♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
Assalamualaikum. Hai
Last posting pada tarikh 13.12.2016 iaitu lebih kurang 2 tahun yang lalu. Lama juga. rasanya antara yang terlama aku tidak post entry baru. Jadi sekarang ni sedang cuba curi masa untuk menaip satu entry sekurang-kurangnya sebulan satu kali. InsyaAllah.
Untuk pengatahuan, atuk aku (Bapa kepada Babah aku) Abd Pateh @ Ag Besar bin Md Salleh telah kembali ke rahmatullah pada 24.02.2018 bersamaan 8 Jamadilakhir 1439H pada hari Sabtu jam 8.30 malam bertempat di Hospital Nukleus Labuan. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum. Terima Kasih.
Semua orang akan cakap setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kadang hikmah itu terjadi tanpa kita sendiri sedar. Namun, apapun yang terjadi, ambillah kebaikannya dari keburukannya. Antara hikmah yang terjadi selepas kepergian atuk aku adalah:
1- Untuk pertama kalinya, kesemua 11 orang adik beradik babah aku berkumpul setelah sekian lama. Almarhum atuk aku berkahwin tiga kali. Isteri pertama adalah almarhumah nenek aku ( mak kepada babah aku) dan di kurniakan tiga (3) orang anak lelaki. Setelah isteri pertama meninggal dunia, almarhum menikah dengan isteri kedua juga dikurniakan tiga (3) orang anak lelaki. Perkahwinan terakhir iaitu isteri yang sekarang, almarhum dikurniakan dengan lima (5) orang anak dan tiga (3) daripadanya adalah anak perempuan.
Bukanlah bererti hubungan mereka renggang maka tidak pernah berkumpul tetapi batas jarak dan lautan punca mereka jarang berkumpul. Setiap kali berkumpul, pasti ada sahaja adik beradik babah yang tiada. Tapi kali ini, semua ada dari yang sulung hingga ke yang paling bongsu. Yang sulung dan yang kedua, berada di tanah besar Sabah, yang ketiga, ketujuh dan bongsu berada nun jauh melepasi Laut China Selatan (2nd Selangor, 7th Johor Last Melaka[Askar])
2- Disebabkan kami lebih rapat dengan keluarga sebelah mama, jadi amat janggal atau ralat untuk aku beramah mesra dengan keluarga sebelah babah. Dan aku akui yang aku hanya datang ke rumah atuk sebulan atau dua bulan sekali. Tapi selepas kepergian almarhum atuk, aku akan bermalam disana setiap hujung minggu. Aku masih segan dengan sepupu-sepupuku masa mula-mula aku bermalam di sana. Ketika kenduri 40 hari almarhum atuk, babah balik Labuan dan bermalam di rumah atuk, aku pun ikut sekali bermalam di sana hampir tiga (3) minggu. Hubungan yang dulu janggal, kini makin erat. Boleh bergurau senda dan bergelak ketawa. Menyakat patah lagi.
3- Baru tahu hubungan si polan dengan almarhum. Hubungan keluarga dengan si polanah. Semua baru tahu. Paling tidak hanya tahu ini memang ada hubungan keluarga tapi tidak tahu sebelah mana. Sampai aku baru tahu ada seorang nenek yang sebenarnya pangkat Datuk dengan aku. Sebab nenek aku panggil dia tangah (makcik/pakcik), babah aku panggil nenek so aku kena panggil Datuk tapi aku bantai panggil nenek sebab dia nampak muda macam nenek-nenek. Hahaha. Dan anak sedara aku kena panggil dia Moyang. Rare kut 6 generasi boleh jumpa.
Urutan pangkat :
Moyang
Datuk
Nenek
Bapa/Emak
Anak
Cucu
Piut
Cicit
Sebenarnya ada lagi hikmah lain yang mungkin luar jangka telah berlaku selepas kepergian Almarhum atuk. Tapi cukuplah ini sebagai peringatan untuk aku. Keluarga akan tetap bersama walau di landa badai dan gelora.
Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami dan mengertikan...







No comments:
Post a Comment