welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Sunday, September 18, 2011

Resepi Ice Cream [Baru Belajar Maw Buat]

Assalamu'alikum w.b.t
salam ukhwah untuk semua

ok sebenarnya aku teringin maw buat ice cream.. Buat sendiri.. Aku ada dapat beberapa resepi ice cream yg nampak macam sedap, so aku maw cuba lah nanti.. So sekarang aku maw postz beberapa cara-cara buat ice cream dari pelbagai blog n forum yang aku jumpa.. kalau kamu teringin maw buat, baca la ressepi nie..



Bahan

2 biji kuning telur
2 biji putih telur
50 gram gula icing (diayak)
1 camca teh vanila flavour
125 ml. fresh cream (non dairy rich whipping cream)
1 sudu besar badam cincang
Krim roset
Ceri merah

Putih telur dan gula icing dipukul hingga agak keras (tak jatuh). Kuning telur dan vanila diputar hingga kembang.
Tuangkan perlahan-lahan ke dalam campuran putih telur. Krim dipukul hingga kembang (jgn. terlalu keras) campurkan kedalam adunan telur. 
Gaul hingga rata. 
Tuangkan adunan aiskrim kedalam bekas dan bekukan lebih kurang 4-5 jam. 
Semasa menghidang, taburkan badam dan hias dengan krim roset dan ceri.

**********

ICE CREAM COKLAT

Bahan
1 cawan fresh cream sejuk
1 cawan air sejuk [dari peti sejuk]
3 s/b gula halus/kastor
3 s/b susu tepung
1 s/b serbuk koko
2 s/b coklat rice

Bahan hiasan [terpulang pada cita rasa]
manik warna warni
kismis
hirisan pisang

Caranya
1. Pukulkan fresh cream, gula dan air sejuk sehingga gebu.
2. Masukkan susu tepung dan koko perlahan sambil memukul sehingga gebu lagi.
3. Masukkan coklat rice dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk [freezer]semalaman.
5. Sudukan ice-cream yg telah beku kedalam mangkuk dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.

tq t0 : CARI malay forum

--------------------

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 tin tinggi susu pekat
1 tin tinggi susu cair
1 botol ovallate besar
2 sudu minyak masak @ minyak sayuran
1 tin air (gunakan tin susu pekat sebagai sukatan)
perisa (mana2 perisa yang anda mahu,saya lebih suka kalau perisa coklat )

Cara-cara
Campurkan semua bahan tadi kecuali perisa dan pukul sehingga kembang dan gebu (seperti anda membuat krim putar).

Setelah kembang dan gebu, barulah masukkan perisa yang anda mahu dan gaul hingga sebati menggunakan senduk.Anda juga boleh meletakkan hiasan seperti coklat rice jika anda mahu.

Masukkan ke dalam kontena dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 7-8 jam.

Selamat mencuba.
tq to : zsn_lady87 d My Resepi..

--------------------


Bahan-bahan untuk Aiskrim Coklat
4 bj kuning telur
4 cmb susu tepung
300ml air
2 cmb serbuk koko
150ml krim putar
100 gula kastor

Cara membuat Aiskrim Coklat

Panaskan air sehingga mendidih.
Masukkan susu tepung dan serbuk koko. kacau sehingga semuanya larut sempurna. Tutup api dan biarkan suam.
Didalam periuk yang lain, pukul kuning telur dan gula sehingga kembang.
Tuangkan larutan koko suam tadi sambil dipukul perlahan-lahan.
Panaskan adunan perlahan-lahan sambil dikacau. Pastikan adunan tidak mendidih.
Setelah adunan menjadi lebih pekat, sekadar menyalut belakang senduk, tutup api.
Tapis dan sejukkan adunan sehingga ke suhu bilik.
Campurkan krim putar kedalam adunan. Kacau rata.
Masukkan kedalam bekas dan bekukan didalam peti ais.
Setelah separuh beku (kira-kira 2 jam) keluarkan. Putarkan dengan kelajuan tinggi untuk memecahkan kristal ais.
Tuang semula kedalam bekas dan bekukan semula.
Ulangi langkah 10 dan 11 jika masih belum berpuashati dengan tekstur aiskrim.
Hidangkan dalam mangkuk dan dihias dengan wafer, buah-buahan, coklat cair, coklat rice dan sebagainya.



Tip Masakan Komersial

Bahan-bahan diatas amat mudah diubahsuai. Anda boleh menambah dan mengurangkan kuantiti gula mengikut tahap kemanisan yang anda hendak. Begitu juga jika anda inginkan rasa yang lebih bercoklat dan lebih lemak. Ubahsuai je kuantiti serbuk koko dan susu. Tiada apa yg menakutkan.
Susu tepung boleh diganti dengan susu cair jika susu cair lebih murah ditempat anda. Gunakan susu cair 300ml menggantikan susu tepung dan air.
Aiskrim colek menggunakan bahan yang lebih murah. Bahan seperti telur dan whipping cream yang mahal boleh digantikan dengan tepung jagung untuk aiskrim bersusu dan gelatin untuk aiskrim tanpa susu. Anda cuba buat eksperimen sendiri dan tolong kongsikan dalam komen dibawah.
Cuba juga menggunakan buah-buahan. Kenal pasti buah-buahan yang sesuai digandingkan dengan susu dan yang mana tidak sesuai.

Sumber: Resepi Masakan Barat Komersial http://westernfood.yolasite.com/index/resepi-aiskrim-coklat-chocolate-ice-cream#ixzz1YJpIjBPy
Ebook resepi komersial percuma untuk usahawan

tQ t0 : Resepi Masakan Barat Kormasial

----------------------


kepada sesiapa yg ada cara lain untuk buat ice cream sudi-sudilah kongsi sama aku.. Aku x janji mau buat, tapi aku cuba buat...kalau boleh biarlah bahannya yang simple saja. tq to allz...





yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...

No comments: