welcome to reader

Selamat Membaca Untuk Semua Pengunjung Blog Ini
Semoga Ilmu Kamoo Pun Turut Bertambah
Membaca Tu kan Amalan Mulia
Segala Kesilapan Ejaan @ Typo dan
Kesalahan Maklumat Harap Dimaafkan

Monday, October 17, 2011

Anime Jepun


Ok kali nie punya entrie pun pasal katun.. Kira katun yang aku suka tingu selain dari katun2 yang aku sudah post sebelum2 nie.. So enjoise reading n watching the pictha



CardCaptors Sakura

Sakura sedia untuk beraksi
Sakura dan Bf nya
Inilah Kero
penjaga buku Kad Clow

Nie adalah katun Cardcaptur Sakura.. Sinopsis ceta ni aku dapat dari wiki.. katun nie mengesahkan pasal seorang budak perempuan sekolah rendah bernama Sakura Kinomoto yang menjumpai sebuah buku misteri di kamar bapanya. Apabila dia membuka buku tersebut, secara autonya telah mengaktifkan kuasa kad2 yang tersimpan di dalam buku tersebut dan kad3 tersebut dikenali dengan nama Kad Clow. Kad2 yang tersimpan di dalam buku tersebut kemudiannya berterbanganan dan tersebar di seluruh pekan Tomoeda di mana keluarga Sakura tinggal. Sakura telah diberi tanggungjawab untuk mencari kesemua Kad Clow sebelum malapetaka berlaku di pekan tersebut.

Sakura dibantu oleh penjaga buku tersebut yang diberi nama "Kero" oleh Sakura iaitu seekor singa yang bersayap dan mempunyai alas kepala seakan topi keledar. Sahabat karib Sakura Tomoya Daidouji juga membantu Sakura dalam mencari Kad Clow dan menyelamatkan bumi dari ancaman luar biasa.




Sailor Moon
Katun Sailor Moon nie pun bezt terutamanya part yang ia cakap "Dengan Kekuatan Bulan, Akan Menghukummu"..Hihihihi..Sinopsis ni pun dari wiki...

Watak protagonis Sailor Moon ialah Usagi Tsukino, yang hidup sebagai gadis sekolah menengah yang biasa hinggalah dia ditemui oleh seekor kucing yang bercakap bernama Luna. Melalui Luna, Usagi mendapati yang dunia akan diserang oleh Kerajaan Gelap yang pernah wujud suatu masa dahulu dan memusnahkan Nusa Bulan. Kuasanya kemudian dibangkitkan untuk mempertahankan Bumi menentang anasir jahat, dan dia dibawa bertemu dengan sekumpulan rakan untuk menyertainya dalam pertarungan kali ini.
Usagi berjuang dengan menggunakan identiti Sailor Moon, dan semakin cerita berkembang, dia mempelajari yang lebih banyak musuh yang ditentangnya. Lama kelamaan, dia mendapati kebenaran tentang kelahirannya semula, cinta sebenarnya dan kemungkinan bagi masa depan Sistem Suria. 



Watak2 dalam Silor Moon
Sailor Moon and de gang
Dengan kekuataan bulan
akan menghukummu




Naruto Shippuden
Katun ni memang popular dan digilai oleh ramai orang. Tapi aku kurang tingu katun ni sebab watak yang aku suka si Sasuke teda sudah. Ia tu kan cumel. Hihihi..Sinopsisnya as below.

12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Naum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya. Hokage Keempat telah mengorbankan diri untuk mengurung Kyūbi di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Naruto Uzumaki.

Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang, untuk menyelamatkan gurunya,Umino Iruka, daripada Mizuki.
Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang sensei yang bernama Hatake Kakashi.
Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.
Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan. Kedua satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto, ataupun sebenarnya, musang berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto.


Bila Naruto mulai gila2

Comel kan Naruto dan Sasuke
Naruto bila sudah serius



Law of Ueki


Katun ni aku tingu di animax astro. Katun ni of coz la ada gila2 atau memang anime Japan ni ada part yg gila3 aku pun nda taw sebenarnya.. Aku suka ni katun sebab ia harus la bezt n gila..hihihi.. Sinopsisnya ada d bawah..


Peraturan Ueki mengisahkan Pertarungan Kuasa Luar Biasa, Suatu pertandingan yang menentukan Dewa Kayangan seterusnya. Setiap seorang daripada 100 calon dikehendaki memilih seorang pelajar sekolah menengah rendah untuk dijadikan pejuangnya. Setiap pelajar diberi kuasa luar biasa, iaitu kuasa menukar bentuk benda-benda. Calon yang menang akan meraih takhta Dewa manakala pelajarnya akan menerima "bakat kosong", iaitu sesuatu bakat pilihannya. Sementara ini menyebabkan ramai pelajar menjadi kedekut dan tamak, Kosuke Ueki hendak menggunakan bakat kosong untuk menjuarai kejohanan tersebut agar menjauhi bakat kosong daripada genggaman orang lain.







Bawah nie gambar yg dilukis oleh peminat katun. yg penting comel dan funnie.. Hihihihi

Kuat macam manapun seorang wanita
aurat kenalah tutup



Cikgu Hokage yg kejam ngan Sasuke aku
huhuhuhu
Sasuke jadi Goku??
Err no komen
Bila Naruto n Sasuke jadi watak omputeh









Kelab Peminat Kart0on FB page sebab menguplod gambar3 katun
sory to kam0o sebab curik gambar3 kam0o



yg baik jadi pengajaran, 
yg buruk jdi sempadan, 
yg manis jdi kenangan, 
yg pahit jadi pedoman, 
fahami n mengertikan...


No comments: