia iaitu sekitar tahun 2017


Lain-lain

Selain dari youtubers di atas, ada few youtubers yang kadang-kadang aku tingu contohnya

Siti Awe - ex-pharmacist
https://www.youtube.com/c/SitiAwe

Stacy Anam - penyanyi tapi youtubenya pasal masak-masak
https://www.youtube.com/c/StacyAnam

Ashhrapp Channel - new youtuber
https://www.youtube.com/channel/UCoiFKOCr6FRabSuRXJNpwZQ


Mungkin ada yang tertanya-tanya, er ada ka yang tanya? 😅😅 

Kenapa youtuber bernama PrinceMeed LIVE tiada dalam senarai? Well, jawapannya aku jarang tingu video PrinceMeed sebab entahlah. Contentnya mungkin ok, tapi penyampaian nya kureng sikit bagi aku. Itu pendapat peribadi aku. Harap fan PrinceMeed jangan kecil hati.





Yang baik jadi pengajaran, 
Yang buruk jadi sempadan, 
Yang manis jadi kenangan, 
Yang pahit jadi pedoman, 
Fahami & mengertikan...

No comments: