welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Sunday, September 25, 2011

Ambuyat tymez

 





malam yang indah... eh salah...makan malam yang indah...wakakakaka...
ok sebenarnya just maw bagitaw yg makan malam untuk hari ini, jumaat adalah malam palingggggg indah...[simpan dalam draf]

sebabnya dapat makan makanan kampung yang paling best di dunia...
Ambuyat...ada yang panggil Ambulung...
so di bawah nie ada sikit gambar macam mana ambuyat tu boleh terjadi...enjoies


ok di sini aku maw bagitaw serba sikit cara-cara maw buat ambuyat...

ambulung
mula-mula tapung sagu tu di rendam dengan air dulu...bila sudah mendap, air yang ada di atas  tu di buang..jangan lupa sebelum tu masak dulu air panas sebab nanti air panas tu la yang akan masak ambuyat tu..

 Gambar sebelah ni ialah ambulung. Tepung sagu yang diperbuat daripada pohon rumbia. Kalau x tahu silakanlah tanya atok google, pacik yahoo ker erk..Orang kata malu bertanya, tak tahu jalan.. Tapi kalau segan bertanya, cariklah sendiri.

Tepung sagu ni kalau belum di buat, orang panggil Ambulung, kalau sudah buat dipanggil Ambuyat.

Tepung sagu ini direndam dengan air sehingga tepung itu mendap.. Air yang ada tu di buang.



Chandas
Benda alah ni di gunakan untuk makan ambuyat.
Kalau x reti guna, boleh guna garfu

agakz blur ckit gambar nie...




hampir siap di bancuh

dah ciap...
x cair n x pekat
orang cakap cukup la serba serbi
dah boleh makan
 Sementara menunggu tepung sagu tu mendap, masaklah air panas sebab air tu nanti akan di tuang ke dalam bekas tepung sagu.

Air panas yang baru mendidih itulah nanti akan memasak ambulung tu untuk menjadikan ambulung tu sebagai ambuyat.

Bila tengah tuang tu, kena ada seseorang yang kena kacau ambuyat tu. Kalau x kacau nanti ambuyat tu x sebati n xla jadi ambuyat....huhuhuhu



sedia untuk di kayuh
wakakakaka
 banyak gelaran yang diberikan untuk makan ambuyat ni sebenarnya. Ada yang panggil mengayuh, ada yang panggil mengayau dan macam-macam lagi. Tapi yang penting cara makanannya sama.. Hihihi








lauk untuk makan dengan ambuyat nie, lauk yang biasa kamu makan tiap-tiap hari. Tapi untuk cecahnya, kamu boleh buat dengan kuah lauk masak singgang (ikan rebus). Mula-mula, cili padi dan bawang ditumbuk lumat. Pastu lenyek belacan yang dh di bakar, masuk sikit garam dan isi ikan.. Lepastu masukkan semua tu dalam mangkuk dan tuang kuah singgang dan jus limau sikit. Siap dihidang. 

cecah untuk makan ambuyat
Antara lauk yg ada...
simple sebab dishnya ambuyat n cecahnya ja
yg lain kurang penting
versi zoom in...
lauk rebus (singgang), lauk goreng, sayur
mangkuk yang satu tu untuk cecah makan dengan ambuyat
yummy



























yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...

No comments: