welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Thursday, February 26, 2015

Aku, Buku & Alat Tulis

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 




Intro

Walau berabad, ceeeeh abad la sangad. Ok, lebih juga 3 tahun aku meninggalkan alam pengajian yang melibatkan aku dengan dunia buku & alat tulis, tapi aku tetap suka beli peralatan yang berkaitan dengan alat tulis & buku. Aku suka. Pantang kalau pergi kedai buku nda beli buku. Dan pantang kalau nampak cover buku yang cantik & comel (macam aku sebab aku comel) nda beli. Mesti kena beli. Padahal buku kosong ja kut. Ala macam buku nota. Banyak dah buku dengan cover cantik + comel yang aku buat jadi collection. Kekadang macam sayang mao guna.

Itu baru buku kosong, belum lagi alat tulis. Aku pernah beli set pen Stabilo point 88 fine 0.4 10 pcs. Tapi hilang tanpa jejak. Lepastu aku beli lagi 1 set yang sama dengan 6 pcs. 6 jenis colour la maknanya. Yang sedihnya, set stabilo yang hilang tu ada gambar Baddrol Bakhtiar. Gunting dari surat khabar. Pen yang macam-macin jenis colour pun aku beli. Jangan kan pen colour, pensel warna kayu pun aku beli. Rasanya brand Stabilo juga. Koh koh koh. Obses aku dengan alat tulis kurang sikit banding obses aku dengan buku.

Oh buku. Aku rasa kalau aku ada rumah sendiri nanti ( sekarang menumpang) aku mao ada satu bilik khas name as "Pustaka Mini Biru Violet". It almost like mini library. Ada section untk comics, ada section untuk majalah Gempaq, ada section untuk majalah al-ustaz & muslim teen. Ada juga section untuk buku motovasi & buku agama. Dan ada sudut untuk menulis untuk buku-buku kosong. Bestnya berangan. Harap-harap angan-angan ni nanti jadi kenyataan. InsyaAllah. Amin.


Komik

Sebenarnya mao cerita sikit history aku jadi collector buku ni. Sebelum ni, zaman sekolah di Labuan, aku memang cuma beli majalah mangga. Majalah hiburan maksiat pandangan mata. Lepas aku sambung belajar di Negeri Sembilan, baru aku kenal dengan majalah komik. Gempaq & Utopia (masa tu keluaran Utopia belum stop lagi). Aku beli sebab ada komik dan info dunia anime Jepun. Aku suka Detective Conan, so what? Problem? Hahaha. Dan dari Gempaq & Utopia la aku kenal dengan komik Lawak Kampus (LK) & Lawak Shabu-Shabu (bukan syabuu dadah, tapi restoran shabu-shabu yang popular di Jepun).

Aku terjumpa komik LK masa melepak dengan kawan-kawan dekat Termianl 1. Tapi bukan kedai buku Popular Bookstore. Aku jumpa di satu booth depan mesin ATM, dekat tingkat 2 rasanya. Dan dari situlah aku mula kumpul komik-komik Jepun yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu. Banyak jugalah yang aku berjaya kumpul.

Dan komek yang jadi koleksi aku sekarang haruslah Lawak Kampus. Setakat entry ini ditaip 26/02/2015, aku sudah collect LK dari jilid 1 sampai jilid 23. Aku pun ada beli edisi khas LK yang tebal macam kamus dewan tapi aku sedekah dekat adik aku. Dia pun tiba-tiba buli minat. Ada juga aku beli buku edisi istimewa sempana ulang tahun ke LK.

Lepas tu aku mula kumpul Maid Maiden karya Kaoru. Dari jilid Monday sampai last jilid Sunday. Lepas tu aku cari lagi komik karya Kaoru yang lain macam Vampire Strawberry, karya lamanya Kaoru's Cake House and few others. Selain Keith & Kaoru, karya kertunis lain pun aku ada as my collection like Nishiki (Pop Gang) Neko (Ice Cream Baby) & Jo (Lawak Shabu-Shabu)

So sekarang, antara koleksi terbanyak aku pernah ada adalah karya Keith (Lawak Kampus), Kaoru (Maid Maiden, My Secret Boyfriend) dan Zint (Under 18 Elit) 


Novel

Selain komik dan majalah Gempaq, aku pun suka kumpul novel termasuklah koleksi Twilight tapi versi Bahasa Melayu. Novel pertama aku beli dulu tahun 2004 di Pulau Pinang (masa tu ada seminar kerjaya & setiap sekolah hantar 1 orang wakil kecuali SMK Labuan hantar 2 orang wakil) is Ombak Rindu. Siap ada sign dari kawan-kawan & guru pengiring. Hihihi

Dalam banyak-banyak novel yang aku ada, aku suka baca Prince Charming punya cerita dengan Bakal Isteri Aku, Gangsternya. Sebab? Sebab penceritaannya sempoi dan sesuai dengan jiwa aku yang humble. Ceeeeewah.


Islamic Book
Mesti hairan, sebelum ni beli buku majalah mangga tetiba ada section untuk majalah al-Ustaz & Muslim Teen, kan? Setiap orang boleh berubah. Sama ada mao jadi baik, atau jadi jahat. Jadi aku nda mao jadi jahat terus, jadi aku jadilah baik sikit. Sebenarnya, majalah mangga tu aku hentikan pembeliannya bila aku jumpa majalah Gempaq tu la. Since aku minat komik ni, since that la aku jadi childish. Hihihi

Oh, islamic book ni sebab aku dipertemukan dengan rancangan 30 Minit Ustaz Don. Rasanya masa tu ustaz Don ajar mengaji Quran, kelas tajwid, yes. Lepas tu ada 1 part, cameraman zoon in muka cute ustaz Don bila ustaz mengaji. Di situlah baru aku fallen in love dengan ustaz Don. Aku rasa itulah kisahnya yang buat aku suka ustaz Don. Padahal ramadhan sebelum tu memang ada tengok usaz Don di rancangan Ihya' Ramadhan tapi masa tu belum jatuh cinta lagi. Kih kih kih.

Masa Maulidurrasul masa tu, ustaz Don ada suggest buku Syamail Muhamdiah. On the spot kalau pigi kedai buku, terus cari tu buku. Tapi sadisnya, buku tu sold out. Berbulan lepas tu baru dapat beli. Alhamdulillah. Tapi sebelum jumpa buku versi bahasa Melayu, aku ada jumpa dan beli versi bahasa Indonesia. Alamak, aku bukan faham 100% bahasa Indonesia ni. Tapi sementara menunggu Syamail Muhammadiah versi bahasa Melayu, aku buka la kitab versi bahasa Indonesia ni dulu. 

Selepas selepas tu baru mula beli buku agama & motivasi. Setakat hari ini mungkin lebih dari 15 buah buku agama & motivasi aku beli. Alhamdulillah. Cuma 1 buku tu aku belum buka baca sampai habis. Cuma dalam 30++ helai saja. Feqah muslimah.


Conclude
Sebagai penutup, di harap para pembaca amnya dan bakal suami khasnya, tolong doakan angan-angan aku untuk ada ruangan khas buku a.k.a mini library bernama Pustaka Mini Biru Violet akan tercapai. InsyaAllah. Amin.

P/s: Conclusion setiap karangan bahasa malaysia time zaman sekolah mesti ada harapan penulis tentang tajuk karangan.



Yang baik jadi pengajaran,
Yang buruk jadi sempadan,
Yang manis jadi kenangan,
Yang pahit jadi pedoman,
Fahami dan mengertikan...

No comments: